Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
92528
View
2350
Reply

BFF - Muniff Isa & Sari Yanti

  [Copy link]

Author: fukadaminchi       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2012 02:20 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 16-4-2012 21:08

Mulai 15 Januari 2012 - 9:00 malam di TV3.

DAH TUKAR WAKTU, SETIAP selasa 10:30 MALAM

Pelakon utama:  Muniff Isa, Sari Yanti, Irfan Roslan & Syatilla Melvi.

Sinopsis
Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan berpisah pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi BFFTeman Tapi Mesra pada setiap Ahad jam 9.00malam.














Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 02:20 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 02:28 AM | Show all posts
Pic kredit to Sari Yanti's instagrams






Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 10:41 AM | Show all posts
malam ni la ek??
x cantik lah sariyanti...rambutnye wat camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 10:44 AM | Show all posts
Sari Yanti - Shahidah
Munif Isa - Iskandar
Irfan Roslan - Emran
Syatilla Melvin - Karmila(?)

Iskandar bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam tekanan akibat kongkongan ibu bapanya. Lantas, dia terfikir hendak membebaskan Shahidah dengan cara melamarnya sebagai isteri.

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka daripada orang sekeliling. Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita mengenai kerjaya masing-masing. Mereka tidak berbual mengenai cinta, tetapi hanya berbual mengenai impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi.

Suatu hari, Iskandar jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah pula rapat dengan Emran, rakan sekampung mereka yang bergelar model. Justeru, mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Hubungan Iskandar - Karmila putus apabila Karmila beralih cinta. Iskandar terluka. Shahidah sentiasa di sisinya memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi teman baik tetapi pasangan hidupnya yang lengkap. Iskandar jatuh cinta pada Shahidah.

Apakah sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah sudah bersedia menerima Emran sebagai cinta pertama?

-  Berita Minggu, 15 Januari 2012


ala-ala drama Korea.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 12:59 PM | Show all posts
layan iklan nampak best..
akan cuba tgk malam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 01:50 PM | Show all posts
cinta lps kawin lagi?{:4_503:}
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 02:11 PM | Show all posts
cantik nmpk sari yanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 03:41 PM | Show all posts
bini orang bercinta dgn jantan lain? rosak lah org2 melayu disogok cerita xbermaruah mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 07:00 PM | Show all posts
nak tengok!!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 08:16 PM | Show all posts
malam ni la ek??
x cantik lah sariyanti...rambutnye wat camtu..
adifrs Post at 15-1-2012 10:41



   rambut betol ke rambut pelsu tu ek?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 08:20 PM | Show all posts
Sari Yanti - Shahidah
Munif Isa - Iskandar
Irfan Roslan - Emran
Syatilla Melvin - Karmila(?)


...
bianglala Post at 15-1-2012 10:44



   dia ni finalis dewi remaja 09/10


boleh tahan cantik..tp biasa2 je, muka typical model
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 08:25 PM | Show all posts
cantik plak pakai tudung





Syatilla Melvin(pelakon BFF tv3)

NAMA : SITI NUR SYATILLA BT AMIROL MELVIN

TARIKH LAHIR : 08/02/91

UMUR : 20

KETURUNAN :EURASIAN

AGAMA : ISLAM

TINGGI : 171 cm

BERAT : 49 kg
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:10 PM | Show all posts
rambut betol ke rambut pelsu tu ek?
fukadaminchi Post at 15-1-2012 08:16 PM



    rambut pelesu la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:15 PM | Show all posts
macam best cerita ni. tapi irfan pakai baju sekolah tak sesuwai okey. jadi model pun tak sesuai jugak. samada tukar karier or tukar pelakon terus hahaha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 09:17 PM | Show all posts
OST BFF - Amir Jahari - Tanpamu

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 09:19 PM | Show all posts
macam best cerita ni. tapi irfan pakai baju sekolah tak sesuwai okey. jadi model pun tak sesuai juga ...
cikara Post at 15-1-2012 21:15



   baca sinopsis dia best kot.. walaupon typical drama melayu (kawen terpaksa) irfan tu gedabak sangat bdn mcm bapak orang tak sesuai jd budak sekolah.. tapi nanti dia bawak watak dewasa jugak
aku lagi suka muniff isa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:23 PM | Show all posts
giler gumuk sariyanti..tgh menyusu badan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:25 PM | Show all posts
balik balik citer kawen paksa/kawen kontrak/kawen tanpa cinta
pastu bercinta plak...sounds cliche ok....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:35 PM | Show all posts
Reply 19# nashrudean


Betol2x..
Nora Elena
Ombak Rindu
Aishiteru
Slot Lestary skrg
Ni tambah yg ni plak

alahai!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:47 PM | Show all posts
boleh tak matikan saja watak pompuan tuition 3 ekoq tu. tak kisah la tergolek jatuh basikal ke. tertonggeng dalam longkang ke. janji minggu depan diorang takde. rimas tengok, tak relevan pun tak cacat cerita kalau takde.

apa kes kawan baik pun asik jumpa kat tempat2 rimbun buluh camtu...tak sesuwai okey..boleh mengundang fitnah. tidak sihat untuk tontonan kanak2 sekolah, bisa kadi ikutan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 10:03 PM | Show all posts
Reply  nashrudean


Betol2x..
Nora Elena
Ombak Rindu
Aishiteru
Slot Lestary skrg
Ni tambah  ...
cicicumel Post at 15-1-2012 21:35



   +1 Gemersik Kalbu pon same
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 10:04 PM | Show all posts
boleh tak matikan saja watak pompuan tuition 3 ekoq tu. tak kisah la tergolek jatuh basikal ke. tert ...
cikara Post at 15-1-2012 21:47


ada sorang kawan sha tu muka macam eira syazira.. adik dia kan? sebijik   mula2 tadi pelik jugak kenapa eira ni berlakon watak pembantu.. dia kan biasa pegang watak utama
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 10:05 PM | Show all posts
giler gumuk sariyanti..tgh menyusu badan ke?
nashrudean Post at 15-1-2012 21:23



   dalam drama ni dia baru lepas pantang anak kedua tak silap..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2012 10:08 PM | Show all posts


syafnida (adik eira syazira)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.103238s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list