CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Butler gelisah benteng goyah

[Copy link]
Post time 19-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Yakin Red Warriors kembali mantap\rKETUA jurulatih Kelantan, Peter James Butler yang berpuas hati The Red Warriors memperoleh tiga mata  selepas membenam pasukan Johor FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin, akur barisan pertahanan masih gementar dan memerlukan lebih banyak perlawanan untuk mengatasi masalah berkenaan.\r\n\n\n\n\r “Saya tahu pemain sedikit gementar kerana mereka mahu menang dan masalah ini akan diatasi selepas mereka mengharungi beberapa perlawanan, malah saya yakin prestasi pasukan akan bertambah baik dalam persembahan berikutnya.\r\r\n\n\n\n\n  “Masalah kita adalah pertahanan menjadi gementar bila pasukan mendahului kerana mereka mempunyai tugas untuk mempertahankan kedudukan dan mengelakkan pihak lawan menyamakan kedudukan, namun selepas gol kedua dihasilkan, masalah berkenaan berjaya diatasi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.\rSementara itu, penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menyifatkan kemenangan itu adalah hasil usaha keras rakan sepasukan yang membantunya dalam usaha mencari gol kemenangan.\r“Tahniah kepada rakan kerana bekerja keras untuk memastikan kemenangan malam ini (semalam) dan kita berjaya mengumpul tiga mata bagi memastikan Kelantan berada pada kedudukan selesa.\r“Jaringan kedua saya malam ini (kelmarin) membuat saya lebih yakin menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037040 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list