CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26476|Reply: 91

Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing

[Copy link]
Post time 1-2-2012 09:18 PM | Show all posts |Read mode


Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.


Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?


Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.




Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.



Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.




Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.




Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.



Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.



Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.



Hasil yang didapatkan adalah:



1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.



2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.



3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.



4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.



5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.



Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.



Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !



Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).



Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.



Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.



Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing



Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).



Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”



Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).



Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

kredit : tulahan

*just nak share..kalo momod rase xperlu boleh didelte

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 08:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 08:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 11:56 AM | Show all posts
teringat sorang cousin ni suka sangat share makan ice cream ngan kucing dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:28 PM | Show all posts
teringat masa kecik2 dulu, punyalah suka kucing sampai kalau mak bapak aku tak ada aku sanggup berkongsi makan sepinggan dengan kucing...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:52 PM | Show all posts
bahagia aku membacanya .....obelisk, salah satu aktiviti bersama kucing bila org takde hehee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2012 02:13 PM | Show all posts
hehhe... aktiviti resia bersama kucing... kucing tu pun bersopan-santun menumpang makan, perlahan je kuis sambil jeling nak ambil bahagian lauk dia...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:18 PM | Show all posts
aku pernah gak share ngan kucing kesayangan aku.. tp dgn dia jer~ yg lain aku xmo. tp aku tetap bg apa yg aku mkn kalau memasing sibuk dok depan aku hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 02:19 PM | Show all posts
i miss my kucen.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:20 PM | Show all posts
iols selalu tido dgn kucen iols...elok jek sihat walafiat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:50 PM | Show all posts
boleh cerita kan tentang kisah Rasullah bersama kucing? dan cerita Abu Hurairah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 02:55 PM | Show all posts
ermmm sya sambung lagi dengan cerita2 keislaman berkenaan dengan kucing.. yupp..


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 02:57 PM | Show all posts
Kuman Kucing & Anjing: Ada beza ke?

Nabi menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.



Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawabannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.



Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh pelbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.




Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan tumpah daripada lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.



Kajian Yang Dijalankan



Telah dilakukan berbagai-bagai penyelidikan terhadap kucing mengiut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.



Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:



1. Hasil yang diambil daripada kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.



2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat daripada air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.



3. Cairan yang diambil daripada permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.



Kuman enterobacter yang tidak berbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.



5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Pelbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.



Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali menemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.



Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing



Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.



Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.



Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.



Hadis-Hadis Mengenai Kucing



Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air ke dalam bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).



Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, terdapat seekor kucing datang dan menjilat bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”



Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).



Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

kredit to aman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 03:26 PM | Show all posts
tp kalau ada astma, x leh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 03:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 3-2-2012 16:05
tp kalau ada astma, x leh
pbw2775 Post at 3/2/2012 15:26


tak benar sepenuhnya ni... cuba baca di bawah kenapa.

Cats and Asthma, What You Should Know:
Is it really true that asthma sufferers can't keep cats? Do cats really cause asthma? What should you do if you have a cat and someone at home has asthma?

Many asthmatic sufferers are advised to get rid of their cats by their doctors who claim that their condition is likely to be caused by their furry friends. This is a misconception that brings severe consequences to the bond between man and pet, and the life of the cat. Before we conclude that these furry friends are the culprit, we should understand what asthma is, and how having pets around us can affect our health and resistance.

What is asthma?
Asthma is a disease of the airways or branches of the lung (bronchial tubes) that carry air in and out of the lungs. Asthma causes the airways to narrow, the lining of the airways to swell and the cells that line the airways to produce more mucus. These changes make breathing difficult and cause a feeling of not getting enough air into the lungs. Common symptoms include coughing, shortness of breath, wheezing, chest tightness and excess mucus production.

It is caused by intrinsic and extrinsic (inhaled) factors. Intrinsic factors are respiratory infections; a cough, cold or bronchitis; exercise and tobacco smoke or other air pollutants. They can also be caused by an allergy to a particular food or medication. On the other hand, extrinsic factors are pollen, dust, dust mites, animal fur, dander or feathers.

As you can see, asthma is not just caused by having a cat (or any other pets) at home. If there is a lot of pollution and dust, an allergic reaction can also be triggered and cause a sufferer to have an attack of asthma.
Getting rid of your cat does not mean your asthma attacks will go away. Recent studies have shown that pet allergens can remain in the house for up to six months after the removal of the pet. Also there is evidence of cat allergens present in public places like shopping centres, libraries, even in hospitals (1).

It is also interesting to note that removing the exposure to the family pet may trigger greater problems when exposed to allergens from other causes. Some people may become even more sensitive to allergens when they no longer have any cats/pets at home (2).

Responsible Ownership
Having understood the causes of asthma, it is important to consider the steps to take care of yourself (or your asthmatic family members) AND your pet cat. It is important to acknowledge responsible ownership and the following basic steps of cleanliness in order that cat and human can live together in harmony.

1) Removal of all carpets and fabric curtains or any other material which can trap fur and dust. This is especially important in the living area and bedrooms.

2) Vacuum regularly with an effective air filter.

3) Ventilation in the living areas should be good. Opening a window to allow air flow is a good way to remove cat allergen.

4) Use dust-mite preventive mattresses, pillow covers and protectors.

5) Removal of woollen fabrics and even soft toys as they trap dust, dust mites and animal dander easily.

6) Make sure your cat is groomed and cleaned regularly. Prevention of external parasites is important.

7) Prohibit your cat from entering your sleeping area.

8) Do not kiss and hold your cat near your nose if you are allergic.

9) Wash your hands after handling the pet and his litter tray.

10) If you are prescribed medication for your asthma, take it as per instructed. These will help you combat your attacks and strengthen your immunity.

Cats and Asthma
For many years, people have believed that asthma is caused and made worse by exposure to cats. Thankfully, however, more recent research has revealed different results, demonstrating that exposure to cats and other animals when the child is at infancy or toddler stage may even protect him or her against asthma.

In a study of 474 children from birth to 6-7 years old, it was found that exposure to cats and/or other animals in the first year of life reduced subsequent risks of allergic reactions to multiple allergens. Children who are exposed to more animals are less likely to develop asthma and allergic skin conditions than those who are only exposed to none or one pet (3).

Another study with 2,500 children from infancy to 4 years of age revealed that when these children were exposed to pets, they were associated with significantly reduced risk of asthma and allergic rhinitis (4).

Conclusion
Asthma is serious condition and can be caused by many types of allergens and infections. It is important for us to understand that getting rid of our cats or other pets will not remove the problem.

Only by having a clear understanding of the disease and recognising responsible ownership can we ensure that our pet cat remains a faithful furry friend.

References:
(1) Bamsjukus, A.L. Cat and dog allergens: Dispersal, exposure and health effects in childhood. Report by Karolinska Instituete, Stockholm, Sweden., December 2002

(2) Platts-Mills, T.A. Paradoxical effect of domestic animals on asthma and allergic sensitization. Journal of the American Medical Association, 200;:288:1012-1014

(3) Ownby, D.R., Johnson, C.C. & Pet erson, E.L. Exposure to dogs and cats in the first year of life and risk of allergic sensitization to 6-7 years of age. Journal of the American Medical Association. 2002; 288: 963-972

(4) Nasfsted, P., Magnus, O., Gaaders, PI. & Jaakola, J.J.K. Exposure to pets and atopy- related disesases in the first 4 years of life. Allergy, 2001;56:307-31

maka yang paling penting ialah kebersihan. di mana jika kita ingin beribadat pun perlu jaga kebersihan. kalau tak bersih bukan saja boleh dapat asthma attack malah nak beribadat pun jadi was-was... wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:01 PM | Show all posts
masa kecik2 aku slalu tido ngan kucing siap masukkan dlm selimut aku.. Pastu aku kunci pintu x kasik keluar. Mlm2 kucing tu dok ngiau2 jerr laa nak memerut agaknya..skrang ni pegang kucing pun x leh sbb aku ada resdong. Aku masuk je umah mentua yg ada kucing start haaa bersin + selsema gegatal. Sian aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 04:02 PM | Show all posts
tq, nice info..
sharing is caring..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:07 PM | Show all posts
tq, nice info..
sharing is caring..
pbw2775 Post at 3/2/2012 16:02


no problem, beb...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:11 PM | Show all posts
Bapak i ckp lidah dan tapak tangan kucing ni boleh buat ubat. Sbb tu kalau tgk kucing sakit, luka or kaki dia patah... sekejap jer nak heal.

- kalau demam or tercekik tulang, minum minuman yg telah diminum oleh kucing
- kalau kat badan kita sakit2, amik tapak tangan dorang, buat2 mcm massage kat tmpt sakit tu.

Perempuan pregnant yg takot dengan virus toxaplasma tu, still boleh jaga kucing lagi. Janji suruh org lain bersihkan kencing & najis dorg. Toxoplasma hanya ada dlm najis mereka jer. itupon hanya akan merebak sekiranya kita makan makanan atau minum minuman yang dah tercemar dgn toxoplasma. or mgkin kita tak basuh tangan lepas bersihkan najis mereka. Virus ni tak merebak melalui bulu mereka. so jgn takut.

ramai org buang kucing lepas disahkan pregnant or selepas melahirkan anak, kononnya takut nanti keguguran atau anak mati dlm perut or anak akan dpt asma selepas lahir. Mmg toxoplasma tu akan menyebabkan keguguran & kecacatan pada janin, tp kalau kita berhati2 mcm i bgtau kat atas, perkara ni tak terjadi kot. lagi satu, kalau boleh masa pregnant jgn minum air tebu, sbb tebu ni cpt meresap air. cuba bygkan kalau pengusaha tebu dirikan tebu kat bilik air & kat situ kucing kencing... hazab.

Dulu anak buah i teruk kena asma, mcm2 cara ubat tp tak jalan. sampai satu hari jiran my sis suh dia pelihara kucing. since that day, my niece dh stop asma. ms anak2 kecil, biasakan dorg dengan kucing, supaya dorg blh built up dorang nyer immune system. So that lps tu tak mudah dpt asma.

Wallahuallam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 05:50 PM | Show all posts
Reply 4# lipsofanangel


Boleh pulaks camtu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.476226 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list