View: 150|Reply: 0
|
Myanmar longgarkan sekatan ke atas media
[Copy link]
|
|
YANGON: Myanmar bersedia mengguna pakai satu undang-undang baru media yang mungkin menghapuskan penapisan keras sejak setengah kurun negara itu, ketika media yang semakin tidak sabar secara berhati-hati menguji sempadan kebebasan yang baru diterima.\rDalam apa yang mungkin pembaharuan paling mendapat perhatian di kalangan barisan perubahan di negara dikenali Burma sebelum ini, laporan ke atas ikon demokrasi Aung San Suu Kyi tidak lagi menjadi pantang larang ketika kerajaan baru bergerak ke arah membenarkan media bebas.\r\n\n\n\n\r Wartawan juga dibebaskan dari penjara dan negara itu menuruni kedudukan tangga pemerhati media Reporters Without Borders kepada 169 berbanding 179.\r\r\n\n\n\n\n Kini pengarang berita tidak sabar menunggu dibebaskan daripada belenggu tapisan sebelum penerbitan, dengan janji penghapusan maklumat Jabatan Pendaftaran dan Penelitian Media kementerian penerangan (PSRD).\r“Dalam parlimen, semua orang bersetuju bahawa lembaga tapisan perlu ditutup,” kata Ye Htut, ketua pengarah di kementerian kepada AFP, menambah bahawa kecuali deraf undang-undang media diubah, jabatan akan ditutup.\rDeraf itu tidak didedahkan kepada umum, namun sesetengah organisasi media dijemput untuk menghantar cadangan.\rAkhbar mingguan berbahasa Inggeris Myanmar Times berkata 11 artikelnya membuat liputan bidang seperti hak wartawan, etika profesional dan bagaimana penerbit dan pengedar akan didaftarkan.\r\n\n\n\rTint Swe, timbalan ketua pengarah PSRD berkata deraf undang-undang itu kini berada di meja peguam negara, menurut satu laporan dalam Myanmar Times. \rIa tidak dijangka diguna pakai ketika sesi parlimen terkini, dikuasai bajet pertama sejak junta menyerahkan kuasa kepada rejim awam dipilih tahun lalu, namun beliau berkata undang-undang itu akan diluluskan tahun ini.\r“Selepas itu tiada lagi tapisan,” kata Tint Swe.\rMyanmar, sebuah negara diktator tentera hampir setengah kurun lalu, menuntut kebebasan media, mewujudkan ruang maklumat di mana acara bersejarah tidak dipedulikan atau diperkatakan dalam bentuk khabar angin.\rKerajaan baru memeranjatkan pemerhati dengan sejumlah tindakan positif termasuk pembebasan tahanan politik secara besar-besaran. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|