CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Jenazah pegawai UNIFIL dibawa pulang

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEIRUT (Lubnan): Jenazah Pegawai Staf Pasukan Tentera Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Leftenan Kolonel Habibullah Ismail yang meninggal dunia akibat sakit jantung, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 malam ini.\rAllahyarham yang bertugas di Naquora meninggal dunia Isnin lalu, kira-kira jam 3.30 petang waktu Lubnan (8.30 malam waktu Malaysia).\r\n\n\n\n\r  Jenazah kemudian akan diterbangkan ke Alor Setar dengan pesawat C130.\r\r\n\n\n\n\n  Majlis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri, di sini, jam 11 pagi semalam.\rPada upacara itu, Komander Pasukan UNIFIL, Mejar Jeneral Paolo Serra menganugerahkan Pingat PBB UNIFIL, manakala Lubnan yang diwakili Wakil Komander Angkatan Tentera Lubnan, Brig Jeneral Ghassan Oreijy menganugerahkan Pingat Negara Lubnan. \rKedua-dua pingat berkenaan disematkan pada bendera PBB yang menyelimuti keranda Allahyarham serta diberikan penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035164 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list