CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Presiden Yaman berubat di AS

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, yang dijangka melepaskan jawatan bulan depan, tiba di Amerika Syarikat kelmarin dalam lawatan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi kecederaan akibat terkena bom sebelum ini. \rPesawat yang membawa pemimpin itu berlepas dari Oman untuk ke Amerika Syarikat,  singgah  di Lapangan Terbang Stansted London untuk mengisi petrol mengakhiri spekulasi sama ada beliau akan melakukan lawatan itu. \r\n\n\n\n\r  “Presiden Saleh tiba petang ini di Amerika untuk lawatan singkat bagi menjalani rawatan,” kata jurucakap Kedutaan Yaman di Washington, Mohammed Albasha dalam satu kenyataan. \r\r\n\n\n\n\n  Dalam perjalanan yang dianggap rahsia itu, tiada pengesahan di mana lokasi ketibaan Saleh. \rSumber British memberitahu AFP bahawa  Saleh dalam perjalanan ke New York dan pesawat membawanya singgah di London untuk mengisi minyak.   \rNamun, walaupun  media melaporkan bahawa Saleh akan dirawat di Hospital Presbyterian New York, jurucakap hospital itu, Kathy Robinson, memberitahu AFP: “Presiden ketika ini bukanlah pesakit,”\rSelain menyediakan Saleh peluang untuk mendapatkan bantuan perubatan, pemergiannya di Amerika dilihat sebagai membantu memudahkan peralihan kuasa di negara itu daripada tiga dekad pemerintahannya.\r\n\n\n\rSelepas beberapa bulan penentangan berdarah di Yaman, Saleh akhirnya menandatangani perjanjian peralihan kuasa pada November. \rDi London, jurucakap Pejabat Luar Negara mengalu-alukan kedatangan pemimpin Yaman itu.  \r“Pada masa pergolakan dan di Yaman dan ancaman yang semakin meningkat, kita melihat ia membantu Presiden Saleh keluar dari negara itu menjelang pilihan raya presiden sementara pada Februari,” jurucakap British. \rSaleh cedera parah dalam satu pengeboman di istana presiden di ibu negara Sanaa Jun lalu dan dihantar ke Arab Saudi untuk dirawat.\rBeliau berada di Oman sejak Ahad lalu bersama isteri dan lima anaknya. \rAwal minggu ini, laporan menyatakan beliau sudah meninggalkan negara itu tetapi ia tidak benar.\rPemerhati hak kemanusiaan mengutuk keputusan membenarkan Saleh memasuki Amerika.\r“Sungguh mengerikan, Presiden Saleh tiba di Amerika untuk menerima rawatan kelas pertama, pada masa sama ratusan mangsa di Yaman dibiarkan tanpa rawatan perubatan dan pasti tiada keadilan bagi kekejaman dialami. \r“Pentadbiran Presiden Barack Obama mesti menegaskan mereka yang bertanggungjawab bagi kekejaman di Yaman akan dibawa ke kandang tertuduh,” kata aktivis Majlis Keadilan Antarabangsa Balkees Jarrah. \rDuta Amerika ke Yaman, Gerald Feierstein, berkata  Saleh diberikan visa atas alasan perubatan semata-mata.\r“Kami rasa ketiadaannya akan membantu peralihan, kami fikir ia akan membantu atmosfera,” katanya. \rSaleh dijadualkan ke New York bagi rawatan akhir tahun lalu. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list