CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22458|Reply: 17

** Baca Puisi & Aktiviti Sastera Tahun 2013 **

[Copy link]
Post time 10-1-2012 08:27 PM | Show all posts |Read mode


Dunia kepenyairan dan sastera tanahair tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti yang diadakan khusus buat peminat dan penggemarnya.

Banyak aktiviti yang berlangsung dianjurkano tetapi tidak mempunyai rantaian promosi yang baik untuk diuar-uarkan kepada khalayak.

Untuk itu, diperuntukkan satu thread khusus bagi memasukkan diari aktiviti
BACA PUISI dan AKTIVITI SASTERA tanahair (khususnya di ibu negara) bagi tahun 2012 ini.

Sila manfaatkan dengan sebaik yang mungkin.
Last edited by attokz on 3-4-2013 07:48 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2012 08:39 PM | Show all posts


Dialog Orang Muda adalah satu jenama siri perbincangan yang digerakkan oleh Persatuan Penulis Nasional (Pena) sejak beberapa tahun lalu. Dalam keadaan Kuala Lumpur yang semakin tandus kegiatan yang mengaitkan sastera dengan generasi muda, Dialog Orang Muda tampil memenuhi kekosongan itu.

Acara ini selalunya diadakan pada pagi Ahad untuk memberi peluang kepada kalangan generasi muda yang meminati seni dan kesusasteraan dapat mengikuti perbincangan yang diadakan.

Biarpun banyak yang menganggap hari minggu adalah hari orang muda mencari hiburan tetapi Pena percaya ada kalangan yang meminati sastera dan di Rumah Pena adalah tempat mereka. Dialog Orang Muda sekalipun dianjurkan dengan serba ringkas tetapi konsisten sebagai acara sastera di Kuala Lumpur.

****


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 08:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by attokz at 10-1-2012 20:58


PROGRAM BORAK BUKU


Ini adalah program borak-borak tentang buku sambil minum kopi.
Program anjuran bersama Alumni MPR dan Biro Penulis Muda PENA ini diadakan secara berkala pada hari Ahad ketiga setiap bulan.

Setiap bulan, seorang tokoh akan dijemput untuk membicarakan berkenaan buku yang memberi kesan kepada beliau.

Acara ini bersifat santai. Peserta boleh memilih untuk datang memberi pendapat atau mendengar sahaja.

MPR atau bukan MPR, PENA atau bukan PENA, muda atau tidak muda. Semua boleh ikut serta. Tidak perlu mendaftar. Jika anda berminat dan berkelapangan, datang sahaja dan kita borak-borak.

http://minggupenulisremaja.blogspot.com


*******************



Tarikh : 15 Januari 2012
Masa : 3.30 ptg - 5.30 ptg
Tempat : Coffee Bean, KL Sentral

Borak Buku siri pertama bakal membuka tirai 2012 dengan menampilkan tokoh penyair, Rahimidin Zahari untuk berkongsi sebuah buku yang memberi kesan kepada beliau. Selain menulis puisi dan cerpen, beliau juga merupakan penggiat seni tempatan terutamanya dalam bidang teater dan makyung.

Antara kumpulan puisi persendirian beliau yang pernah diterbitkan ialah Lakaran Kampung (1987), Sekepal Tanah (1995), Matahari Berdoa (1998), Di Kebun Khatulistiwa (2005) dan Perahu Fansuri (2011).

Beliau telah memilih buku Latiff Mohidin: Sajak-sajak Lengkap 1963-1994 (Petronas, 2007) untuk dibicarakan.

Borak Buku adalah acara santai yang membuka ruang kepada khalayak pembaca untuk mendekati tokoh jemputan dan buku pilihan beliau. Kita hanya borak-borak tentang buku sambil minum kopi. Terbuka dan percuma kepada semua lapisan pembaca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 06:32 PM | Show all posts
Salam,

Tumpang promote

Saya sebagai admin group Puisikan Bait Kata Suara ingin menjemput sesiapa yang berminat berpuisi bersama kami di facebook http://www.facebook.com/groups/puisikanbaitkatasuara/ dan ada Majlis Apresiasi Karya On-line pada setiap minggu. Ada juga pertandingan menulis diajurkan.

Sila masuk group jika berminat.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 03:27 AM | Show all posts
BACA PUISI PENA MAC 2012

Baca Puisi PENA-ITBM pada 2 Mac 2012 jam 8.30 malam di Laman Rumah PENA.
Baca Puisi kali ini menampilkan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia di bawah bimbingan Dr. Fazilah Husin dan Milyana Arshad.

Antara persembahan ialah teater pendek dari kumpulan Komplot Ceretek Production, mestamu, lagu puisi, dan deklamasi puisi. Turut memeriahkan majlis penyair-penyair tersohor tanah air.
Semua dijemput hadir. Masuk percuma. Jamuan ringan disediakan.

Sebarang pertanyaan hubungi PENA 03-2142 5824.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 08:51 PM | Show all posts
BACA PUISI PENA APRIL 2012

6 April 2012, esok, Baca Puisi PENA-ITBM di Rumah PENA. bermula jam 8:30 malam. semua dijemput hadir dan sesiapa yang mahu baca sajak atau mendeklamasi sajak atau merapu sajak boleh saja menyelitkan nama ...makanan insya-Allah disediakan. datang awal dan solat maghrib di PENA. Biar Rumah PENA dihujani berkat apabila doa meluncur ke arasy melalui celah jendela Rumah PENA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2012 08:57 PM | Show all posts
DIALOG ORANG MUDA (DOM) KHAS

Istimewa untuk anda, Dialog Orang Muda (DOM) edisi khas akan membawakan pengarah Bunohan, Din Said, ke Rumah PENA.

Tarikh: 7 April 2012 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 12 tengah hari
Tempat: Rumah PENA

Bunohan, sebuah filem yang membawa impak tersendiri dalam dunia seni tempatan. Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

DOM berkonsepkan dialog santai untuk memberi ruang kepada suara orang muda. Peserta bebas memberikan ekspresi dan pendapat masing-masing. Seperti biasa, acara ini terbuka kepada semua yang berminat.

Makan tengah hari disediakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 12:08 AM | Show all posts
KELAB DEKLAMATOR MALAYSIA (DEKMAL) DAN PENGANJUR BERSAMA DBP, PENA DAN ITBM MENGANJURKAN :

BENGKEL DEKLAMASI PUISI “TUNAS PUJANGGA II"
TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI- 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN BANQUET , DBP
SEMUA DIJEMPUT HADIR...........PENYERTAAN PERCUMA & TERHAD,SIAPA CEPAT DIA DAPAT…

DAN

“MALAM PUISI JUNJUNGAN”
TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
HARI : SABTU
MASA : 8.30 MALAM- 10.30 MALAM
TEMPAT : STOR DBP , DBP
SEMUA DIJEMPUT HADIR...........MASUK PERCUMA

p/s: sebarang pertanyaan sila hubungi tn azree:012-6588082/pn Lin 017-8892163.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2013 12:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:51 PM | Show all posts
Bicara Tokoh Sanggar Tun Seri Lanang - Dr. Ahmad Razali Yusoff

Tarikh : 27 Februari 2013 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Dewan Seminar, Tingkat 2, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
Pemakalah : Prof Madya Arbak Othman, Mohamad Sahidan, Ariff Mohamad

Anjuran PENA-Kelab Penulis DBP. Jemput hadir beramai-ramai. Masuk percuma, jamuan disediakan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 10:11 PM | Show all posts


Filem pendek 'PESONA...TER' arahan Khir Rahman dan lakonlayar Siti Jasmina Ibrahim diadakan untuk tayangan amal.

Butiran seperti berikut :
1. Lokasi tayangan : Stor Teater DBP, Kuala Lumpur
2. Tarikh : 28 & 29 Mac 2013 (Khamis & Jumaat)
3. Masa : 8.30pm
4. Masuk adalah percuma

Anda dijemput untuk datang menonton & menderma -- bagi tabung Adam Azfar, anak penulis Jimadie Shah Othman yang berusia 6 tahun menghidap kanser otak & masih koma kondisinya.

Tempat adalah terhad.
Jika serius mahu datang menonton & menyumbang, harap beri makluman kehadiran kalian kepada saya untuk tempahan ruang menonton.

Boleh PM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 07:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) & Kelab Puisi UIAM dengan bangganya membawakan kepada anda Bengkel Asas Deklamasi Puisi TUNAS PUJANGGA Siri-3!

Tarikh : 20/4/2013
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Berusia 18-30 tahun?
Berminat dengan seni deklamasi puisi tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula?
Mahu berkenalan dengan rakan-rakan sealiran minat?
Sedang mencari ruang untuk mengetengahkan bakat terpendam anda?

Ayuh! Hantarkan butiran peribadi anda (Nama, E-mel, No Telefon, Institusi) ke alamat e-mel azreeariffin@gmail.com sebelum 12 April 2013. Penyertaan Terhad!

*Program ini dibawakan khas dengan kerjasama Dana Belia 1Malaysia!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 07:46 PM | Show all posts
Deklamasi Puisi Patriotik!
Rujuk : http://www.kpkk.gov.my

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 09:43 PM | Show all posts
Untuk peminat pantun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 09:43 PM | Show all posts
Jemput hadir.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 09:44 PM | Show all posts
Peminat puisi, rebut peluang ini. Percuma.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2017 04:29 PM | Show all posts
Baca puisi sempena Diversecity 2017 Kuala Lumpur International Art Festival - pada 29 & 30 September ini.

Boleh tengok http://bit.do/sasteradiversecity2017

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.149520 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list