CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

DALAM ISLAM, SOLAT ADA 5 WAKTU atau 3 WAKTU?

[Copy link]
Post time 17-11-2006 07:30 PM | Show all posts
Salam semua,

Originally posted by kyas at 17-11-2006 02:26 PM


Janji Allah adalah benar. Dia yang menjaga Al-Quran untuk orang-orang yang tidak meraguinya. Bagi yang meragui Al-Quran dan mempersekutukannya, Al-Quran dilihat sebagai tidak lengkap untuk memperjelaskan agama yang Allah ciptakan.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2006 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 17-11-2006 02:26 PM



Salam semua.............

Lalu mufassir-mufassir percaya yang bacaan Fajr itu ialah sembahyang subuh dan solat Fajr juga sembahyang subuh, solat Wushta itu Sembahyang Asar, berjaga malam untuk membaca Al-Quran sebagai sembahyang sunat malam dan bermacam-macam lagi kepercayaan mereka yang mereka letakkan didalam kandungan()

Maka bolehkah apa yang mereka pecaya itu dipaksakan keatas kita yang seolah-olah seperti dipaksa jangan menggunakan aqal, kerana mereka sudah menggunakan aqal mereka.  Dan mengubah dari wushta menjadi 'asar, dari fajr menjadi subuh dari bacaan menjadi sembahyang, lalu siapakah yang telah mengubah?

Apakah kita sebenarnya mangsa kepada keadaan atau kita membiarkan diri kita menjadi mangsa? Tidakkah mereka menggunakan aqal?

Cantik juga kalau kita selusuri beberapa ayat kemudian daripada ayat sembilan itu, iaitu ayat 10-15

[10] Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu, dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu. [11] Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya. [12] Demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa. [13] Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu. [14] Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu;[15] Tentulah mereka akan berkata: Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan.

Lalu siapakah yang mengejek-ejek ayat ALLAH serta mempersendakannya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 03:47 PM | Show all posts
salam

AYAT 13: MEREKA TIDAK PERCAYA KEPADA AL QURAN YANG ENGKAU BAWA,
PADAHAL TELAH PUN BERLAKU UNDANG-UNDANG MEMBINASAKAN ORANG-ORANG YANG TELAH LALU

saya termenung memikirkan AYAT ini!!!!!
masa tu (sewaktu NABI masih HIDUP atas muka bumi)
mana ada AL QURAN??????????????????

jadi AL QURAN mana yang BELIAU bawa???????????????????????

atau hanya MATA YANG TELAH DISILAPKAN??????????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 19-11-2006 03:47 PM
salam

AYAT 13: MEREKA TIDAK PERCAYA KEPADA AL QURAN YANG ENGKAU BAWA,
PADAHAL TELAH PUN BERLAKU UNDANG-UNDANG MEMBINASAKAN ORANG-ORANG YANG TELAH LALU

saya termenung memikirkan AYAT ini!!!!! ...


SALAM OB dan semua......................

Saya menjadi lebih termenung dari sdr yang termenung bila mengatakan spt dibawah:

saya termenung memikirkan AYAT ini!!!!!  masa tu (sewaktu NABI masih HIDUP atas muka bumi)  mana ada AL QURAN??????????????????    jadi AL QURAN mana yang BELIAU bawa???????????????????????    atau hanya MATA YANG TELAH DISILAPKAN??????????????????????????


Termenung kerana OB kata mana ada AL-Quran sewaktu Nabi masih Hidup!!!!  Lalu kalau tiada, bagaimana nabi menjalankan tugas da'wahnya kepada Arab Jahiliah?  Apakah yang jadi panduannya?  Jadi apa pula yang baginda terima semasa di gua Hira' dan kenapakah ia terhenti sehingga setahun dan apa pula yang baginda hadapi sepanjang satu tahun itu. Rentetan punurunan apa pula selepas itu yang mengiringi setiap langkah da'wah Nabi Muhammad sepanjang menjalankan tugas dari ALLAH???? Apakah namanya pula  PANDUAN yang mengIMAMkan Baginda sepanjang da'wah beliau?

Atau ada maksud lain yang saya tidak dapat 'tangkap' dari OB, sila jelaskan sebelum menungan saya berpanjangan:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 18-11-2006 10:25 PM
Lalu mufassir-mufassir percaya yang bacaan Fajr itu ialah sembahyang subuh dan solat Fajr juga sembahyang subuh, solat Wushta itu Sembahyang Asar, berjaga malam untuk membaca Al-Quran sebagai sembahyang sunat malam dan bermacam-macam lagi kepercayaan mereka yang mereka letakkan didalam kandungan()

Maka bolehkah apa yang mereka pecaya itu dipaksakan keatas kita yang seolah-olah seperti dipaksa jangan menggunakan aqal, kerana mereka sudah menggunakan aqal mereka.  Dan mengubah dari wushta menjadi 'asar, dari fajr menjadi subuh dari bacaan menjadi sembahyang, lalu siapakah yang telah mengubah?

Apakah kita sebenarnya mangsa kepada keadaan atau kita membiarkan diri kita menjadi mangsa? Tidakkah mereka menggunakan aqal?


kamu percaya kamu menggunakan akal

demi allah
kami juga percaya kami menggunakan akal

tidak di lupakan bahwa ada juga mereka yang menolak semua hadis (yang percaya mereka menggunakan akal sedang yang lain tidak) mendapati bahwa solat sebenarnya hanya 2 kali sehari semalam

lalu kepadamu kuserah ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 20-11-2006 11:07 AM


kamu percaya kamu menggunakan akal

demi allah
kami juga percaya kami menggunakan akal

tidak di lupakan bahwa ada juga mereka yang menolak semua hadis (yang percaya mereka menggunakan aka ...


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Salamun Alaikum...............
Sdr Kyas, saya faham dan akui bahawa sdr memang menggunakan aqal kerana berdasarkan  pengakuan sdr.

Namun pada saya, saya bukan hanya sekadar percaya, tetapi saya secara sedar lagi percaya serta yakin bahawa saya sentiasa berusha menggunakan aqal berpandukan Al-Quran.

Dan sebagai pembetulan untuk kes saya; Saya tidak menolak hadith(kalau dalam kes ini, mungkin anda merujuk kepada hadith Nabi Muhammad SAW) selagi ia TIDAK BERTENTANGAN dengan AL-QURAN!(ramai yang mengaku termasuk didalam M&M ini!)  Oleh kerana saya mempunyai hak untuk memutuskan samada hendak menerima atau menolak hadith-hadith as per 'tidak dijamin oleh ALLAH dari kesilapan, kebocoran,  kelemahan, pemalsuan label dan manipulasi'(berbanding dengan IMAM saya) oleh pihak musuh baik yang nyata mahupun tidak, trmasuk juga musuh yang menyelinap dalam 'selimut', maka  saya harap sdr kyas jelas duduk perkara ini. Oleh kerana insan-insan berilmu seperti As-Syafei sendiri juga mengajak insan lain merujuk Al-Quran, sekiranya apa yang beliau perkatakan atau tuliskan bertentangan dengan Kalam ALLAH, kenapa tidak saya?(bukan bermaksud untuk menyamakan taraf dari segi ilmu beliau, namun jka sebagai manusia, saya juga manusia, jika dia beraqal, saya juga beraqal)

Oleh kerana ALLAH hanya menjamin Al-Quran sahaja yang dipeliharaNya dari segala sifat-sifat  negatif, maka apa erti pengakuan kita bila terdapat hadith yang mempunyai pertentangan yang nyata dari Al-Quran telah dipertahankan bermati-matian walaupn kerapkali hadith inilah juga yang dijadikan  senjata beracun pihak kafir baik yang nyata mahupun tidak untuk menikam keyakinan kita lalu mencederakan Iman kita dan akhirnya membunuh ketaqwaan kita kepada ALLAH.

Saya yakin serta nampak dengan amat jelas sekiranya kita menjadi pengikut yang hanya berImamkan Al-Quran dengan meninggalkan imam yang hanya mencari pengikut agar ia disanjung dan dipuja sehingga disembah dan berani meletakkan diri mungkin tidak sebaris dengan ALLAH, tetapi sebaris dengan nabi-nabi yang 'Ulul Azmi' dengan bermacam-macam helah yang amat halus serta licik, dengan sekali lagi menggunakan label Nabi sebagai perisai manipulasi mereka.

Demi ALLAH, saya disini bukan hendak melobi bagi pihak orang lain agar menjadi pengikut mereka(selagi benama manusia, manusia itu tetap manusia) atau hendak mencari pengikut(saya tidak layak sama-sekali)  tetapi mengajak semua menjadi hanya mengikut Al-Quran sebagai IMAM dan barulah kita terikat dalam satu perpaduan dengan hanya satu 'Tali', iaitu 'TALI ALLAH'.  Selagi ada 'dan', selagi itulah ia tidak menjadi satu dan selagi tiada satu, tiadalah jua persatuan yang juga tunjang perpaduan.

Lagi sekali saya membentangkan terjemahan Al-Quran dari petikan surah Al-Imran dibawah untuk kita perhati dan perhalusi menggunakan pancaindera yang ALAH anugerahkan:

Allah Ta'ala berfirman :

Al-Imraan

102.           
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.     
103.           
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.     
104.           
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.     
105.           
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah berceri-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
  
  


Saya mahu menjadi seperti yang ALLAH firmankan pada 102
Saya juga mahu memegang seperti yang ALLAH perintahkan pada 103
Kerana itu  saya berbuat seperti 104, dan mengelak dari melakukan seperti 105
bukan kerana manusia, bukan kerana jin, bukan kerana diri saya sendiri, tetapi........
DEMI ALLAH. KERANA ALLAH
ALLAH PEMILIK SELURUH 'ALAM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2006 10:41 AM | Show all posts
kita berbeza pendapat dlm menterjemah dan mentafsir...

kamu anggap zulafan itu tak ada kena mengena dgn solat
sedang kami menganggap jamaknya perkataan itu penting dan selari bilangan waktu lima solat
maka kami tidak menganggap amalan kami bertentangan dgn al quran

kamu mungkin menganggap solawat itu puji pujian semata
sedang kami mengambil kira dari segi bahasa jamaknya perkataan solat yang mengukuhkan amalan solat kami

kamu mungkin menganggap nabi hadir membawa kitab lalu pergi, lantas bebas mentafsir
sedang kami mengambil kira teladan dan tunjuk ajarnya tentang kitab itu melalui seluruh kehidupannya berlandaskan periwayatan hadis yang sudah tentu punya berbagai status dari segi kesahihannya

kamu anggap kami tidak benar atau mungkin hairan dgn kami
namun jangan lupa... begitu lah sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 21-11-2006 10:41 AM
kita berbeza pendapat dlm menterjemah dan mentafsir...

kamu anggap zulafan itu tak ada kena mengena dgn solat
sedang kami menganggap jamaknya perkataan itu penting dan selari bilangan waktu li ...


Salam.................
Sdr kyas, saya tidak mahu melencong jauh dari tajuk.  Tanggapan atau anggapan itu bagi saya hanya sangka-sangkaan anda, tetapi cara pemahaman yang berbeza boleh saya terima, kerana selagi kita merujuk kepada panduan yang satu dengan menggunakan aqal yang waras, selagi itu perbezaan yang timbul tidak meluas jurangnya, malahan insyaALLAH akan ketemu titik tuju yang sama. Siapa tahu KETENTUAN ALLAH? tidak pada hari ini mungkin esok.  Arah kemana, hak ALLAH menentukan.

Kyas: kita berbeza pendapat dlm menterjemah dan mentafsir...
Saya: Perbezaan yang sedikit boleh sama-sama perbetulkan selagi kita berpandukan Al-Quran

Kyas:  kamu mungkin menganggap solawat itu puji pujian semata
sedang kami mengambil kira dari segi bahasa jamaknya perkataan solat yang mengukuhkan amalan solat kami
Saya:  Saya bukan lagi mengganggap solawat itu sebagai puji-pujian semata-mata, tetapi  memang puji-pujian kepada PEMILIK SELURUH ALAM.  Solat? Sama-sama kita fahami ianya lebih dari single.  Pengukuhan? Ya, sama juga.  Saya juga sentiasa berusaha mengukuhkan SOLAT saya yang ALLAH perintahkan agar terus dalam keadaan MURNI(Zakka).  Lagi sekali , hak ALLAH untuk menentukan.

Kyas:  kamu mungkin menganggap nabi hadir membawa kitab lalu pergi, lantas bebas mentafsir
sedang kami mengambil kira teladan dan tunjuk ajarnya tentang kitab itu melalui seluruh kehidupannya berlandaskan periwayatan hadis yang sudah tentu punya berbagai status dari segi kesahihannya.
Saya: Saya tidak pernah sekalipun menganggap Nabi Muhammad SAW hanya sekadar membawa kitab dan tidak penah sekalipun mengganggap Baginda Rasulullah SAW berlalu pergi begitu sahaja(teringat bagaimana mereka-mereka yang entah siapa-siapa sengaja menyamakan taraf NABI MUHAMMAD SAW dengan posmen- satu tuduhan yang amat nakal!).  Sebagai penjelasan MUKTAMAD, Atas keyakinan saya yang Tunduk serta Patuh sepenuhnya kepada ALLAH yang MAHA ESA: NABI MUHAMMAD sememangnya sengaja ALLAH SWT memilihnya untuk menyampaikan seluruh isi Al-Quran atas skop yang ALLAH Perintahkan, atas perjanjian bahawa Baginda tidak boleh samasekali menyampaikan apa yang diluar Al-Quran sebagaimana skop yang telah dibai'ah kepada ALLAH Azzawajalla.  Tidak mungkin pada aqal saya Baginda begitu berani melanggar skop berkenaan, kerana keberanian seperti itu membawa akibat yang amat azab, saya ulangi kembali, bagaimana beliau tetunggu-tunggu selama satu tahun tanpa sebarang wahyu selepas turunnya lima ayat yang pertama.  Apakah tindakan Baginda? Apakah dalam  masa setahun itu sudah ada ayat yang melarangnya dari mengada-adakan sebarang kenyataan, kalau tiada kenapa baginda tidak bertindak memandai-mandai? Tiada Hikmah langsungkah dari ALLAH kepada manusia yang mahu berfikir mengenai peristiwa berkenaan?  Kesimpulan saya: Nabi MUHAMMAD SAW tidak hanya sekadar membawa kitab, tetapi menerima perintah dari ALLAH melalui Malaikat Jibrail lalu Baginda menyampaikan setiap apa yang ALLAH perintah kepada seluruh manusia, namun tidak pernah sekalipun terkeluar dari skop yang Baginda layak tunaikan seperti apa yang termaktub didalam Al-Quran, sekali-kali tidak!  Dan saya juga mengambilkira teladan dan tunjuk ajar Baginda Nabi Muhammad SAW tentang Al-Quran, tetapi tidak dari sumber luar yang tidak terlepas dari segala kelemahan dan kesilapan, namun dari Al-Quran yang ALLAH jamin.  Jaminan manusia bukanlah HAQ, mereka akan berlepas diri dari kita di hadapan ALAH kelak, percayalah firmanNya(rujuk:hadis yang sudah tentu punya berbagai status dari segi kesahihannya.) Saya tidak mahu hilang fokus kerana kepelbagaian status.  Al-Quran?  Al-Quran hanya mempunyai satu status: JAMINAN oleh ALLAH dari sebarang KEBENGKOKAN!  Saya selesa lagi yakin dengan JAMINAN ini.  Hanya ALLAH MAHA PENJAMIN!

Nabi berlalu pergi?  Ya Nabi Muhammad diWAFATkan hanya SETELAH tugas beliau yang ALLAH pertanggungjawabkan SELESAIi dengan SEMPURNA, saya yakin ALLAH mampu serta layak untuk memanjangkan hayat Rasulullah SAW jika ada lagi tugas-tugas yang baginda belum sempat tunai serta laksanakan kerana ALLAH MAHA HALUS PENELITIANNYA.

Kebebasan mentafsir? Kebebasan yang bagaimana yang sdr Kyas sangkakan?  Mana ada hamba ALLAH yang sudah mati mahupun masih bernyawa didunia ini yang bebas sebebas-bebasnya?  Kebebasan kita tetap ada HADnya. Sdr dan saya pun begitu, ada HADnya. Dan saya telahpun menetapkan dalam aqal saya hanya Al-Quran sebagai HAD kepada saya, lagi sekali, sekali-kali saya tidak akan mendahului Al-Quran, sebagaimana Nabi MUHAMMAD SAW tidak pernah sekalipun mendahului Al-Quran.  Inilah  antara Sunnah-sunnah  Rasullullah SAW yang saya patuhi,  maka itulah HIKMAH ALLAH ketika membekukan penurunan ayat-ayat seterusnya dari seluruh kandungan Al-Quran selama setahun yang kemudiannya ALLAH perturunkan berperingkat-peringkat sehinggalah Al-Quran itu lengkap selengkap-selengkapnya.  HIKMAH penurunan secara berperingkat-peringkat juga memandu saya untuk membina kesabaran dalam memahami ayat-ayatNya.  Jika umat sezaman Nabi Muhammad SAW bersama Baginda bersabar selama 23 tahun sebelum lengkap sepenuhnya Al-Quran itu, maka itulah juga tahap kesabaran yang saya perlu contohi, bukankah ini juga satu sunnah?  Lalu Kesimpulan saya, kebebasan mentafsir saya hanya terhad dalam lingkungan Al-Quran itu sendiri dan bukan diluar dari Al-Quran, natijahnya kebebasan diluar adalah juga diluar kawalan diri.

Kyas:  kamu anggap kami tidak benar atau mungkin hairan dgn kami
namun jangan lupa... begitu lah sebaliknya

Saya:  Saya tidak pernah menganggap kamu. Kita sama sahaja, generasi penerima sahaja.  Kalau generasi terdahulu yang dahulu, mungkin benar tanggapan sdr.  Kerana apa saya kata begitu, selagi kita masih bernyawa selagi itulah kita bersifat baharu.  Mungkin hari ini kita kita berkata begitu-begitu atas keadaan dan alasan yang begitu-begitu, dan pada hari yang lain kita akan berkata begini-begitu atas keadaan dan alasan yang begini begitu.  Mana tahu denga izin ALLAH serta usaha kita yang tidak berhenti-henti, usaha yang berterusan, pada suatu hari,sdr bekata begitu dan syapun berkata begitu atas alasan yang begitu, atau boleh juga saya kata begini dan andapun bekata begini atas alasan yang begini.  Bersama-samalah berdoa. InsyaALLAH.

Hairan?  Kenapa perlu hairan? Saya pernah melaluinya dahulu, bukankah kita satu generasi?
Sifat lupa merupakan package dalam fitrah, jika tidak mana bisa mungkin sedetik selepas kewafatan Rasulullah keadaan menjadi keberantakan! BOBROK! Kalau depa ingat tentu masing-masing dapat kawal-mengawali atas platform berpegang pada satu ikatan.  Lupa menyebabkan ikatan itu mula longgar dan terlerai dalam masa yang amat singkat. 23 tahun Nabi Muhammad berusaha membina penyatuan, berapa harikah pula umat sezamannya dapat mempertahankan ikatan itu dari mulai goyah, longgar dan akhirnya terlerai?
Ini saya akan sentiasa berusaha untuk mengingatinya sebagai HAD saya, sebagai Muhasabah saya.
Saya yakin akhirnya umat akan bersatu. YAKIN.:pray:
Namun buat masa ini:

LANAA A'MALUNA
LAKUM A'MALUKUM.

SALAM...................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2006 05:06 PM | Show all posts
point noted. tq
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 02:05 PM | Show all posts
salam

maaf ya tapi memang kata disengajakan
agar dapat membawa manusia berfikir
dan merenung jauh dan jauhhhhhhhhh

sebagaimana YANG DITURUNKAN di gua hira
walaupun hanya dgn LIMA KHALIMAT
dan hanya segelintir yang MENYAHUTNYA
dan ramai yang menolaknya!!!!!!!!!!!

iyelah kalau nak difikirkan logik akal
takkan LIMA AYAT tu mencukupi utk memberi peringatan
sedangkan bila telah SEMPURNA...................
dan adakah terdapat persamaan diantara
YANG DITURUNKAN dan yang ditulis oleh manusia??????????????
dan kenapa MESTI ADA PERBEZAAN?????
DAN MEMANG BERBEZA???????
andaian saja dr makhluk yg hina ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 23-11-2006 02:05 PM
salam

maaf ya tapi memang kata disengajakan
agar dapat membawa manusia berfikir
dan merenung jauh dan jauhhhhhhhhh

sebagaimana YANG DITURUNKAN di gua hira
walaupun hanya dgn LIMA KHALIMAT
...


Salam OB dan semua,
Jika dengan 5 ayat tetapi yang menerimanya Tunduk dan Patuh tanpa bantah,
Begitulah kita sepatutnya bertindak, apatah lagi bila Al-Quran itu  sempurna penurunannya oleh ALLAH kepada Nabi serta  lengkap pengumpulannya oleh manusia.  Tetapi rupanya tidak begitu wahai OB, sebaliknya yang berlaku.  Ragu-ragu menggaru hati, kutu sangsi menyedut darah aqal membiar kelompang was-was berlegar-legar melitupi hati menjadi gelap menggagau keyakinan, meraba iman, mengusap taqwa...dengan penuh sangka-sangkaan kerana dimulut tiada keraguan, dihati penuh nanar kejumudan.

ALLAH AL ALEEM
ALLAH AL HAKEEM.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:18 PM | Show all posts
salam

ya tak ya jugak!!!!
kalau manusia masih bersifat MANUSIA, memang cam tuuuuu
kot kotlah rasa rasa nak BERHIJRAH KE......
dan saya mengajak kembali berfikir
dgn LIMA KALIMAH tersebut
(hanya lima dan masih tetap lima)
ada yg SANGGUP MENDERITA TERSEKSA kerananya??????
sanggup DIHINA kerananya?????
dan SANGGUP MATI kerananya????????

sedangkan kononnya telah sempurna AL QURAN, tapi
masih ramai yang mengabaikannya
ATAU MEMANG DIABAIKAN OLEH PENCIPTA..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:33 PM | Show all posts
Salam OB,
Apa yang telah di Abaikan oleh Pencipta?
Siapakah Pencipta itu?

Saya copy balik apa yang sdr OB nukilkan:

sedangkan kononnya telah sempurna AL QURAN, tapi
masih ramai yang mengabaikannya
ATAU MEMANG DIABAIKAN OLEH PENCIPTA..........
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 05:53 PM | Show all posts
salam

teringat lagi satu AYAT TUHAN
SEKIRANYA KAMU DATANG KEPADA KU BERJALAN KAKI
NESCAYA AKU DATANG KEPADAMU DGN BERLARI
JIKA KAMU DATANG DGN LEBIH CEPAT
MAKA AKU AKAN DATANG DGN LEBIH PANTAS LAGI
(lebih kurang cam tulah kot bunyinya,
maaf ya kerana ISInya kurang INGAT tapi SIFAT TUHAN yg LEBIH INGAT)
dan apakah jika yg dicipta hanya berdiam diri???????????

kenapa????
masih kurang jelas lagikah????
dan masih ada SESUATU KERANA MUSEBAB selainNYA?????
KEJUJURAN.....
KEIKHLASAN....
KEPERCAYAAN........
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 30-11-2006 05:53 PM
salam

teringat lagi satu AYAT TUHAN
SEKIRANYA KAMU DATANG KEPADA KU BERJALAN KAKI
NESCAYA AKU DATANG KEPADAMU DGN BERLARI
JIKA KAMU DATANG DGN LEBIH CEPAT
MAKA AKU AKAN DATANG DGN LEBIH PANT ...


SALAM OB,
Kali ini, saya benar-benar memohon dari OB untuk bertahu surah dan ayatnya,
Saya tidak dapat mencarinya............. dari dalam Al-Quran,
Belum jumpa lagi.............tolonglah ya!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 03:09 PM | Show all posts
salam

ya tak ya jugak
dan mungkin saya salah sebut kottttt
dan hanya AL QURAN tu saja kah AYAT TUHAN
dan apa KISAHNYA dgn HADITH QUDSI tuuuuu???????

mungkin DIA cipta sendiri kottttttttttttttttttttt

ohhh ya ttg ABAI dan MENGABAIKAN tuuuu
saja nak try, tengok betoi ka tak betoiiiii
saya MENYENDIRI  bersendirian dan berdiam diri
TIADA TUHAN , TIADA SEGALANYA
KOSONG SEKOSONG KOSONGNYA
tapi tak berjaya
DIA TAK PERNAH LARI
hanya yg tak TAHU melarikan diri.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2006 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 1-12-2006 03:09 PM
salam

ya tak ya jugak
dan mungkin saya salah sebut kottttt
dan hanya AL QURAN tu saja kah AYAT TUHAN
dan apa KISAHNYA dgn HADITH QUDSI tuuuuu???????

mungkin DIA cipta sendiri kottttttttttt ...


Salamun Alaikum Sdr OB dan semua.....

Saya hanya berIman dengan AL-Quran, kerana tiada keraguan padanya dan tiada sebarang kebengkokan padanya sementelahan lagi hanya Al-Quran yang ALLAH JAMIN sebagai panduan kepada saya.  Jika saya menerima hatta satu lagi sahaja panduan yang sekadar menyerupai Al-Quran, maka saya telah melanggar perintah ALLAH, apatah lagi jika ianya ternyata bertentangan.

Pada fikiran saya yang ALLAH berikan ini, kenapa pula saya perlukan lagi sebuah panduan(yang tidak diJAMIN) yang menyerupai panduan yang ALLAH JAMIN, sedangkan ianya sudah lengkap untuk dibuat 'sesatunya' panduan buat saya?
Maka renungkan: AL-QURAN, KITAB ESA DARI YANG MAHA ESA

ALLAH MAHA MEMANDU kepada yang mahu menerima PanduanNya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 11:31 AM | Show all posts
salam

aduhhhh, sekarang saya mengalami lagi kesukaran
dah llaaa didalam kesukaran sekarang ini
sebab masih memikirkan
PERSAMAAN atau PERBEZAAN diantara HADITH QUDSI
dan APA YANG DITURUNKAN TERDAHULU
dalam SUHUF IBRAHIM DAN MUSA
TAURAT ZABUR DAN INJIL
sedangkan SEMUANYA ADALAH DARI SISI TUHAN
dan TIADA BEZANYA DIANTARA SEORANG RASUL DENGAN YANG LAINNYA

selama saya membaca AYAT TUHAN (HADITH QUDSI)
tak PERNAG TERJUMPA yang BERTENTANGAN dengan SIFATNYA
mungkin saudara pernah jumpa cam tu kotttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 3-12-2006 11:31 AM
salam

aduhhhh, sekarang saya mengalami lagi kesukaran
dah llaaa didalam kesukaran sekarang ini
sebab masih memikirkan
PERSAMAAN atau PERBEZAAN diantara HADITH QUDSI
dan APA YANG DITURUNKAN T ...


Salam OB, seperti yang saya yakini, Al-Quran itulah panduan ALLAH yang lengkap. Keyakinan saya berdasarkan PENGAKUAN ALLAH mengenai kejituan Al-Quran tentang lengkapnya ia, tiada kebengkokan apatah lagi perlu diragukan.  Sementelahan lagi ALLAH sudah memberi JAMINANNYA SENDIRI.  Hanya Al-Quran yang ALLAH jamin, yang lain samada telah dimansuhkan atau dibatalkan, juga ada yang Dia buat supaya kita lupa..... maka yang VALID hanya Al-Quran.

[2:2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;  

Saya tidak langsung walau sekelumit menaruh sebarang keraguan terhadap Al-Quran.  TIDAK!!!!

[15:1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan

Al-Quran itu lengakp lagi sempurna dan ia juga Al-Furqan.

[45:11] Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Walau sebegini kata-kata ALLAH, kebanyakan mengangguk seperti menerima, namun bila saja berpaling, maka kesangsian terus sahaja menyelinap kekotak aqal dan hati........

[45:18] Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Sudah tentunya Syariat dari hukum-hukum agama itu ALLAH turunkan hanya melalui Al-Quran, tidak mungkin diluar, itu yang  saya yakini kerana ALLAH menerangkannya begitu.

[18:109] Katakanlah: Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

[31:27] Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

ALLAH MAHA MELIPUTI SELURUH ALAM CIPTAANNYA.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 3-12-2006 11:31 AM
salam

aduhhhh, sekarang saya mengalami lagi kesukaran
dah llaaa didalam kesukaran sekarang ini
sebab masih memikirkan
PERSAMAAN atau PERBEZAAN diantara HADITH QUDSI
dan APA YANG DITURUNKAN T ...



Salam kepada OB sekali lagi dan semua.......


selama saya membaca AYAT TUHAN (HADITH QUDSI)
tak PERNAG TERJUMPA yang BERTENTANGAN dengan SIFATNYA
mungkin saudara pernah jumpa cam tu kotttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kalau dalam konteks AYAT TUHAN, pada pendirian saya: yang RASMI, Authorised by ALLAH, Guaranteed by ALLAH and Claimed pured by ALLAH hanyalah Al-Quran.  Itulah yang ALLAH kata, Dia katapun hanya didalam AL-Quran, Dia tidak mengeluarkan firmanNya itu di'LUAR' Al-Quran.


Kenapa pula ALLAH perlukan versi yang lain untuk menyatakan sesuatu perintah setelah Dia turunkan Al-Quran yang ALLAH dakwa sebagai lengkap dan saya yakin akan DAKWAAN ALLAH itu, kerana Al-Quran itu adalah juga Al-Furqan dan Juga Al-Hikmah dimana ALLAH juga telah berkata Al-Quran juga menjadi Mukjizat kepada Nabi SAW dan umat akhir zaman untuk berjaya kesyurgaNya.

Kalau Dia berfirman diluar Al-Quran, maka dengan sendirinya secara otomatik apa yang ALLAH Claimed mengenai Al-Quran akan menjadi totally contradiction.  Dan apa perlunya Dia berfirman diluar Al-Quran?  Apakah Dia gagal mengesan sesuatu hingga terpaksa menggunakan medium lain untuk berfirman apa yang tertinggal?  Dan kalau ada yang tertinggal, apakah Dia tidak sempat untuk cover up?Firman diluar AL-Quran, gagal mengesan kekurangan dan cover-up diluar Al-Quran:  Apakah selari dengan SIFAT-SIFAT ALLAH?  Bukankah ALLAH itu  YANG MAHA TELITI KERJA BUATNYA?

[2:99]Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran) dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

Jika Sebahagian besar Al-Quran itu Muhakamat dan sedikit sahaja yang Mutasyabihat, apakah yang Muhakamat ini masih perlu diMuhakamatkan lagi menggunakan medium yang berasingan?"Muhkamaat" ialah ayat-ayat yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya.  Manakala Yang Mutasyabihat{"Mutasyaabihaat" ialah ayat-ayatyang samar-samar, tidak terang maksudnya} pula adakah ALLAH berkata ada lembaran lagi yang akan menerangkannya? Bukankah terang-terang ALLAH melarang untuk dita'wilkan ayat-ayatnya yang mutasyabihat, maka ALLAH menerangkan: orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.  Maka Orang yang Teguh pegangannya tidak akan cuba menta'wailkannya, lalu hanya terus berIman kepada ayat berkenaan.  Hanya orang-orang yang was-was akan mencuba, tetapi hasilnya ialah:Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar)melainkan Allah.

Atas dakwaan ALLAH yang juga berfirman bahawa hanya Al-Quran yang Dia JAMIN untuk dijadikan IMAM dalam hidup, maka pegangan saya mengenai MANSUKH dan NANSIKH adalah seperti bentangan saya berikutnya:

[2:106] Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

Iaitu, yang dimansukh serta Nansikh iailah kitab-kitab terdahulu, iaitu Taurat, Zabur, Injil dan lain-lain lembaran(mushaf) dan apakah penggantian yang sebanding atau yang lebih baik?  Sesungguhnya yang lebih baik itu tentulah Al-Quran, Kalamullah!

Imam hanya satu dalam satu-satu perkara, dalam satu-satu hal, dalam satu-satu perbuatan.  Kalau pada satu-satu ketika terdapat dua IMAM, apakah tidak kita berfikir?

Dan kalau ada yang mendakwa bahawa ada lagi panduan yang wajib diturut disamping Al-Quran maka pada saya:

Inilah cabaran dari ALLAH:

[2:23] Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

[10:38] (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!.


Kalau orang kafir ALLAH cabar sebegitu, maka kenapa pula saya yang mengaku Mu'meen, mengaku Tunduk dan Patuh patut meneruskan cabaran itu bagi pihak kafir?

Maka kerana ALLAH secara Muhakamat mencabar seperti diatas, saya tidak fikir apa perlunya lagi medium lain untuk menjadi pendamping Al-Quran.

Inilah pandangan peribadi saya untuk OB dan lain-lain pertimbangkan.

[ Last edited by  ayyohpeen at 4-12-2006 01:26 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.075149 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list