CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73|Reply: 0

Safee, Safiq gigit jari

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
FAKTOR usia dan isu permit kerja jelas menjadi penghalang besar kepada hajat besar dua tonggak skuad negara – Safee Sali dan Safiq Rahim – untuk mewakili kelab Cardiff City dari Wales.Sebaliknya pihak pengurus kelab berkenaan difahamkan lebih berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda tanah air menguji bakat mereka dalam Liga Kejuaraan Inggeris itu.\n\n\n\n  “Memang pemergian dua pemain itu dapat membantu kualiti dan meningkatkan imej bola sepak negara tapi sekarang kita perlu memberikan peluang kepada pemain lebih muda.\n\n\n\n\n  “Bukan mereka (Safee dan Safiq) saja pemain berbakat yang kita ada tapi kita masih ada ramai pemain muda berbakat antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas yang turut terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun terbaik di Asia.“Kita perlu memberi lebih ruang kepada pemain muda berbakat yang kita ada dengan corak permainan berkualiti tinggi seperti yang diperoleh Safee dan Safiq,” kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal di Majlis Pelancaran Logo 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, semalam.Tahun lalu, Safee dan Safiq terpilih menjalani sesi latihan ujian bersama kelab yang berpangkalan di selatan Wales berkenaan namun sehingga kini peluang mereka untuk menyarung jersi The Bluebirds masih menjadi teka-teki.Sementara itu, pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata pemergian Safee dan Safiq menjalani latihan bersama Cardiff perlu dilihat daripada sudut positif sebagai pendedahan kepada pemain tempatan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062496 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list