CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17197|Reply: 11

[Edisi Kejuruteraan] Kenderaan rekaan bertema futuristik

[Copy link]
Post time 17-1-2012 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Kereta masa depan
Oleh  KHAIRUNNISA SULAIMAN

Dalam mengharungi dunia penuh dengan cabaran, cuaca tidak menentu dan bahan api fosil yang semakin menipis, tentu saja pengeluar kenderaan pasti berubah kepada tenaga boleh diperbaharui.


Penggunaan tenaga yang berubah menyebabkan reka bentuk kenderaan juga perlu dipinda supaya menepati spesifikasi bagi keperluan tenaga.


Terdapat 10 rekaan kereta masa depan oleh pengeluar kenderaan terkemuka. Mungkinkah kita berpeluang memandunya? Hanya masa yang menentukan.


1. Kereta Berkonsep Aiolus


Direka khusus oleh pereka Korea Selatan Kyoung Soo Na, kereta ini menggunakan tenaga angin yang ada di sekitar bangunan pencakar langit di Seoul.
Dijana menggunakan enjin mesra alam sekitar dan diberikan bentuk yang futuristik.
Kereta konsep Aiolos kenderaan jenis monowheeler dengan bahagian dalaman kokpit mengawal segalanya daripada lampu isyarat kepada kamera.




2. Kinetia Cuboy


Kereta kompak dua tempat duduk dengan bentuk satu kotak.
Direka oleh Sasank Gopinanthan, Kinetia memberikan saingan kepada Volkswagen Beetle dan Austin Mini.
Bentuknya yang comel dengan tiga tempat duduk memudahkan pemandu meletakkan kenderaan di tempat yang sesak.



3. Trimove


TriMove tiga tayar mempunyai gaya aerodinamik yang diharapkan daripada motosikal.
Rekaan motor dengan tiga tayar Mohammad Ghezel memberikan keseimbangan walaupun ketika berhenti.

  

4. Kereta electrik Chevrolet


Kereta sukan mikro ini direka khusus bagi pemanduan bandar. Kereta elektrik berkenaan direka oleh pereka industri Guatemala, Cristian Polanco.

Kereta kompak ini lebih baik dan selesa berbanding kereta elektrik lain.



5. Kereta solar Midier


Direka oleh Siyang Liu, kereta berkenaan dilihat bukan hanya satu kereta konsep tetapi sebuah kereta masa depan.
Solar panel yang terdapat di atas kereta yang bagi memenuhi keperluan menyerap tenaga solar.


6. Kereta berkonsep Viera


Kereta konsep Vieria dijana oleh tenaga elektrik dengan satu tempat duduk. Reka bentuk yang pendek dan nipis membolehkan pemanduan lebih jauh sebelum minyak diisi semula.
Bahagian hadapan Vieria menapis habuk dan kekotoran di udara dan membebaskan udara yang bersih ke dalam kereta.



7. Kereta berkonsep Renault Captur


Captur adalah kereta konsep dalam strategi baru reka bentuk Renault yang 'sporty'.
Konsep enjin turbo kembar 160 dCi menggabungkan pemanduan ceria, bergaya, selesa dengan pelepasan gas CO2 yang rendah.



8. Kereta berkonsep Foow


Kereta konsep Foow daripada Pietro Russomanno dijana dengan tenaga solar telah direka khusus bagi kawasan sesak.
Ia mempunyai rekaan trisikal aerodinamik yang boleh memuatkan hanya seorang pemandu.
Hampir sama dengan konsep Land Glider Nissan, Foow seakan sama dengan motosikal dengan pengalaman memandu yang unik.



9. Kereta keluarga Logma


Logma adalah kereta keluarga yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kesedaran ekologi di luar.
Logma bermakna 'cebisan makanan' merupakan kereta kompak yang direka oleh Dr. Hussien Al-Jammazi bagi memenuhi keperluan keluarga kecil yang tinggal di bandar besar.


10. Kereta terbang Audi


Pemenang Pertandingan Reka Bentuk Auto Dunia 2009, satu pertandingan anjuran Akademi Domus di Itali bagi mengiktiraf rekaan automotif paling inovasi.
Audi Sharks menjanjikan salah satu kereta masa depan yang paling menarik.
Pereka Karim Doku mendapat ilham daripada motosikal dan kapal terbang bagi menghasilkan model 3D bagi kereta futuristik yang tidak mempunyai tayar tetapi boleh terbang.


SUMBER: UTUSAN MELAYU Last edited by dauswq on 30-3-2013 01:30 AM

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 9 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2012 10:07 AM | Show all posts
yang mana satu kereta idaman anda?

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 02:31 PM | Show all posts
suke yg ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 02:48 PM | Show all posts
Reply 3# midory

kereta ni org dh selalu guna......


pilih design yg pelik2 sket
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 02:52 PM | Show all posts
Reply  midory

kereta ni org dh selalu guna......


pilih design yg pelik2 sket
dauswq Post at 17-1-2012 14:48



   design die lawa ape..
yg ni pon ok..


siap ade t. tangan tu..


yg lain aku tgk design tak brape nk menarik walaupon pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 02:55 PM | Show all posts
practical ker? famili car xde?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2012 02:59 PM | Show all posts
Reply 6# rozyat

no.9

tp design pelik sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 03:00 PM | Show all posts
Reply 5# midory

adeh nak tergelak aku...{:4_241:}

ni kereta design atas kertas jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 03:07 PM | Show all posts
Reply 7# dauswq

hmm...x practical utk big famili & cuaca di M'sia...atas kertas je bole ler..utk dak2 wat project paper...huh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 03:12 PM | Show all posts
Reply 9# rozyat

belum pernah dibuat lagi sebab model ni hanyalah design semata2...



byk perkara penting kena consider...
selalu masalah akan berlaku lepas prototaip siap...

--> tenaga digunakan tuk menggerakkan kenderaan, adakah praktikal ngan green energy sbg sumber tenaga?
---> money cost, etc
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 09:14 PM | Show all posts
voted
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Gempak sume
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.068289 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list