CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 1

Selangor dibidas lengah isu air

[Copy link]
Post time 13-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
  Sikap kerajaan negeri berdolak dalik mampu jejas kebajikan terhadap rakyat \rKUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap berdolak dalik Kerajaan Selangor dalam menyelesaikan isu bekalan air sehingga mendedahkan kawasan Lembah Klang dengan krisis bekalan air yang dijangka berlaku 2014.\r\n\n\n\n\r  Sambil menyifatkan krisis itu semakin tenat dan berupaya memberi kesan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri berkata jika kerajaan Selangor mendakwa mereka mengambil berat kebajikan rakyat, mereka sepatutnya membuat keputusan segera berhubung perkara itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Ini proses yang sudah berlarutan lebih sepatutnya, pokoknya bukan soal Kerajaan Pusat tidak mengambil apa-apa langkah (sebaliknya) masalah besar adalah sikap kerajaan Selangor yang tidak memberi maklum balas.\r“Mereka mengheret isu ini begitu lama, kita sudah jelaskan dan saya sebagai Pengerusi Majlis Air Negara sudah membangkitkan masalah yang sama dalam mesyuarat... kita begitu prihatin dan jika perkara ini tidak diselesaikan segera, krisis air tentu akan berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor kerana kita kini berdepan masalah bekalan air yang sangat genting,” katanya.\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Wangsa Maju dan restoran Menu Rakyat 1Malaysia di Rampai Business Park, di sini, semalam.\rHadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.\r\n\n\n\rAkhbar semalam melaporkan penduduk sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berdepan masalah bekalan air yang teruk dua tahun lagi jika projek pembinaan Loji Air Langat 2 (LAL 2) tidak dijalankan selewat-lewatnya hujung tahun ini.\rPengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail, dilaporkan berkata, pembinaan loji tidak dapat diteruskan ekoran tiada kata sepakat antara kerajaan Selangor dan Persekutuan.\rMenurutnya, lapan daripada 10 projek dicadangkan SYABAS pada 2005 diterima bagi memastikan bekalan air kepada rakyat terjamin. Bagaimanapun sehingga 2010, hanya tiga dilaksanakan manakala selebihnya ditangguhkan kerajaan negeri dan Pusat.\rTimbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah mengadakan beberapa kali perbincangan dengan kerajaan Selangor dan pihak berkenaan menyatakan mereka bersedia menyelesaikan masalah itu.\rBagaimanapun, katanya, sehingga kini masalah itu belum diselesaikan.\r“Soal pokoknya bukan di pihak kerajaan Pusat, ia terletak atas kesedaran kerajaan negeri, kalau mereka tidak membuat keputusan segera, kebimbangan yang kita rasakan akan berlaku itu boleh berlaku... nauzubillah, bermakna Lembah Klang akan berdepan krisis air yang tenat dan ini akan membawa kesan besar kepada negara,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 04:20 PM | Show all posts
http://www.saj.com.my/V2/WaterDisruption.php?disruption_id=294


Region        Muar, Johor
Start Date        15/01/2013
End Date        16/01/2013
Time        10.00AM till 6.00AM (20 HOURS)
Cause Of Disruption        Pipe relocation at Panchor 2 water treatment plant, Muar Johor
Affected Area(s)        All areas in Jln Salleh at the right and left side along the road from Muar town to Sg. Terap bridge Jln Salleh Muar, Jln Bakariah, Jln Ismail including Kg. Temiang Tanjung and Bukit Treh, Kg. Pt Buaya, Jln Kim Kee Bkt Treh and Kg. Pt Setongkat, Jln Sg. Abong from junction Jln Salleh to junction Simpang Jeram including part of Jln Kg. Tengah and all residential areas surroundings, Jln Hj Abdullah from junction Jln Bakri to Taman Desa including all residential areas surroundings, Muar town, Jln Bakri from town to junction Hj Jaib, Jln Hj Jaib and Kg. Datuk and all residential areas surroundings, Jln Tengku Bendahara including Kg. Datuk Bentara, Jln Sulaiman and Jln Tg Ahmad from town to Pt Sakai bridge Jln Tg Ahmad, Jln Abd Rahman from town to junction Pt Hj Baki to Pt Sakai bridge Jln Abd Rahman, Jln Junid Dalam from Tmn Datuk Sulaiman Ninam Shah to Pt Perupok bridge Jln Junid Dalam including Tmn Bahagia, Kompleks Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Kg. Pt Tiram, Jln Lama, Jln Bentayan Jln Hassan, Jln Arab Jln Khalidi from roundabout Jln Bakri to roundabout Jln Khalidi.


TIADA SEBARANG NOTIS DI KELUARKAN SAJ SAMPAI PADA ORG DI MUAR JOHOR, AGAK2NYE SAJ TAK NAK HANTAR LORI TANGKI AIR KE? MASIH NAK HANTAR KE SELANGOR? SILA REFER WEBSITE SAJ UTK MAKLUMAT LANJUT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.616211 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list