CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
Post time 16-6-2008 10:53 AM | Show all posts
ha ah sameee jer cam citer buah limau tambun...tapi org cakap limau tambun dema memang taruh baja jenis tu....tu yang elok besor-2 jer buahnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 05:04 PM | Show all posts
aku udah tak berani nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 09:40 AM | Show all posts
tapi manis tuuuuu...teman ckp kat kome...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 11:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 26-3-2008 09:30 AM
Tasik Banding


http://tanah.perak.gov.my/pdtgerik/images/pelancongan/10153202-212.png
Terletak 35km dari Gerik, merupakan tempat yang ideal untuk memancing dan kepada mereka yang terlalu  ...

aku dah g mancing....ikan mmg byk tp sume nyer tdo...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by wirazam at 1-6-2008 06:49 AM
salam...

best gak thread nih..dah lar perak nih negeri dia besar amat...kalau naik bus express KL- Penang kat highaway tu...sempat bangun tido 2 kali...baru lepas negeri perak..

bila  ...


tempat byk ada dara tak der ker kat perak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2008 02:42 PM | Show all posts

Balas #146 Joe_Shaper\ catat

ada
kat slim river
kpg sungai dara
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 04:00 PM | Show all posts
?v=0

?v=0

PROTON CITY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 08:49 PM | Show all posts
nak dtg pangkor aku la kamus bergerak semua psl pangkor..haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 12:42 PM | Show all posts
Saya anak kelahiran Tepen, Perak..

tapi dah lebih 20 tahun menetap KL..tinggalkan Perak..

Walau mcam mana pon Perak masih tetap dalam ingatan..lake garden, zoo Tepen, Bukit Maxwell (la ni Bukit Larut), pekan Tepen, Kemunting..sume do terkenang-kenang..

Makanan..Tepen memang tempat syurga makanan..semua ada...issyy..tak boleh kenang la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:59 AM | Show all posts
morning warga Perak..

nak mintak tolong sesangat..sape leh bgtau jalan mana nak ikut kalu nak ke hospital Selama dari KL? urgent sgt..adik kt PLKN Selama masuk wad...nak pegi tp xtau nak ikut jalan mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 09:27 AM | Show all posts
Bukit batu kapur jadi tarikan

Oleh ANGELINA SINYANG
utusanperak@utusan.com.my


[IMG] [/IMG]
PANORAMA indah ke Gua Kek Look Tong di Gunung Rapat, Ipoh. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

--------------------------------------------------------------------------------



IPOH 9 Mac - Selain popular sebagai bekas pusat perlombongan bijih timah utama di negara ini, Lembah Kinta di Perak juga dianggap kawasan unik kerana dikelilingi oleh banyak bukit batu kapur.

Banjaran bukit batu kapur ini bukan sahaja menyumbang sumber pendapatan kepada ekonomi negeri melalui aktiviti perlombongan kuari, pembuatan simen dan batu marmar, tetapi turut menggamit kedatangan pelancong ke Perak khususnya sekitar bandar raya Ipoh.

Antara produk pelancongan menarik boleh ditemui dalam bukit batu kapur ialah gua yang sesuai untuk diterokai oleh peminat aktiviti lasak seperti Gua Tempurung di Kampar yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Ipoh dan beberapa gua yang dijadikan tokong atau kuil oleh penganut beragama Buddha dan Hindu.

Meskipun pembinaan tokong dalam gua tidak dibenarkan di Perak, tetapi kewujudan rumah ibadat itu memberi pulangan kepada kerajaan negeri apabila ramai pelancong asing melawat ke tempat tersebut.

Pelancong, terutama dari Singapura dan China tidak melepaskan peluang mengunjungi tokong di dalam gua untuk beribadat dan menyaksikan keindahan pemandangan di sekelilingnya apabila melawat ke Ipoh.

Bagaimanapun, pembinaan tokong atau kuil dalam gua tetap ada risikonya kerana ia terdedah kepada kejadian runtuhan seperti insiden runtuhan batu kapur yang meragut satu nyawa di Tokong Gua Perak di Jalan Kuala Kangsar di sini pada 11 Januari lalu.

Malah, tragedi yang sama pernah berlaku di Gunung Cheroh di sini 34 tahun lalu yang mengorbankan 42 penduduk Kampung Kachang Putih yang terletak di kaki bukit tersebut.

Sehingga hari ini, ramai masih mengingati kejadian tragis itu kerana 30 mangsa masih tertanam dan gagal dikeluarkan di bawah runtuhan berkenaan.

Justeru, telah sampai masanya pihak berkuasa tempatan mengambil kira soal keselamatan orang ramai yang mengunjungi tempat-tempat pelancongan seumpama itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 01:00 PM | Show all posts
Sapa kat sini tinggal kat kampung dalam Majalay 3 yang lepas. Tengok suasana kampung memang menarik ..... tempek ler gambar kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 05:14 PM | Show all posts

Reply #153 harmerz01's post

tasek raban ke...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 02:26 PM | Show all posts

Balas #152 TUKANGKEBUN\ catat

teman peronah masuk ke sini dengan amoi teman dan ex-amoi teman (mase die nok pegi menilik sape buleh jadi somi die).  ok le.  beranginnn aje.  lepeh tu tembuih ke dalam ade laman besor.  ade kolam besor bele kughe-kughe jugak.

benor le kalo nok ceghite bab sefti (keselamatan kate omputeh).  baghu-baghu ni pun ade dinding/bumbung ghuntuh kat dalam gue jalan kole kangsor tu.  mati soghang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 08:52 AM | Show all posts
Keris warisan Melayu

Oleh HASHIM P. MAMAT
utusanperak@utusan.com


[img] [/img]
ABDUL Mazin bersama dua bilah keris yang ditempah oleh pelancong Amerika dan Jepun di bengkelnya di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA KANGSAR 11 Mac - Keris merupakan warisan atau lambang keberanian dan perjuangan masyarakat Melayu yang telah wujud sejak zaman berzaman.

Hakikatnya, kehebatan pahlawan Melaka, Hang Tuah juga dikenali berikutan kesaktian keris bernama Taming Sari.

Biarpun kini kedudukan keris tidak lagi terlalu istimewa dalam masyarakat Melayu, namun ia masih menjadi simbol paling penting.

Fungsinya bukan sebagai senjata bagi mempertahankan diri, tetapi lambang adat dan budaya dalam masyarakat itu sendiri.

Di sebalik sejarah kehebatannya, tidak ramai mengenali golongan yang bertanggungjawab menghasilkan keris.

Salah seorang pembuat keris, Abdul Mazin Abdul Jamil, 58, berkata, untuk menghasilkan keris yang menarik, seseorang itu harus mempunyai jiwa seni tersendiri.

Mula berkecimpung dalam bidang itu sejak lebih 40 tahun lalu, Abdul Mazin bangga dengan usaha yang dilakukannya.

''Antara keris yang pernah saya hasilkan termasuklah keris Panca Warisan yang menjadi lambang perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO," katanya di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Menurut Abdul Mazin, membuat keris sememangnya merupakan antara kerja yang agak rumit malah jauh lebih sukar daripada menghasilkan golok atau parang.

Ini kerana katanya, untuk mendapatkan keris yang bermutu tinggi, seseorang itu mesti pandai melebur besi dan mencampurkannya dengan bahan-bahan lain.

''Saya belajar membuat keris daripada bapa saya setelah jemu membuat parang dan golok sahaja," katanya.

Bapa kepada l2 anak itu berkata, untuk menyiapkan sebilah keris mengikut saiz termasuk ulu dan sarungnya, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga minggu.

Selain menempa keris Panca Warisan, Abdul Mazin juga terlibat menghasilkan keris untuk pihak istana. Antara negeri yang mendapatkan khidmatnya selain Perak ialah Kedah dan Selangor.

Malah Sultan Brunei dan beberapa pembesar negara lain turut tertarik dengan keaslian keris yang dihasilkannya.

''Saya juga menjadi rujukan kepada siswazah dari universiti tempatan yang mengikuti kursus seni warisan yang ingin mendalami pelajarannya. Bengkel saya sering menjadi tumpuan ramai khususnya pada musim cuti persekolahan.

''Saya bersyukur dengan segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dan semua pihak terbabit, saya dapat meneruskan kerja dalam pembuatan keris dan bidang pandai besi," ujarnya.

Abdul Mazin turut melahirkan harapannya untuk membimbing golongan muda yang berminat mendalami kemahiran membuat keris bagi memastikan ada generasi pewaris pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 09:27 AM | Show all posts
parang terbang, tak mau simpan ke?      sapa mau boleh mai ambik kat kampung teman.  kalau sanggup perasap setiap malam jumaat le  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 02:31 PM | Show all posts

Reply #155 Gemukkkkkkk's post

fush ada pengalaman gak ko ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 01:37 PM | Show all posts

Balas #9 TUKANGKEBUN\ catat

ya...aku pun pernah sampai sini. air sungai tu mmg sejuk. best jugak. tapi masa aku pergi tu, tak leh mandi, sbb lawatan keje melawat TNB stesen hidro. projek tnb itu salah satu cabang Energy Efficient di negara ni. menggunakan kuasa air terjun untuk penjanaan elektrik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 03:06 PM | Show all posts
ya ampun....
membangun nyer perak..
setelah sekian lamer ku tinggalkan....

dolu2 penah gi lata kinjang,pulau pangkor,ulu kenas,bukit merah...

jaya jusco....(hikhikhik)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.361883 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list