View: 2856|Reply: 3
|
penyangga hidup, sumber kebahagian
[Copy link]
|
|
Apakah sistem pembiakan ?
Sistem pembiakan lelaki terdiri daripada testikal ( Buah zakar) , penis (zakar) duktus sperma (saluran man) an prostat.
sistem pembiakan wanita pula mempunyai bahagian dalam dan juga luar. bahagian luarnya terdiri daripada vulva, labium dan klitoris manakala bahagian dalamny mengrangkumi ovari, tiub fallopio faraj dan uterus(rahim).
Masalah-masalah berkaitan dengan sistem pembiakan wanita adalah
kemandulan
keguguran
lelehan leukorea(lendir putih atau kekuningan ) yang berlebihan
faraj gatal-gatal
faraj berbau busuk
kanser
Uterus lemah
fibroid dan lain lain
penyakit-penyakit sistem pembiakan wanita dan gejalanya
penyakit - Gejala
Menopaus - Gejala perinkat awal -ketidak seimbangan sistem saraf automoni, yang mengakibatkan haid, berpeluh-peluh pada waktu malam , palpitasi (debaran jantung) ,sakit kepala, dan sebagainya.Emosi yang tidak stabil , panas baran , insomnia ( tidah dapat tidur atau
susah hendak tidur)kemurungan dan sebagainya.
-Gejala pertengahan Gangguan fungsi urogenital, mengakibatkan pengencingan beser ( kencing tak kawal)jangkitan uretra,
faraj kering. Kulit tua kekeringan , berkedut kedut dang berpigmentasi,payudara kecut,melendut dan hilang ketegangan .
- Gejala perinkat terakhir Peningakatan risiko penyakit kardiovaskular miokardium dan strok (angin ahmar).
Kanser - Selalunya tiada gejala, sekali- sekala berlaku kurang selera makan , kembung perut dan masalah penghadaman lain yang kerab
Ovari kali terlepas perhatian.Apabila sista ovari membesar dengan cepat, mungkin berlaku pendarahan yang tidak menentu dari
faraj anemia dan sebagainya.
Kanser - tiada gejala pada peringkat awal , selalunya ditemui semasa pemeriksaan onkologi , gejala awal kanser serviks ialah pendarahan
serviks apabila disentuh ,yakni: berdarah selapas bersetubuh , membuang air besar atau pemeriksaan faraj. Pendarahan dari faraj yang tidak
menentu dan leukorea hemik selepas menopaus.
Kanser - ketulan atau bonjolan di dalam payudara dan nodus limfa aksilari yang bengkak mungkin menandakan kanser payudara.
payudara Gejala yang lain termasukkan lelehan dari puting ,puting yang kecut dan rebah, perubahan pada kulit payudara seperti lekuk,
kedut dan kemarahan.
Masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki
impotens yakni mati pucuk (disfungsi erektil , yakni ketidakupayaan zakar untuk menjadi tegak keras dan tegar)
masalah prostat
Kemandulan
Sindrom menopaus lelaki
Hiperemia testikel ( darah yang berlabihan di dalam testikel)
Posthisthis (radang kulup)
disfungsi seksual
kehidupan seks yang tidak menentu
jumlah sperma yang rendah
nafsu dingin
lelehan berkeladak dari zakar
pengencingan
Penyakit-penyakit sistem pembiakan lelaki dan gejalanya
Penyakit
Impotens ( disfungsi erektil) - Impotens adalah masalah yang akan menjejaskan hubungan seks disebabkan kegagalan penis untuk menjadi
tegang atau mengekalkan ketegangan.disfungsi erektil sangat lazim dialami, dan berlaku atas
pelbagai umur.Kebanyakkan kes impotens ada kaitannya dengan penyakit lain, seperti sistem peredaran
sistem saraf atau ubat.
Masalah Prostat - Lelaki yang menhadapi masalah prostat mungkin mengalami salah satu atau gabungan beberapa gejala yang berikut
Sukar untuk mula membuang air kecil
Aliran air kencing yang perlahan setelah mula membuang air kecil
Perlu membuang air kecil dengan lebih kerap daripada biasa pada waktu siang ataupun malam
air kencing masih menitis sama ada selapas membuang air kecil ataupun antara waktu membuang air kecil.
Rasa tidak tahan hendak membuang air kecil.
rasa pedih, tidah selesa ataupun sakit sewaktu membuang air kecil.
air kencing mungkin mengandungi kesan darah
perasaan tidak puas membuang air kecil.
Posthitis - Pada amanya, semua lelaki ada prepus , tetapi sekiranya terlalu panjang atau ketat, atau kebersihannya
tidak dijaga, ada kemungkinan berlaku prosthitis. sekiranya prepus terlalu ketat, rembesan tidak dapat
diluahkan. Ini akan menyebabkan radang seperti kemerahan , gatal-gatal rasa sakit atau rembesan.
Dalam keadaan yang paling teruk, akan ada nanah atau disuria(rasa sakit ketika membuang air kecil) dan ini
akan menyebabkan jangkitan sistem kencing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Punca- punca pnyakit sistem pembiakan
pemakanan yang tidak seimbang
hormon yang tidak seimbang
tekanan jiwa
sistem imun yang lemah
merokok
arak
ubat |
|
|
|
|
|
|
|
info yg berguna |
|
|
|
|
|
|
| |
|