CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Filipina umum identiti 3 pengganas

[Copy link]
Post time 5-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KDN tidak tolak kemungkinan lebih ramai rakyat kita terkorban\rSEPANG: Laporan terkini polis Filipina mengesahkan identiti seorang lagi yang terbunuh dalam serangan terhadap kumpulan Abu Sayyaf yang ada hubungan dengan kumpulan militan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI), ketika serbuan tentera di selatan pulau Jolo, Filipina awal pagi Khamis lalu.\r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan ia bukan rakyat Malaysia tetapi tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam serangan itu, yang mengorbankan 15 pengganas.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, pasukan bertindak Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini berada di Manila bagi melakukan pengesahan DNA dan menguruskan jenazah untuk dikembalikan ke negara bagi dikebumikan jika mayat disahkan Zulkifli.\rKatanya, maklumat diperoleh setakat ini menunjukkan selain Zulkifli, dua lagi warga Malaysia  menganggotai Darul Islam Sabah (DIS) iaitu Bacho dan Jeknal Adil, mungkin antara 15 pengganas yang terkorban.\r“Rakyat Malaysia yang terbunuh dalam serangan ini mungkin lebih daripada seorang, yang ada kaitan dengan dua gerakan iaitu JI membabitkan Zulkifli dan DIS pun mungkin terbabit tetapi ini perlukan pengesahan.\r“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa jika identiti disahkan polis Filipina dan berterima kasih kepada mereka atas bantuan memberi sampel DNA untuk mengesahkan mereka yang terbunuh,” katanya sejurus sebelum berlepas ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.\r\n\n\n\rKunjungan rasmi beliau ke Singapura bertujuan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya di republik itu, Teo Chee Hean, berhubung langkah keselamatan dua hala dan serantau dalam dunia tanpa sempadan.\rSetakat kelmarin, tentera Filipina hanya mengumumkan identiti tiga pengganas yang terbunuh iaitu warga Malaysia, Zulkifli bin Abdul Hir @ Marwan, yang juga pemimpin kanan Abu Sayyaf dan JI; pemimpin JI Singapura, Abdullah Ali @ Muawiyah dan pemimpin militan Abu Sayyaf, Umbra Jumdail @ Dr Abu Pula.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.185884 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list