CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

Myanmar perlu ubah perlembagaan

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DAWEI: Pemimpin pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi, semalam menggesa perubahan kepada perlembagaan yang dideraf tentera dalam kunjungan politik pertama sejak berakhirnya pemulauan sistem politik negara itu tahun lalu, sambil mengumumkan rancangan untuk bertanding dalam parlimen.\rRibuan penyokong berbaris di tepi jalan sambil melaungkan kata-kata: “Panjang umur ibu Suu” ketika kenderaan rombongannya bergerak menerusi bahagianluar bandar tepi pantai di sini, kira-kira 615 kilometer ke selatan dari bandar asalnya di Yangon, yang juga sebuah pusat perniagaan utama.\r\n\n\n\n\r   Kunjungan itu, yang keempat di luar Yangon sejak pemimpin prodemokrasi itu dibebaskan setelah bertahun dalam tahanan rumah November 2010, menunjukkan peranan semakin meningkat pemenang Anugerah Nobel itu ketika negara Asia Tenggara terbabit muncul selepas setengah kurun diasingkan.\r\r\n\n\n\n\n   “Ada undang-undang tertentu yang menghalang kebebasan rakyat dan kami akan berjuang untuk menghapuskan undang-undang itu di parlimen,” kata Suu Kyi kepada sorakan penyokongnya selepas bertemu dengan pegawai daripada parti pimpinannya Liga Demokrasi Nasional (NLD) di sini.\rNLD, walaupun dikenali di negara itu, mempunyai pengalaman politik sebenar yang terhad. Ia menang besar dalam  pilihan raya 1990, setahun selepas Suu Kyi  dipenjarakan, namun rejim ketika itu tidak mengendahkan keputusan pilihan raya itu dan menahan ramai anggota parti dan penyokongnya.\rNLD memulaukan pilihan raya berikutnya diadakan pada 2010 dan dimenangi parti disokong tentera selepas pembangkang mengadu manipulasi pilihan raya. Ucapannya semalam menawarkan perincian paling panjang lebar berkaitan dasar, yang akan dibawanya ke dalam parlimen.\rBeliau mahu mengkaji semula perlembagaan dideraf tentera pada 2008, yang memberi tentera kuasa meluas, termasuk kuasa melantik anggota penting kabinet, mengawal negara ketika darurat dan menduduki 25 peratus kerusi dalam parlimen.\r\n\n\n\r“Kita perlu meminda beberapa bahagian perlembagaan,” katanya.  \r“Masyarakat antarabangsa bersedia membantu Myanmar,” katanya.– Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.037285 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list