View: 156734|Reply: 276
|
Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK
[Copy link]
|
|
Edited by bianglala at 28-2-2017 11:50 AM
Post Last Edit by adabintang at 22-6-2011 11:00
Aku byk dpt PM suruh bukak TOPIK bagi meredakan AIR PASANG dari SG PERAK akibat keadaan cuaca yg x menentu sekrg ini
Moga2 apa yg aku buat ni mampu menahan AUR & TEBING di sepanjang SG PERAK serta bertaut kembali
Meh kita bermula dari TANJUNG MALIM iaitu PINTU GERBANG SELATAN PERAK, hrp kome dpt tambah mana2 yg patut & selepas 2-3 pages kita akan masuk ke BEHRANG, SLIM RIVER, SUNGKAI dan seterusnya
SEJARAH TANJONG MALIM
Sejarah Tanjong Malim
Tanjong Malim adalah merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Pekan ini bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur. Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.
Sejak dari dulu lagi pekan ini lebih dikenali sebagai Bandar Pendidikan. Bidang pendidikan adalah sinonim dengan pekan ini kerana terdapatnya pusat pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang berjaya melahirkan ramai cendekiawan dan golongan profesional. Dari segi bentuk muka buminya, Tanjong Malim adalah merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi oleh bukit bukau (Banjaran Titiwangsa). Kedudukan bandarnya terletak 84 km ke utara Kuala Lumpur dan 145 km ke selatan ibunegeri Perak iaitu Ipoh.
Selain dikenali sebagai Bandar Pendidikan, Tanjong Malim juga berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di kawasan selatan Perak. Berasaskan kepada kegiatan ekonomi yang sedia ada dan perancangan industri yang akan dirancangkan seperti industri automobil, perladangan dan perkilangan, Tanjong Malim dijangka bakal menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di selatan Perak. Pendapat ini yang mula diperkatakan sejak dahulu lagi telah diperkukuhkan dengan pembinaan kilang kereta nasional, Proton di Bandar Proton dan pembangunan kawasan-kawasan perumahan baru, kawasan rekreasi dan lain-lain .
Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.
Selain pekan Tanjong Malim terdapat beberapa pekan dan pekan-pekan kecil yang berhampiran dengan Bandar Tanjong Malim dan termasuk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim. Semua pekan dan pekan kecil ini terletak dalam lingkungan 30 km dari Tanjong Malim. Di antara pekan ini, Slim River pula sebagai pusat bandar pentadbiran di daerah ini oleh kerana Pejabat Daerah dan Tanah terletak di pekan ini. Di samping itu hospital juga ditempatkan di bandar ini. Hospital ini dilengkapi dengan rawatan doktor pakar.
Pada peringkat awalnya, Pejabat Daerah dan Tanah ini berpusat di Tanjong Malim. Tetapi sejak peristiwa pembunuhan Tuan Codner (Pegawai Daerah) oleh komunis di Simpang Empat, Tanjong Malim, pejabat ini telah dipindahkan ke Slim River. Asal nama Slim River bermula daripada sungainya (Sungai Slim) yang sempit. Berdasarkan keadaan sungai yang sempit ini orang Inggeris telah menamakan bandar ini Slim River yang bermaksud sungai sempit di dalam Bahasa Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salah satu MERCU TANDA terbaru TG MALIM
tapi yg ciannya susah student nak ke Pekan weh |
|
|
|
|
|
|
|
Tmn Tasik Tg Malim
bekas lombong tinggal yg dibangunkan, aku teruja tenguk tasik ni
sebab aku nampak prosesnya bermula dari semak samun sehingga cantik cam sekrg
setiap kali aku balik BGN Datoh melalui BTG KALI |
|
|
|
|
|
|
|
bangganya duduk kat tanjong malim |
|
|
|
|
|
|
|
pau tanjung malim takde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
//harloww...tuan umah meh tepek kawasan Temoh..
..nak cari seseorg kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
tg malim - slim river kg aku...
yeahhh |
|
|
|
|
|
|
|
mana dapat gambar-gambar ni, wifenikmie? |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai Bil merupakan tempat perkelahan yang menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan dan pengunjung-pengunjung yang berada diluar daerah Tanjong Malim / Slim River. Keadaan sungai yang bersih dan persekitaran serta udara yang nyaman telah menarik minat pengunjung untuk datang berkelah dan mandi disungai ini.
Sungai Bil juga menjadi tumpuan bagi mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan , "Jungle Tracking" , memancing , Berkelah dan lain-lain lagi.
Disini juga terdapat sebuah empangan hidro yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Pelbagai jenis kemudahan telah disediakan disini seperti dewan orang ramai,tempat letak kereta ,gerai makanan dan minuman juga pondok rehat untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung . Kini Sungai Bil telah terkenal diseluruh negeri kerana banyak aktiviti bertaraf kebangsaan telah diadakan disini seperti pertandingan "ECO Challenge" dan Program Khidmat Negara.
SG BIL satu lagi kws riadah di TG MALIM |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sayawifenikmie's post
harap kita FOKUS pd satu kws dahulu agar x bercelaru
dan memudahkan FORUMER luar mengenali lebih mendalam sesuatu kws di Perak |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 TUKANGKEBUN\ catat
TK, kat mana yer tasik nih.......... boleh nampak dari jalan utama ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 srida's post
lepas je simpang 4 tu ko dah nampak belah kiri kalu ke IPOH |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 TUKANGKEBUN's post
agaknye berape le rege sewa bilik tu ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Kita masuk pula ke kws Tapah
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Daerah Batang Padang meliputi beberapa kawasan petempatan masyarakat Orang Asli. Dalam erti kata yang sebenar, 'Orang Asli' bermaksud orang yang mula-mula menetap dan dapat membuktikan sejarah petempatan awal di kawasan tersebut. Para pengunjung akan menemui sebilangan daripada kampung-kampung ini di sekitar kawasan air terjun Lata Iskandar dan Kuala Woh. Sumber utama pendapatan mereka adalah daripada hasil penjualan kraftangan tradisional, buah-buahan tempatan seperti durian dan pelbagai jenis hasil hutan yang lain termasuk petai.
Ukiran kayu yang diukir oleh masyarakat Orang Asli boleh dijadikan cenderamata yang menarik untuk perhiasan di rumah. Untuk kemudahan para pengunjung yang berkunjung ke lokasi ini sebuah kantin, tandas awam serta bilik persalinan dan enam buah petak karavan dan tempat perkhemahan ada disediakan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LATA ISKANDAR
Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.
Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.
Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli.
Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.
LATA KINJANG
Lata Kinjang terletak kira-kira 18 km dari Tapah. Daya tarikan yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PUSAT BUAH-BUAHAN
DAERAH Batang Padang yang meliputi kawasan Sungkai dan Bidor akan terus dimajukan sebagai pengeluar buah-buahan, sayuran dan makanan diproses bukan sahaja untuk keperluan dalam negara malah untuk tujuan eksport.
Seramai 131 orang pengusaha buah-buahan sengkuang, keledek dan sayur sedang menjayakan usaha mereka di kawasan Tanaman Kekal Untuk Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungkai seluas 260 hektar daripada 420 hektar yang disediakan.
Di samping itu, Bidor telah dikenal pasti sebagai pengeluar kedua terbesar negara bagi tanaman betik selepas Johor.
LADANG TERNAKAN RUSA
Kampung Manderang, sebuah tempat yang terletak di Sungkai, Perak terdapat sebuah ladang rusa yang terbentang kira-kira 100 hektar luasnya yang telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar. Di sini, terdapat pelbagai spesis rusa yang dibiarkan hidup bebas, seperti berada di dalam habitat semulajadi mereka.
Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan, ladang ini juga menyediakan tempat lindungan bagi spesis-spesis burung tertentu dan dan pelbagai hidupan liar yang lain, sebagai usaha lanjutan untuk mengekalkan serta mencegah kepupusan haiwan-haiwan tersebut.
Ladang ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 4.15 petang (setiap hari termasuk cuti am) dan masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
No. Tel. - 05-438 9482 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|