CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
 Author| Post time 12-3-2008 09:22 AM | Show all posts
Bukit Larut


  Bukit Larut juga dikenali dengan Bukit Maxwell merupakan pusat peranginan yang tertua di negara ini yang ditemui sekitar 100 tahun yang lalu dan telah di ambil sempena nama Residen British Perak iaitu W.E. Maxwell. Bukit Larut dibuka pada tahun 1884 sebagai tempat pembesar-pembesar Inggeris beristirehat di banglo-banglo yang dibina di atas Bukit Larut. Banglo-banglo ini masih kekal sehingga kini seperti Rumah Rehat Bukit Larut, Banglo Beringin, Banglo Angkasa, Banglo Cendana, Banglo Tempinis, Sri Kayangan, Rumah Rehat Gunung Hijau dan The Cottage.
Di sini juga pernah dijadikan tempat percubaan penanaman teh yang terletak di 656 meter dari paras laut dan jaraknya 5.8km dari kaki bukit. Teh ini ditanam adalah untuk askar-askar British sebelum dipindahkan ke Cameron Highlands. Ketinggiannya 1,250 meter di atas paras laut dan 13 kilometer dari kaki bukit serta suhunya yang mencecah 15'C hingga 25'C ini dapat menyaksikan pelbagai pemandangan dan panorama menarik sekitar bandar Taiping. Di samping itu, pusat peranginan ini merupakan kawasan paling lembab di Malaysia kerana menerima 4000mm hujan setahun dan di sini juga pengunjung dapat melihat Selat Melaka, Pulau Pangkor dan Pulau Pinang.
  

   Keindahan alam semulajadi dan persekitarannya yang nyaman dan segar dengan terdapatnya pokok-pokok Jelutong dan Meranti yang menghijau dapat memberi ketenangan kepada para pengunjung. Di sini juga tersedia rumah-rumah rehat yang boleh disewa terutamanya bagi para pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di atas Bukit Larut. Untuk sampai ke puncak, pengunjung boleh berjalan kaki atau menaiki pacuan empat roda yang disediakan antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.   

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

Gerai Makanan
Tandas Awam
Kaunter Penerangan
Tempat Letak Kereta
Pondok Rehat
Penginapan
Kaw. Perkelahan dan Perkhemahan
Pondok Telefon
Tempat Makan
Kemudahan Katering
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2008 09:23 AM | Show all posts
Taman Tasik



  Taman Tasik Taiping merupakan tempat rekreasi yang sesuai bagi para pelancong untuk menjalan aktiviti riadah. Pada asalnya taman tasik merupakan bekas perlombongan bijih timah yang terbesar di Daerah Larut. Taman ini yang dikelilingi 3 tasik utama iaitu South Lake, West Lake dan Jungle Lake. Di antara tasik-tasik utama ini pula terdapat beberapa pulau seperti Duck Island, Scotts Island dan beberapa kolam seperti Swan Pond, Alamanda Pond dan kolam-kolam kecil.
Keunikan utama Taman Tasik Taiping ialah keindahan pokok hujan-hujan yang telah berusia lebih 100 tahun yang membentuk kanopi memayungi jalan di sekeliling taman. Di sini juga terdapat 2,342 pokok yang terdiri daripada 75 spesis tumbuhan tempatan dan eksotik seperti Nymphae Species iaitu sejenis teratai yang berwarna pink yang tumbuh di atas tasik, tembusu padang atau nama sainstifiknya Fragrae Fragrans yang boleh dilihat di kawasan berhampiran Jambatan Cina, Mahagony atau buluh bukit yang tumbuh di atas bukit ini yang juga boleh dilihat di kawasan berhampiran Jambatan Cina.
  

  Selain itu, tumbuhan Brazillian Nut yang boleh dilihat berhampiran gelanggang tenis dan Jacaranda Filicifolia yang lebih dikenali sebagai jambul merak boleh didapati di sekitar bukit di Taman Tasik Taiping. Di Taman Tasik Taiping juga terdapat padang golf yang pertama di Malaysia dan Sport Lite Centre yang merupakan pusat sukan rekreasi yang pertama di Perak. Sport Lite Centre ini mempunyai gelanggang street soccer, trek kereta kawalan jauh dan gelanggang bola keranjang tiga sebelah yang membolehkan pengunjung beriadah.   

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:
Pondok Telefon
Tempat Makan
Pengangkutan Dalaman (Air)
Pondok Rehat
Tempat Letak Kereta
Tandas Awam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 09:24 AM | Show all posts
Zoo Taiping & Night Safari


Apabila menjejakkan kaki ke Taiping, setelah menikmati keindahan taman tasiknya , adalah tidak lengkap jika tidak mengunjungi satu-satunya zoo yang berada di sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Ia tidak lain dan tidak bukan ialah Zoo Taiping & Night Safari.


  Zoo Taiping merupakan zoo yang tertua di Malaysia dan satu-satunya zoo yang ditadbir menerusi pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping. Dahulunya Zoo Taiping lebih dikenali dengan nama Taman Mergastua Sultan Idris Shah. Ia dinamakan bersempena perasmian pembukaannya yang telah disempurnakan oleh Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Idris Shah.
Usaha mewujudkan zoo ini telah dimulakan sekitar tahun 1961 dan ia telah dirasmikan pada 7 Mac 1964. Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, terletak pula di kawasan semulajadi berhampiran kaki Bukit Larut yang dikenali sebagai "Central Jungle" di dalam Taman Tasik Taiping. Ia berjaya berfungsi sebagai sebuah kawasan rekreasi yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Malah, keindahan dan keaslian Zoo Taiping lahir daripada usaha-usaha pengekalan sumber-sumber alam semulajadi yang sedia ada seperti aliran anak sungai, kolam dan flora.
  

  Ini secara tidak langsung memberikan manfaat kerana pengetahuan baru boleh diperoleh melalui pengalaman-pengalaman zoo-zoo yang lebih maju. Zoo Taiping juga telah menjadi ahli kepada persatuan-persatuan berikut, iaitu SEAZA (South East Asia Zoological Parks and Aquarium Association ), MAZPA (Malaysian Association of Zoological Parks and Aquarium ) dan ARNIZE (Asian Regional Network of the International Zoo Educators Association ).

Zoo Taiping merupakan zoo yang pertama di Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1961 dan dirasmi pada 1964 oleh DYMM Sultan Idris Shah mempunyai  
lebih 1,300 ekor binatang dan 180 spesis burung dalam golongan mamalia dan reptilia. Zoo Taiping yang berkeluasan 34 ekar terletak di dalam kawasan semulajadi iaitu berhampiran kaki Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Di sini terdapatnya himpunan Pygmy Marmoset iaitu binatang yang paling kecil di dunia yang menjadi tarikan utama kepada pengunjung. Monyet ini hanya berukuran 5.35 inci dari kepala ke bawah, ekor 8 inci dan berat badan hanya 126 gram.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:
Taman kanak-kanak
Pondok Rehat
Tandas
Surau
Perjualan Kraftangan/Cenderamata
Pengangkutan Dalaman (keretapi mini)
Dewan Mesyuarat dan Seminar
Tempat Letak Kereta
Tempat Makan
Pondok Telefon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 09:25 AM | Show all posts
Kolam Air Panas Trong

Pakej Agrotourism - Kolam Air Panas Trong

Kolam Air Panas Trong yang mempunyai keluasan 1 ekar merupakan kolam air panas perubatan yang pertama di Taiping. Kolam yang mula beroperasi pada 2002 ini sesuai untuk dijadikan rawatan kesihatan tubuh badan dan kulit. Tarikan utama kolam air panas ini ialah mandian herba, merendam kaki dan perkhidmatan mandi. Keunikan kolam air panas semulajadi ini ialah ketinggian paras airnya melebihi bumi dan suhunya tetap dan kekal walaupun cuaca sejuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 09:26 AM | Show all posts
Pakej Agrotourism - Ladang Bukit Gantang

Ladang Bukit Gantang yang terletak di mukim Bukit Gantang berkeluasan 16 ekar merupakan sebuah ladang buah-buahan dan herba seperti ciku, jambu, dokong, durian, rambutan dan pelbagai jenis buah-buahan sampingan. Pelbagai aktiviti seperti lawatan berpandu ke ladang sejauh 500m dapat memberi satu cabaran dan pengalaman menarik kepada pengunjung kerana terpaksa melalui alur sungai dan mendaki anak bukit yang membolehkan pengunjung merasai suasana alam semulajadi. Selain itu, aktiviti-aktiviti sampingan seperti memancing, menikmati buah-buahan dan membuat kajian mengenai perladangan juga boleh dilakukan.


Mempunyai gabungan 4 produk yang boleh dinikmati oleh pengunjung iaitu:- Ladang buah-buahan, Kolam air panas, nuseri, Warisan Resort



Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

Tandas Awam
Tempat Makan
Tempat Letak Kereta
Pemandu Pelancong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 09:30 AM | Show all posts
Destinasi Eko Pelancongan - Hutan Paya Laut Matang


Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.


Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.


Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar.


Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

Pentas dan dewan serbaguna
Ruang makan
Tapak khemah
Tapak semaian (penyelidikan)
Boardwalk
Papan maklumat
Penginapan
Pengangkutan Dalaman ( Air)
Surau
Tempat Letak Kereta
Tandas dan Bilik Mandi
Pemandu Pelancong
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2008 09:31 AM | Show all posts
Muzium Kuala Gula









Destinasi Eko Pelajaran - Kuala Gula

Perjalanan dari Kuala Sepetang ke Kuala Gula yang memakan masa hampir sejam memberi pengalaman menarik kepada pengunjung kerana sepanjang perjalanan terdapat deretan pokok bakau di kiri dan kanan. Bagi peminat burung mereka boleh mengunjungi Bird Sanctuary dan Muzium Kuala Gula. Bird Sanctuary merupakan tempat persinggahan burung hijrah yang berhijrah dari utara dunia seperti Alaska, Russia dan China ke selatan dunia iaitu Australia dan New Zealand. Burung hijrah ini biasanya berhijrah secara berperingkat mulai Ogos hingga Disember dan purata antara 5,000 hingga 10,000 ekor burung akan singgah di Kuala Gula dalam tempoh tersebut. Di Muzium Kuala Gula pula menempatkan spesis-spesis burung hijrah yang diawet untuk dipamerkan kepada pengunjung. Bagi para pemancing pula, mereka mempunyai pilihan samada untuk memancing di laut dalam atau di muara sungai.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

Tempat Letak Kereta Tandas
Penginapan
Pondok Telefon
Tempat Makan
Pengangkutan Dalaman (Air)
Kaunter Penerangan
Bilik Mesyuarat dan Seminar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 09:32 AM | Show all posts
Penghasilan Arang Kayu








Destinasi Eko Pelajaran - Penghasilan Arang Kayu

Salah satu tarikan di Hutan Paya Laut adalah kilang pemprosesan arang kayu. Kilang ini yang terletak berhampiran dengan Pejabat Hutan Matang yang dibina sejak tahun 1930-an merupakan salah satu kilang pemprosesan arang kayu bakau yang terdapat di Malaysia.

Kilang ini mempunyai 60 dapur arang kayu dapat menarik perhatian pengunjung untuk melihat sendiri bagaimana pemprosesan arang kayu dilakukan.

Tahukah Anda? Arang kayu boleh menghasilkan produk kosmetik, mandian dan sebagainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2008 09:32 AM | Show all posts
Bangunan-bangunan Warisan









Destinasi Eko Pelajaran - Bangunan-bangunan Warisan

Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai di mana senibinanya adalah dari pengaruh Inggeris. Terdapat 83 rumah kedai dan 34 bangunan-bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting di Taiping. Ianya diimport dari Cina dan dipengaruhi pula oleh arkitektur kolonial yang berkembang pada abad ke 16 hingga pertengahan abad ke-20. Senibina kolonial ini adalah senibina yang dibawa oleh penjajah-penjajah Eropah yang pernah menjajah Malaysia seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah diubahsuai mengikut keadaan iklim Malaysia.

Senibina yang sering digunakan ialah Utilitarian, Neo-Classical, Palladian, Minnan, Moden dan sebagainya. Salah satu keunikan bangunan warisan ini adalah kebanyakan pembinaan bangunan-bangunan konkrit yang terdapat di Larut mendahului tempat-tempat lain di Semenanjung.

Malahan menurut pendapat umum, pekan Taiping sudah pun muncul dengan bangunan-bangunan dan rumah-rumah batu sedangkan ketika itu Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi rumah-rumah usang seperti bangsal. Rekabentuk kedai-kedai serta bangunan-bangunan kerajaan masih kelihatan utuh dan menarik di mana pengunjung dapat merasai nostalgia zaman kegemilangan Taiping melalui bangunan-bangunan sejarah ini.

Tahukah Anda?
Terdapat 33 perkara pertama di Taiping seperti penjara, landasan keretapi, hospital dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 11:29 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by TUKANGKEBUN at 27-2-2008 09:15 AM
Marina Wing (Taman Awam Lumut WaterFront)

Lokasi
Lumut  Alamat
Taman Awam Lumut Water Front terletak di persisiran muara sungai Dinding dan bersebelahan dengan 揕umut Yacht Club
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2008 11:44 AM | Show all posts

Kita jelajah pula Kws Daerah Lenggong

Sejarah Awal Lenggong


Menurut cerita-cerita mulut, kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar.  Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya.  Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok).

       Dengan bersusah payah ia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang lain yang terkecil sedikit daripadanya.  Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya.  Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya.  Akhirnya tempat itu dinamakan "Langgong".  Lama kelamaan nama "Langgong" itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi "Lenggong", kekal nama itu hingga sekarang ini.

        Ada pula yang menceritakan, orang yang mula-mula meneroka hutan rimba dan mendiami di daerah Lenggong ini ialah seorang Semang juga yang bernama "Lenggong", jadi nama Lenggong yang ada pada hari ini ialah mengikut nama orang Semang yang tersebut itu.

        Suatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung.  Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama "Lengkong".  Akhirnya berubah pula sebutan "Lengkong" itu menjadi "Lenggong".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:06 AM | Show all posts
Tasik Raban



Tasek Chenderoh ini sesuai bagi yang menggemari sukan air. Kawasan dipersekitaran tasik ini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet , taman kanak-kanak, restoran terapung dan pusat khidmat pelancong.

Di tasik ini juga sering diadakan sukan air peringkat Negeri Perak sempena Hari Kebangsaan. Di antara acara yang sering diadakan ialah Perlumbaan Perahu Panjang dan Kayak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:06 AM | Show all posts
Muzium Arkeologi Kota Tampan  



Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik.
Keluasan keseluruhan kawasan muzium ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:08 AM | Show all posts
Lata Kekabu



Air terjun Lata Kekabu adalah sebuah tempat perkelahan yang begitu menarik untuk dilawati semasa anda bercuti di daerah Lenggong.

Air terjun ini terletak diantara Kuala Kangsar dan Lenggong kira-kira 12 kilometer dari Pekan Lenggong.
Kawasan Lata Kekabu ini dilengkapi dengan surau, pentas, tandas, pondok-pondok kemudahan untuk beriadah dan amat sesuai di gunakan sebagai tempat motivasi, kursus bina semangat, "jungle tracking" dan lain-lain majlis.

Air terjun Lata Kekabu menjadi tumpuan pelajar-pelajar Maktab Perguruan, TUDM/TLDM, Sekolah-Sekolah dan lain-lain agensi untuk sebarang jenis aktiviti.

Sekiranya anda datang melancong ke Lenggong, jangan lupa bermandi-manda di sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:09 AM | Show all posts
Gua-Gua Bersejarah



Lembah Lenggong mempunyai sejumlah 16 gua, termasuk beberapa yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancong. Sumber berpotensi ini akan menerima sambutan baik terutamanya daripada pelancong yang berminat kepada aktiviti meneroka gua dan sejarah zaman purba. Di antara gua-gua yang berpontensi termasuklah Gua Kajang (dimana terdapat tulisan zaman purba) dan Gua Gunung Runtuh (tempat dijumpai tulang-tulang "Perak Man"). Kota Tampan merupakan satu kawasan tarikan arkeologi di mana tinggalan zaman "Paleolitic" telah dijumpai. Di bahagian utara daerah ini juga terdapat gua batu kapur di Bukit Damar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2008 09:11 AM | Show all posts
Resort Tasek Raban

Alamat : Resort Tasek Raban,
d/a Majlis Daerah Lenggong,
Jalan Alang Iskandar,
33400 Lenggong.

http://mdlg.perak.gov.my/Resort_Tasek_Raban.htm
Tel : 05-7512799
Faks : 05-7678702
Email : mdlg@streamyx.com




Senarai Harga Bilik Resort Tasek Raban
Bil. Jenis Harga
1 Chalet Sesebuah ( 2 Buah )   RM 150.00
2 Chalel Berkembar ( 10 Buah )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:14 AM | Show all posts
Maklumat Berkenaan Produk Daerah

Ikan Pekasam



Lenggong terkenal dengan Produk Ikan Pekasam. Buat masa ini produk ini di usahakan secara kecil-kecilan oleh penduduk sekitar Kawasan Tasek Raban, Kampung Pengkalan Ikan, Kampung Luat dan Kampung Beng. Jabatan Perikanan telah merancang untuk mewujudkan satu tempat penghasilan Ikan Pekasam di mana satu kawasan telah di pilih dan dijadikan Pusat Ikan Pekasam Negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:22 AM | Show all posts
Industri Ternak Air.



Dengan kewujudan tasik Cenderoh telah mewujudkan permukaan yang luas. Kawasan ini amat berpotensi untuk ternakan ikan dalam sangkar seperti ikan baung, talapia dan sebagainya. Industri ini telah di pantau oleh Jabatan Perikanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:26 AM | Show all posts

Kita memasuki Kws Gerik pula


Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang sekarang bernama Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di kuala sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tiada beberapa lama selepas itu, Raja Negeri Reman yang bernama Tuan Jagong datang memburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali untuk mencari punca bunyi yang ganjil itu.

Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (Dekan - nama sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan bunyi berkerit-kerit.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan `Gerit' itu telah dipakai beberapa lama tetapi orang-orang yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaannya daripada `Gerit' kepada `Grik', kemudian menjadi `Gerik' seperti yang digunakan sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 1.274303 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list