CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15391|Reply: 206

Sang budak petah base korea & cina masuk spital smola - 200#

  [Copy link]
Post time 6-2-2012 08:36 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by jinnoti10 at 18-2-2012 19:23

Wartawan Sinar Harian

6 Februari 2012



Miliki kebolehan luar biasa

        BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.

        Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

        Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
         

        “Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
         

        Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
         

        Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
         

        Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
         

        “Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.
        
         

        Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
         

        Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
         

        Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
         

        “Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
         

        Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
         

        Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
         

        Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
         

        “Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.
        
         

        Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
         

        Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
         

        Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.
         

        “Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
         

        Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
         

        “Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
         

        “Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
         

        Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.
        
         

        Jalani rawatan alternatif
         

        Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
         

        Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
         

        “Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
         

        Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
         

        Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.


ni how ma.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 08:40 PM | Show all posts

Sang budak petah base korea & cina lepas eksiden

Mesti kena rasuk dgn hantu cina atau korea.lol
Pelik pulak..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 08:43 PM | Show all posts
Tersampuk Ju-On kaa??
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 08:43 PM | Show all posts
annyohasseyo...

alang2 dah reti tu, ambik je lah SPM paper Bahasa Mandarin 1, Bahasa Korea Perbualan ke ape ke...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 08:48 PM | Show all posts
haha tak sia2 budak ni koma smpi 11 jam...dpt kemahiran linguistik ko....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 08:51 PM | Show all posts
ohhh..
serupa dgn kes kwn saya tu, asben dia eksiden,
sedar dari koma.... terus speaking london, mintak makan pasta, pizza, puff sana sini...

dia tu cuma pak pulisi sahaja... mana tau cakap omputeh... sudahnya, dia pulak jadi pening apa asben dia cakap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2012 08:51 PM | Show all posts
dia da dapat wahyu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 08:55 PM | Show all posts
Pernah dengar kes camni , ada orang bertutur bahasa lain - cina / india selepas memasukkan darah kedalam badannya .
Mangsa kemalangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 08:56 PM | Show all posts
kemampuan komputer...just tekan mode apa mau...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 08:57 PM | Show all posts
tengok gambar macam lelaki tetapi nama noriani ismail, lelaki ke perempuan budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 08:59 PM | Show all posts
Ini perkara normal, udah banyak kes sebegini lepas terhantuk, tiada.kaitan dgn paranormal etc
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:02 PM | Show all posts

okey le tu
kebolehan berbahasa bertambah!
cuma mak ayah risau tak boleh kecek kelate jer

mesti bahagian bdaerah bahasanya sama ada daerah broca dan daerah weinikkienya ada alami gangguan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:11 PM | Show all posts
jangan plak mangkuk yang cakap kejadian ini menunjukan Kebenaran Agama Buddha
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:17 PM | Show all posts
semangat dia kuat neh...leh jadi genius otomatik...bagus adek neh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:18 PM | Show all posts
macam cerita john travolta je, last2 dia ada ketumbuhan dalam otak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 09:20 PM | Show all posts
tengok gambar macam lelaki tetapi nama noriani ismail, lelaki ke perempuan budak ni.
gbam Post at 6-2-2012 20:57


kwn ai rohani tp dia jantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 09:24 PM | Show all posts
hantar jadi perisik korea utara pun bagus budak ni..

apepun simpati kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:32 PM | Show all posts
bukak 1 class korea dan mandarin...bley jd cikgu part time
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 6-2-2012 21:47

well...kena baca neuropsychology of bilingualism

ada juga kes kes di mana L2 ( bahasa kedua ) menjadi bhs dominan setelah menghidapi kecederaan otak.

sebab - menurut kajian dalam neuropsikologi - bahagian lapisan otak cortex atau subcortex terlibat dalam storage bahasa pertama , kedua etc.

dan org yg bilingual atau trilingual selalunya ada  mempamerkan keupayaan berbahasa yg jauh dari kebiasaannya.
jika org tu contohnya , dapat stroke kekadang bhs pertama tu dah tak boleh 'access' gunapakai ye, so ap ayg berlaku bhs kedua kelihatan mengambil alih

setakat tu i ingat nanti i check balik.

dalam kes budak ni = sungguhpun keupayaan bertutur dalam bhs mandarin, korea belum terpamer atau terlihat ( verbal - oral  expressive language) tapi saya percaya yang dia ada sertapan bhs ini yg baik ...somehow the brain is actually storing the korean and mandarin dalam bentuk ( receptive language - comprehension )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:40 PM | Show all posts
budak ni ternampak blackboard kat kapal terbang gamaknye..itu yang pandai speaking tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.083673 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list