CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girlwearsgucci

Pertemuan kedua - [U]

  [Copy link]
 Author| Post time 22-11-2012 11:55 PM | Show all posts
Runsing.

“ Berhenti kerja?!”

“ Ya, doktor. Dr. Firdaus hantar surat tu minggu lepas. Ketua jabatan cari dia. Pengarah pun cari dia.”

Aku pandang muka akak kerani Jabatan Perubatan.

“ Dia datang hantar ke? Telefon ke?”

Akak tu geleng. “ Surat by pos. Saya ingat doktor tahu.”

Aku mengeluh. Rasa macam nak menangis. “ Akak, saya dah cari dia dekat dua minggu. Saya call dia tak pernah jawab. Masuk voicemail memanjang.”

Akak tu diam.

Ya ALLAH, mana Daus ni?

Aku sempat jumpa Syira minggu lepas. Dia datang sleepover kat rumah aku.

“ Daus hilang?” Syira terkejut.

Aku mengangguk.

“ Dah call dia?”

“ Dah. Dia tak pernah jawab.”

“ Kat hospital pun tak jumpa?”

Muka aku berkerut. “ Sejak aku bagitau kau yang dia MC hari tu, sampai hari ni la dia tak datang kerja.”

Syira pandang aku. “ Kau nampak kusut, Ana.”

“ Memangla. Lagi 4 bulan nak kahwin. Dia buat hal macam ni pulak.” Rasa air bertakung di mata.

Kami diam. Syira capai tangan aku dan diurut-urut lembut. Cuba tenangkan aku.

“ Kau ada bagitau parents kau?”

Aku geleng. “ Aku tak nak susahkan hati diorang.”

“ Ana, dah seminggu dia tak contact kau.”

“ Aku tak tahu Syira.” Aku menangis. Rasa marah. Rasa sedih. Rasa jiwa kacau. “ Pelik kenapa dia buat macam ni. Aku tak tahu apa yang dah jadi.”

Syira diam.

“ Jom kita pergi rumah dia.”

Aku pandang Syira.

“ Kau tahu tak rumah dia kat mana?” Syira tanya lagi.

Aku angguk.  Sedut air hidung. “ Aku rasa aku ada simpan alamat dia masa nak pos barang ke rumah dia time aku kat Sabah dulu.”

“ Jom kita pergi eh.” Syira pujuk.

Aku angguk. Kesat air mata.

Syira insisted to drive hari tu. Dia tak bagi aku drive sebab katanya emosi aku tak stabil. Ditambah dengan PMS lagi.

“ Ni ke?” Kami berhenti di sebuah banglo setingkat.

“ Kalau ikut alamat memang nila rumah dia.”

“ Dia tinggal sorang kan kat sini?”

Aku angguk lagi.

“ Gelap je Syira.”

Syira tengok jam di dashboard. “ Baru pukul  10.” Syira tengok ke luar. “ Kereta ada.”

Kami berpandangan.

“ Tak apalah. Alang-alang dah sampai.” Syira tanggalkan seat belt dan buka pintu. Aku ikut je.

“ Assalamualaikum.”

Aku bagi salam.  Diam dan sepi. Aku pandang Syira. Syira pandang aku balik. Bagi isyarat untuk aku memberi salam sekali lagi.

“ Assalamualaikum.”

Kepala aku terjenguk-jenguk ke dalam rumah. Tidak ada tanda-tanda ada orang di rumah. Aku rasa berdebar.

“ Macam mana ni Syira?”

Syira diam. Tidak tahu apa yang nak dikatakan lagi.

“ Akak, dah lama dah doktor tak balik.”

Aku tercari-cari pemilik suara yang bersuara kuat. Seorang lelaki yang berseluar pendek melaung.

Oo. Diorang ni student kolej dekat kawasan ni.

“ Dah lama tu bila dik?” Aku menghampiri rumah bujang tersebut.

“ Lama dah kak. Ada dalam seminggu lebih dah.”

Aku terdiam. Syira pegang bahu aku. Ajak masuk kereta.

Kami berjalan ke kereta setelah mengucapkan terima kasih.

“ Syira, aku tak sedap hati la.”

Syira mengeluh. “ Ke mana si Daus ni?”

Aku diam. Nak menangis pun tak guna.

“ Dah cuba tanya family dia?” Syira bertanya lagi.

“ Tak.”

“ Aku rasa baik kau tanya.”

Aku teragak-agak. “ Dah malam ni Syira. Tak pe ke?”

“ Tak pe. Call je.”

Aku keluarkan telefon dan call rumah parents Daus kat kampung.

“ Hello.” Di sana menyahut.

“ Assalamualaikum auntie.”

“ Waalaikumussalam. Ana ke ni?”

Ternyata auntie kenal lagi suara aku. “ Ha’ah Auntie. Maaf ganggu.”

“ Eh, tak pe. Kenapa?”

Suara Auntie kedengaran seolah-olah tiada yang aneh. Aku teragak-agak untuk meneruskan soalan.

“ Nak tanya ni auntie. Err… Daus kat rumah auntie ke?”

“ La, dia tak bagitau Ana ke?”

Dahi aku berkerut.

“ Bagitahu apa auntie?”

“ Dia katanya ada conference dekat Singapore. Dua hari lepas dia bagitau auntie. Takkan dia tak bagitau Ana?”

Aku mula suspicious. Sah! Auntie tak tahu Daus dah berhenti kerja.

“ Haaa. Rasanya dia ada bagitau. Tapi Ana lupa la auntie. Sebab conference tu last minit katanya. Tapi Ana ada ingat yang dia ada cakap dia nak balik rumah auntie.”

Aku tak tahu kenapa aku perlu menipu. Syira dah membulatkan mata.

“ Oh, tak pe. Haah. Memang dia balik sini dulu sebelum ke Singapore. Nak ambil barang sikit. Satu malam je dia tidur sini.”

“ Oo. Tak pela macam tu auntie. Sebab Ana call dia, tapi dia tak jawab. Ana dah ingat dia ada cakap yang dia ke Singapore. Sorry kacau auntie.” Aku tabahkan hati untuk ceriakan suara.

“ Korang okay kan?”

Aku ketawa plastik. “ Haah auntie. Kitorang okay je. Biasalah salah faham sikit-sikit.”

“ Hmmm. Auntie paham. Kalau ada salah paham, korang bawaklah berbincang eh.”

“ Baik auntie. Terima kasih ye auntie.”

Aku tekan butang merah setelah memberi salam.

Aku tersandar pada seat kereta dan merenung ke depan. Diam berfikir.

“ So…?” Syira bertanya, tidak sabar ingin tahu.

“ Daus ada balik rumah mak dia dua hari lepas.”

“ Then?”

“ Mak dia cakap dia ada conference kat Singapore.”

Syira diam. Aku tahu dia tak faham.

“ Daus dah berhenti kerja Syira. Dia nak attend conference apanya?!” Aku naik angin.

Syira terdiam. Aku tahu apa yang dia fikirkan sama dengan apa yang aku fikirkan.

“ Kau rasa…” Syira membuat spekulasi.

“ Aku kenal Daus. Dia takkan buat macam tu. Aku tak pernah tahu dia ada hubungan dengan mana-mana perempuan lain.”

“ Are you sure?”

Aku terdiam mendengar soalan Syira.

“ I just wanna go home.” Aku meberi keputusan.

“ Ana…”

“ I JUST WANNA GO HOME!” Aku berkeras.

Syira diam. Hidupkan enjin kereta, masuk gear dan jalan.

Dalam diam aku menangis.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 09:28 AM | Show all posts
so suspicious si daus nie
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2012 04:08 PM | Show all posts
musykil betul dengan si daus ni lepas dia balik re union....jumpa kekasih lama dan cinta bertaut kembali ataupun dia sakit...tiba-tiba menghilangkan diri...ok...menanti dengan kesabaran next entry
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 11:53 AM | Show all posts
daus sakit kot
kalau sbb ada awek baru , takkan sampai berhenti kerja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 05:54 PM | Show all posts
‘ Ana, I know you’ve been looking for me. But please. I need some time. Trust me.’

Itu message terakhir yang aku dapat minggu lepas, seminggu selepas aku menelefon ibunya.

Nombor yang dia gunakan, nombor baru. Bila aku cuba call, nombor tidak dapat dihubungi. Bila dihantar message, tak pernah delivered.

Mungkin betul Daus perlukan masa. Tapi sampai bila?

Aku berdoa setiap hari agar masalah peribadi ni dapat aku selesaikan sendiri. Aku berharap masalah ini tidak member kesan kepada kerja aku.

“ Doktor.” Aku terkejut bila dipanggil.

“ Ada patient admitted dengan bleeding.”

Aku mengangguk.  Pergi ke katil patient dan ternampak patient yang aku kenali.

Adik Iqbal.

Setelah pemeriksaan dilakukan, aku catatkan beberapa assessment yang diperlukan bagi pesakit ini.

“ Patient datang dengan siapa?” soalku kepada HO bertugas.

“ Dengan abang dia.”

Aku mengangguk. Aku segera keluar ward dan mendapati dia ada di situ.

“ Iqbal.”

Dia terus bangun. “ Ana. Adik saya okay ke?”

Aku senyum tawar. “ Kita kena buat beberapa check up dulu.”

Iqbal terangguk-angguk.

“ Mana husband dia?”soal aku lagi.

“ Husband dia askar. Memang selalu tak ada kat rumah.” Muka Iqbal tampak risau.

“ Macam mana awak tahu saya kat sini?” soal aku.

“ Ina bagitau. Dia cakap dia datang check up kat sini. Terkejut jugak saya bila dia bagitau saya dia ada pendarahan.”

Aku senyum. “ Insha ALLAH. Kita doakan agar dia tak apa-apa. Mujur cepat datang.”

“ Mujur jugak saya dah pindah ke sini. Kalau still dekat Sabah?”

Aku ingin bertanya lebih lanjut, namun mengenangkan masih ada kerja yang perlu diselesaikan, aku diamkan sahaja.

“ Actually saya kena balik ward ni.” Aku meminta izin secara berkias.

Iqbal mengangguk. Dia macam tengah berfikir.

“ Kalau Ana tak kisah, kita lunch sekali boleh?”

Aku diam seketika. Terkejut apabila ditanya, tetapi aku buat-buat selamba.Kemudian mengangguk.

Jam 1.30 petang, aku text Iqbal.

Ajak lunch di sebuah restoran depan hospital.

“ Adik awak tinggal soranglah kiranya?”

Iqbal menggeleng. “ Dengan adik saya yang study kat kolej swasta tu. Dia keluar pergi kuliah. Mujur saya ada kat rumah.”

Aku terangguk-angguk. Menyedut air sirap limau sekali dua.

“ Baru transferred ke sini ke?” soalku lagi.

“ Hmm.” Dia tersenyum. “ Rasanya mintak area semenanjung lebih senang. Mak saya pun tak berapa nak sihat. Biasalah orang tua.

Muka aku sedikit berubah apabila Iqbal menyentuh perihal ibunya. Aku cepat-cepat tunduk menyuap nasi ke mulut.

“ Mak awak tinggal dengan siapa je?”

“ Adik-adik yang sekolah menengah jela. Ada dua orang lagi yang sekolah. Form 5 dengan Form 3.”

Aku diam lagi.

“ Dah lama ke kerja sini?”

Aku senyum. “ Nak masuk setahun. “

“ Kerja sekali dgn tunang eh?”

Wajah aku berubah terus. Memang tidak dapat dibendung lagi.

“ Hmm.” Aku mengangguk payah.

“ Tak apa ke awak makan dengan saya ni? Lupa pulak nak ajak dia sekali.”

Aku senyum. “ Takpe.”

Please don’t ask about him. Please.

“ Tunang orang mana?”

“ Orang Perak.”

Please. Jantung aku berdegub cepat.

“ Dia kerja bahagian…”

“TOLONG JANGAN TANYA BOLEH TAK!” Aku jerkah Iqbal.

Iqbal terdiam memandang aku. Matanya membulat.

Mukaku terasa panas. Nafas turun naik.

What have I done?

Suasana restoran diam seketika. Aku dapat merasakan semua yang lain tengah memandang.

Nasik di pinggan aku kuis, sebelum aku bertapak ke sinki.

Iqbal mengekori dari belakang. Turut sama membasuh tangan.

“ Ana?”

Aku tidak pedulikan dia. Aku melangkah ke kaunter, dan aku keluarkan kepingan merah dari dompet.

“ Simpan je baki.” Aku tidak pun memandang wajah cashier di kaunter.

Malu yang amat.

“ Ana?!” Aku merasakan Iqbal memanggil aku dari belakang. Aku berjalan jauh.

Aku tak mahu drama bersambung pula di tepi jalan ini.

“ Ana!” Kali ini lebih kuat Iqbal melaung, atau dia semaking menghampiri.

Zap! Tangan aku ditarik dari belakang.

Aku lihat nafasnya turun naik.

“ Kenapa ni? Kenapa menangis ni? Awak okay?” nada lembut yang dia gunakan sentiasa menewaskan aku.

Aku menangis? Aku sapu pipi. Basah.

“ Saya tak pernah tengok awak macam ni.”

Aku tarik nafas panjang dan lepas. Ada yang memerhati.

“ Kita jalan je, okay?” pintaku ringkas.

Iqbal mengangguk. Tidak bercakap banyak. Kami berjalan menuju ke hospital.

“ Ana, awak sure awak okay?”

Aku angguk.

“ Ana, saya mintak maaf dengan apa yang saya nak cakap ni. Tapi…” Iqbal teragak-agak, namun ada ketegasan dalam nada suaranya. “ Saya rasa baik awak ambil MC. Emosi awak tak stabil.”

Aku diam.

“ Maybe we could talk?”

Aku pandang dia lama.

Tiba-tiba telefon bimbit berdering nyaring.

“ Ana. Auntie ni.” Ada nada kalut dalam suara pemanggil.

Mama Daus?

“ Ya, auntie. Kenapa?”

“ Ya ALLAH, apa yang dah jadi dengan korang ni?”

Aku rasa auntie sudah tahu apa yang terjadi. Auntie sudah tahu yang Daus dah hilangkan diri.

“ Auntie, Ana boleh terangkan.” Tangan kiri aku letakkan di dahi. Sakit.

“ Ana, Auntie tak faham kenapa korang nak batalkan perkahwinan ni. Auntie tak…”

Aku terkaku.

Yang pasti aku belum pekak.

“ Apa dia auntie??” Aku rasa pening.

“ Daus call auntie tadi. Dia cakap batalkan aje perkahwinan korang. Kenapa Ana?”

“ Ana?”

Iqbal memanggil-manggil. Mungkin sebab wajahku berubah.

Atau mungkin sebab aku terhuyung hayang.

Aku jatuh terduduk.

Panggilan Iqbal semakin sayup.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 09:08 PM | Show all posts
sambung lg ehh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2012 09:51 PM | Show all posts
mcm betul je daus terjumpa balik kekasih lama tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 01:15 AM | Show all posts
updet. updet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2013 06:58 PM | Show all posts
well...well...well....interesting turns of events ...Daus menikah dgn minah german maneeee ni ....

okaylah batal perkahwinan tu . i okay je , Iqbal kan dah balik.

allright ...haahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 07:07 PM | Show all posts
sambungan.....sambungan...sambungan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2013 11:28 PM | Show all posts
Sunyi.

Aku duduk, rapatkan lutut ke dada, tundukkan kepala sedikit ke bawah, dan pandang jendela. Aku pandang titik-titik hujan di tingkap.

I’m home.

Kenyataan yang aku berada di rumah, buatkan aku sedikit lupa dengan apa yang terjadi.

“ Ana, cuba cakap dengan mama. Apa yang jadi?”

Aku diam. Duduk macam orang bodoh di ruang tamu.

“ Apa yang Ana buat sampai Firdaus putuskan pertunangan? Apa yang jadi sampai Firdaus batalkan perkahwinan?” nada suara Abah sedikit keras.

Aku tunduk. Menguis-nguis kaki.

Bagaimana hendak aku terangkan, jika aku sendiri tidak ada jawapan?

“ Entah-entah Firdaus tu ada orang lain tak ma? Kahwin lari dengan perempuan mana-mana?” Angah menghasut.

“ Ke sebenarnya Ana yang salah?” Along bersuara.

“ Ana, apa Ana dah buat dekat Firdaus? Cuba Ana cerita. Mama nak tahu ni.”suara Mama sedikit kuat.

“ Ana ada orang lain ke?” Angah serkap jarang.

“ Angah, kenapa cakap Ana macam tu?” Abah bertegas.

“ Yalah. Nak tahu jugak kenapa putus tiba-tiba. Dah buat semua persiapan lepas tu putus. Mesti ada sebab kan?” Along menyahut.

“ Angah, Along. Korang percaya adik korang buat macam tu?” Mama menjegil. “ Mama rasa ini sebab Firdaus.”

Aku mengeluh.

“ Mama. Abah.” Pandangan aku silih berganti. Suara aku lemah.“ Ana tak tahu.”

“ Macam mana Ana tak tahu? “ Abah menengking. Aku tidak faham kenapa Abah begitu marah. “ Barang-barang semua dah beli. Baju semua dah buat. Kad dah siap. Macam mana?”

Diam. Berair di hujung mata.

“ Ana, jangan buat macam ni pada kami. Kami malu.”

“ Ana, bak sini nombor Firdaus. Angah cuba bincang dengan dia.”

“ Biar Mama pergi bincang dengan Mama Firdaus. Dia mesti tau kenapa.”

“ Ana, kau mesti tahu ni, tapi kau tak nak bagitau.”

“ Ana…”

“ Ana…”

“ Ana..”

“ DIAM!”  

Aku meletup.

“ Ana tak tahu. Jangan tanya Ana kenapa? Kenapa? Kenapa? ANA TAK TAHU!” Aku meraung. Air mata turun lebat.

“ Dah dekat sebulan Firdaus hilang. Ana call dia tak dapat. Ana cari dia kat rumah pun tak de. ANA TAK TAHU KENAPA DIA BUAT ANA MACAM NI? TOLONGLAH KORANG JANGAN TANYA LAGI. TOLONGLAH.”

Mama meluru dekat. Abah, Angah dan Along diam. Mama peluk aku. Usap rambut sambil bisik sesuatu.

“ Mama mintak maaf.” Itu yang aku dapat tangkap dari apa yang mama bisikkan.

Sejak peristiwa itu, sudah dua hari aku berkurung di bilik. Aku lebih tenang di bilik. Kadang-kala aku berteleku di atas sejadah sehingga malam. Sekurang-kurangnya diri ini lebih tenang.

Namun, sesekali aku menangkap mak dan abah bertengkar, memikirkan apa yang bakal berlaku. Mungkin malu nak menghadap orang kampung.

Malu sebab anak mereka tak jadi kahwin.

Malu sebab pihak lelaki yang memutuskan pertunangan.

Malu sebab perkahwinan anaknya yang doktor ini telah dicanang ke seluruh kampung.

Biarlah apa orang nak kata.

“ Ana.”

Aku yang leka tengok rintik-rintik hujan tadi memandang mama yang masuk membawa dulang berisi semangkuk bubur.

“ Kenapa Mama bawak makanan ni? Ana tak sakit pun.” Aku beritahu lembut.

“ Ana dah dua hari kat bilik. Ajak makan Ana tak mahu. Kalau makan pun Ana makan sikit sangat. Mama risau. Ana dah dua hari tak pergi kerja.”

“ Ana dah mintak cuti seminggu. Ambil cuti… cuti yang Ana apply dulu.” Aku telan liur. Pahit.

Mama mengangguk. Usap rambut aku.

“ Ana makanlah. Ni Mama buatkan bubur.”

“ Ana okaylah Mama. Kenapa Mama tak panggil Ana turun makan?”

Mama diam.

Kemudian Mama senyum.

“ Ana. Mama nak tanya.”

Aku pandang Mama dalam-dalam. Harap Mama paham aku tak mahu Mama bertanya tentang Firdaus.

“ Siapa yang hantar Ana ke sini hari tu?”

Aku pandang Mama. Aku paham siapa yang Mama maksudkan.

“ Kan hari tu, ada orang hantar Ana ke rumah ni. Ana masa tu lemah sangat. Katanya Ana pengsan. Bila Ana sedar, Ana suruh dia hantarkan Ana balik sini. Ana ingat tak?”

Mama, Ana belum hilang ingatan.

“ Ingat. Kenapa Mama tanya?”

Mama senyum. “ Dia dah kahwin?”

Aku pandang mata Mama. Ada sesuatu di sini.

“ Mama?”

“ Mama tanya je. Baik orangnya.” Mama ambil bubur aku dan kacau dengan sudu. Mama pandang bubur.

“ Dia dah kahwin, Mama.” Aku rahsiakan yang dia seorang duda.

Aku seakan memahami rancangan Mama.

Wajah Mama sedikit berubah. Kemudian kembali senyum. “ Macam mana Ana kenal dia?”

“ Kawan kolej Ma.” Jawab aku curiga.

Mama bingkas bangun. “ Makanlah. Nanti sejuk dah tak sedap.”

“Ma.”

Mama berkalih di depan pintu.

“ Ana tahu maksud Mama. Ana mintak maaf. Ana tak boleh.”

Muka Mama berubah terus. Mama tutup pintu.

Handphone berdering kuat.

“ Hello.”

“ Ana. Sihat?”

Iqbal. Panjang umur.

“ Sihat. Kenapa call?”

“ Teringat. Lepas hantar awak hari tu, nak tahu jugak pasal awak. Tapi saya rasa biarlah awak okay dulu.”

“ Saya okay.”

Dia pun ingat aku sakit.

“ By the way, thanks hari tu. Lupa nak cakap thanks.”

“ Sama-sama.”

Diam.

“ Nanti saya call lagi. Jaga diri.”

Aku tekan butang merah.

Aku pandang handphone lama.

Handphone berdering lagi.

Syira.

“ Hello. Syira.”

“ Ana. Kau okay? Aku dah dengar cerita.”

Dahi berkerut. “ Dari siapa?”

“ Ana. Aku ternampak Firdaus hari tu.”

Mata aku terbuka luas. Anak mata bergerak-gerak.

Jantung berdegub kencang.

“ Di mana?”


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 11:11 AM | Show all posts
dimanaaa?????
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 11:14 AM | Show all posts
daus ade kat mana???
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:05 PM | Show all posts
adoilah...saspen betul....jumpa firdaus kat manaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 06:01 PM | Show all posts
di mana?
suspen nie... sambung sambung
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 07:19 PM | Show all posts
beb. sempat lagi kau sambung?

alang2 sambung banyak sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 07:22 PM | Show all posts
Fuhhh...suspen!
Next!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 07:26 PM | Show all posts
kat manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa????
tak senang aku dibuatnya

TQ TT,cite ni best
nanti sambung tau!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 11:12 PM | Show all posts
adehhhhhh.....i am analysing  some data and    kalau ada citer  lagi kan bagus kan?

hmm.....


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 11:12 PM | Show all posts
so...i presume now Iqbal and Ana?

hmm okay ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.107163 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list