|
KANSAS: Seorang pelajar di negeri Amerika Syarikat mengalami kejutan ketika membuka buku yang baru diterima hasil tempahan di internet apabila satu plastik serbuk putih terjatuh dari dalamnya.\rPelajar Universiti Mid-America Nazarene, Sophia Stockton, membeli buku bertajuk Understanding Terrorism: Challenges, Perspectives and Issues untuk pengajiannya dari laman web Amazon.\r\n\n\n\n\rSelepas membuka beberapa muka surat, bungkusan plastik berisi serbuk putih itu jatuh daripada dalam buku itu.\r\r\n\n\n\n\nPelajar itu yang bimbang serbuk itu mungkin bahan kimia beracun antraks segera menyerahkannya kepada balai polis terdekat.\r“Saya beritahu anggota polis serbuk putih itu ada di dalam buku yang saya beli. Mereka mengambilnya dan mengujinya.\r“Kemudian pegawai polis berkenaan datang semula dan bertanya sama ada saya membeli kokain bersama buku itu. Sudah tentu saya kata tidak,” kata Stockton.\rPihak polis menganggarkan kokain itu berharga AS$400 (RM1,200) dan pegawai keselamatan kini menyiasat bagaimana dadah itu boleh berada dalam buku berkenaan.\r\n\n\n\rStockton membeli buku itu yang sebelum ini milik orang lain daripada wakil Amazon, Warehouse Deals yang menjamin semua barangan jualan sudah diperiksa sebelum diberi kepada pelanggan.\rJadi, Stockton boleh memberi alasan buku itu mungkin tidak periksa terlebih dulu. Bagaimanapun, dia enggan menyalahkan penjual.\r“Saya sudah banyak kali membeli daripada Amazon dan ini kali pertama ia berlaku. Saya tidak fikir Amazon bersalah dalam perkara ini.\r“Sudah tentu mereka tidak mampu memeriksa semua barangan di gudang simpanan. Saya rasa dadah itu kepunyaan pemilik buku sebelum ini,” katanya. – Agensi\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|