CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

MAHB bida kontrak luar negara

[Copy link]
Post time 27-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat sasar tambah dua lagi konsesi pengendalian lapangan terbang asing\rMALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB), menyasarkan memperoleh dua lagi konsesi pengendalian lapangan terbang di luar negara menjelang akhir tahun ini dalam usaha meningkatkan lagi sumbangan pendapatan daripada segmen perniagaan antarabangsanya.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad, berkata MAHB kini sedang mengadakan rundingan peringkat awal dengan pihak berkaitan di China dan Indonesia untuk membentuk konsortium bagi membida konsesi pengendalian lapangan terbang di dua negara berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami sudah memegang empat konsesi (pengendalian lapangan terbang) di luar negara, mungkin kami menambah dua lagi menjelang akhir tahun ini. Kami akan mengumumkannya apa ia dimuktamadkan.\r“Ia mungkin di China dan Indonesia kerana wujud banyak peluang susulan langkah penswastaan lapangan terbang di negara berkenaan,” katanya pada taklimat sempena lawatan media Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Instabul Sabiha-Gocken (ISGIA) di Istanbul, kelmarin.\rMAHB memegang 20 peratus ekuiti dalam konsortium Istanbul Sabiha Gokcen International Airport Investment Development and Operation Inc (ISG), iaitu pengurus ISGIA.\rSelain ISGIA, MAHB menerusi konsortium serta rakan niaganya turut mengendalikan tiga lagi lapangan terbang di luar negara, iaitu  Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad; Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi serta Lapangan Terbang Antarabangsa Male (MIA) di Maldive.\r\n\n\n\rMengenai pembiayaan bagi konsesi baru itu nanti, Bashir berkata, lazimnya MAHB akan menggunakan dana yang dijana pada peringkat dalaman.\r“Kami berpendapat dengan tambahan dua lagi konsesi lapangan terbang dalam portfolio adalah amat baik bagi kami. Namun, kami tidak mahu membebankan syarikat dengan hutang untuk tujuan itu,” katanya.\rMAHB, katanya, menyasarkan pertumbuhan dua angka sumbangan pendapatan daripada operasi luar negara dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.\rPada 21 Oktober lalu, anak syarikat MAHB, Malaysia Airports Consultancy Services Sdn Bhd (MACS) memeterai surat anugerah (LoA) bagi penyediaan perkhidmatan perundingan lapangan terbang bagi Lingling Airport di Wilayah Hunan, China.\rIa bagi membolehkan MAHB memulakan penyediaan perkhidmatan perundingan termasuk kajian pelan pembangunan projek lapangan terbang, perancangan lapangan terbang, operasi, pengurusan, pembangunan, pembangunan perniagaan dan pelaburan bagi Lingling Airport.\rBagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2011, MAHB meraih pendapatan RM1.92 bilion, meningkat 16 peratus berbanding RM1.65 bilion yang dicatat dalam tempoh sama tahun sebelumnya.\rIa mendorong MAHB mencatat keuntungan bersih RM278.3 juta, meningkat 43 peratus berbanding RM195 juta dalam tempoh kajian.\rMengenai prestasi kumpulan itu, Bashir berkata, MAHB bakal mengumumkan prestasi lebih baik bagi seluruh tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 berbanding tahun kewangan sebelumnya.\rBeliau juga menyasar prestasi tahun kewangan 2012 adalah lebih baik berbanding 2011 dengan jangkaan meraih pendapatan lebih RM2 bilion.\rSasaran itu, katanya, disandarkan kepada unjuran pertumbuhan penumpang antara enam hingga tujuh peratus.\rJumlah penumpang bagi keseluruhan 2011 adalah 64 juta, meningkat lebih 10 peratus berbanding 58 juta yang dicatat pada 2010.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.222197 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list