CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 1

Perlis syak 9 pemain terbabit rasuah

[Copy link]
Post time 19-1-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA), semalam mendedahkan bukan hanya seorang pemain tetapi sembilan anggota skuad Liga Perdana Perlis disyaki terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan gara-gara tewas mengejut 2-7 kepada MP Muar pada aksi pertama 9 Januari lalu.Pendedahan itu diumumkan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyuarakan semua pemain skuad Singa Utara itu membabitkan pemain lama dan baru menyertai skuad berkenaan pada kempen Liga Malaysia musim ini.\n\n\n\n “Apa yang paling mengejutkan suspek ejen bookie terbabit dikatakan turut menawarkan wang sebanyak RM100,000 kepada seorang tonggak importnya, tetapi dia menolak tawaran lumayan itu.\n\n\n\n\n “Kami tidak menolak kemungkinan pemain lain termasuk yang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut ditawarkan jumlah sama seperti pemain import itu,” katanya di sidang media khas di Kangar, semalam.Shahidan berkata, berikutan laporan yang cukup mengejutkan itu, PFA membuat laporan polis dan SPRM di Kangar pada 11 Januari lalu.Apa pun, beliau menambah setakat ini PFA belum dihubungi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan isu itu dan berharap badan induk itu memberin perhatian serius terhadap isu rasuah bola sepak.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2012 01:26 PM | Show all posts
patot la merudum skrg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.092303 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list