CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

DALAM ISLAM, SOLAT ADA 5 WAKTU atau 3 WAKTU?

[Copy link]
Post time 4-12-2006 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 4-12-2006 12:51 PM



Salam kepada OB sekali lagi dan semua.......




Kalau dalam konteks AYAT TUHAN, pada pendirian saya: yang RASMI, Authorised by ALLAH, Guaranteed by ALLAH and Claimed pured by ALLAH hany ...


Salam...........
Sedikit lagi penambahan dari saya tentang bentangan saya diatas, juga hanya untuk dibuat pertimbangan.

Saya berfikir dan berpendapat dalam masa kita menganggap bahawa medium lain itu amat perlu untuk menjadi pelengkap kepada Al-Quran walaupun ALLAH tidak pernah memberi apa-apa JAMINAN, kerana kononnya kita menghormati Rasulullah SAW(satu lagi anggapan)kita sebenarnya telahpun melakukan perbuatan yang merendah-rendahkan kredibiliti ALLAH diluar sedar, bahkan kita sebenarnya tidakpun meletakkan kedudukan Rasulullah SAW ditempat seadilnya dalam masa yang sama, malahan mengujudkan satu lagi medium yang menjadi temapt untuk berbalah.  Bagi pendapat saya tangan-tangan musuh dengan begitu seni telah mengolah medium-medium tersebut menjadi seakan-akan hampir lagi serupa dengan yang ALLAH datangkan kepada kita, namun kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang telah terjadi dan akan terjadi, ayat-ayat  seperti [2:23] dan [10:38] telahpun ALLAH sediakan untuk saya Imani.
ALLAHUL'ALEEMULHAKEM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 09:09 PM | Show all posts
salam

nampaknya panjang lebar saudara berkata kata
tapi masih sempit jugak saya  menyelit

ALI IMRAN 48
DAN ALLAH MENGAJARNYA AL KITAB AL HIKMAH TAURAT DAN INJIL..............

ALI IMRAN 31
JIKA KAMU MENYINTAI ALLAH, IKUTILAH AKU..............

kenapa perlu pada ISA diajarnya KITAB???, TAURAT ???
dan apakah ERTI KITAB ITU selain TAURAT dan INJIL???
dan SIAPAKAH DIA yg KENA KATA "IKUTILAH AKU"?????

dan sekali lagi BEZAKAH AL QURAN , ALKITAB, TAURAT, ZABUR DAN INJIL
DAN AL HIKMAH (mungkin termasuk sekali kot HADITH QUDSI)???

dan saya terbaca dalam SHOHEH MUSLIM bahawa NABI BERTAKBIR
sewaktu memulakan solat, antara rukun rukun solat
tapi pening kepala lagi nak cari dalam AL QURAN!!!

dan saya MASIH RASA LAGI bahawa
NABI telah MENTAFSIRKAN SEJUMLAH AYAT TUHAN dalam KEHIDUPANNYA
betoiiii ka lagu tuuuuuu??????
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 4-12-2006 09:09 PM
salam

nampaknya panjang lebar saudara berkata kata
tapi masih sempit jugak saya  menyelit

ALI IMRAN 48
DAN ALLAH MENGAJARNYA AL KITAB AL HIKMAH TAURAT DAN INJIL..............

ALI IMRAN 3 ...


SALAM untuk OB dan semua...............
Mungkin kerana kelemahan saya, maka penerangan yang panjang lebarpun masih tidak dapat difahami oleh anda.  Saya minta ma'af.
Kesempatan untuk menyelit adalah baik untuk diri saudara dalam mencari secara kukuh JalanNya yag Lurus.

Saya akan cuba menjawab sekadar kemampuan saya, hanya ALLAH PUNCAKPUNCA SEGALA KUDRAT.


ALI IMRAN 48
DAN ALLAH MENGAJARNYA AL KITAB AL HIKMAH TAURAT DAN INJIL..............


Saya tidak faham kenapa Sdr OB hanya mengambil sebahagian sahaja ayat itu.  Bukanlah saya hendak diminta 'spoon feed' oleh sdr OB, klau kita berdua sahaja, mungkin tidak menjadi hal.  Tetapi tidak apalah, biar saya perturunkna sepenuhnya ayat berkenaan:

ALI IMRAN 48. Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

[Shakir 3:48] And He will teach him the Book and the wisdom and the Tavrat and the Injeel.
[Yusufali 3:48] "And Allah will teach him the Book and Wisdom, the Law and the Gospel,
[Pickthal 3:48] And He will teach him the Scripture and wisdom, and the Torah and the Gospel,

Jadi kalau Dia, yakni ALLAH sendiri yang mengajar apakah saya meragui?  Tidak sekali-kali.

Kemudiannya:

ALI IMRAN 31
JIKA KAMU MENYINTAI ALLAH, IKUTILAH AKU..............

lengkapnya:
ALI IMRAN 31:Katakanlah: "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Shakir 3:31] Say: If you love Allah, then follow me, Allah will love you and forgive you your faults, and Allah is Forgiving, MercifuL
[Yusufali 3:31] Say: "If ye do love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive you your sins: For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."
[Pickthal 3:31] Say, (O Muhammad, to mankind): If ye love Allah, follow me; Allah will love you and forgive you your sins. Allah is Forgiving, Merciful.

Jika saya mengasihi ALLAH, maka saya wajib mengikut ajaran yang disampaikan melalui Nabi yang ditugaskan untuk itu, iaitu Nabi Muhammad SAW.  Namun saya sentiasa mengingatkan diri saya, ikut Nabi kerana ALLAH, atau ikut Nabi kerana Nabi?  Ikut manusia yang mengajar ilmu ALLAH kerana ALLAH atau ikut manusia kerana manusia itu sendiri?  Maka saya ikut suruhan Nabi Muhammad yang menyeru umat manusia diakhir zaman agar membaca, memahami dan mempraktikkan segala perintah, suruhan, seruan dan larangan dari ALLAH.

Kesimpulan saya: Ikutlah aku jika kamu mengasihi ALLAH keran aku juga mengasihi ALLAH.  Nabi diajar mengasihi ALLAH melalui Al-Quran, saya belajar AL-Quran untuk mengasihi ALLAH.  

kenapa perlu pada ISA diajarnya KITAB???, TAURAT ???
dan apakah ERTI KITAB ITU selain TAURAT dan INJIL???
dan SIAPAKAH DIA yg KENA KATA "IKUTILAH AKU"?????


Kenapa perlu dipersoal Kerjabuat ALLAH kepada nabi ISA?  Nabi Isa ALLAH di'assign' untuk umatnya pada masa itu. Dan bukankah ALLAH sudah menerangkan didalam Al-Quran bahawa Nabi Isa diberi tugas untuk menerangkan lagi membenarkan atau mengesahkan  Kebenaran Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa kepada kaumnya yang juga kaum Nabi Isa yang diturunkan penerangan itu didalam Injil disamping beberapa perkara baru didalamnya sesuai dengan kehidupan pada masa itu dan sedikit cerita mengenai kedatangan Nabi terakhir(yang juga telah ALLAH ceritakan dalam kitab Taurat) yang mereka jangkakan dari bangsa mereka juga?  Maka ALLAH buktikan bahawa sangka-sangkaan(jangkaan) mereka itu salah samasekali, dan Nabi yang akhir adalah dari bangsa Arab Quraish?  Kerana sombongnya mereka, maka mereka snggup mencabar Kekuasaan ALLAH dan sanggup berterusan mengakifi ALLAH dengan tidak memperakukan kenabian Muhammad SAW, kecuali sedikit dari mereka.

2:76.  Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
  

Kalau soalan apakah erti kitab pada pengertian yang saya fahami, maka kalau kita lihat kembali sejarah, tiap-tiap nabi diberi hanya satu naskhah panduan dari ALLAH untuk dibuat sebagai pembimbing kepada umat mereka.  Injil dianugerahkan kepada Isa untuk menrerangkan tentang keadaan Taurat yang telah diubahsuai dan diubah-ubah ayat-ayatnya.


2:79Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

2:87 Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?


dan sekali lagi BEZAKAH AL QURAN , ALKITAB, TAURAT, ZABUR DAN INJIL
DAN AL HIKMAH (mungkin termasuk sekali kot HADITH QUDSI)???


NabiMusa A.S: Taurat(Kitab yang sebahagian dimansukh dan ada yang diNansikhkan)
Nabi Isa A.S.: Injil(juga;(Kitab yang sebahagian dimansukh dan ada yang diNansikhkan)
Muhammad SAW:Al-Quran(Kitab yang diJAMIN ALLAH untuk umat pada zaman Nabi muhammad sehigga umat akhir zaman), sebuah dan hanya sebuah sahaja kitab yang masih dan sentiasa diperakukan oleh ALLAH sehingga datang Kiamat.

IKUTLAH AKU: Nabi Musa berkata kepada umatnya
IKUTLAH AKU: Nabi Isa berkata kepada umatnya
IKUTLAH AKU:Nabi Muhammad berkata kepada umatnya

Ketiga-tiga Nabi ALLAH berkata begitu.  Adakah kata-kata mereka itu 'mentah', berdiri begitu sahaja?  Tidak pada saya, kata-kata mereka itu didokong oleh Panduan dari ALLAH. NabiMusa A.S: Taurat, Nabi Isa A.S.: Injil dan Nabi Muhammad SAW:Al-Quran.


Sambung

[ Last edited by  ayyohpeen at 5-12-2006 07:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 5-12-2006 01:22 PM


SALAM untuk OB dan semua...............
Mungkin kerana kelemahan saya, maka penerangan yang panjang lebarpun masih tidak dapat difahami oleh anda.  Saya minta ma'af.
Kesempatan untuk menyelit ...



Sambungannya akan menyusul, ma'af kerana aksess tersangkut-sangkut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 5-12-2006 01:30 PM



Sambungannya akan menyusul, ma'af kerana aksess tersangkut-sangkut.


dan sekali lagi BEZAKAH AL QURAN , ALKITAB, TAURAT, ZABUR DAN INJIL
DAN AL HIKMAH (mungkin termasuk sekali kot HADITH QUDSI)???


Kenapa Taurat perlu disokong oleh Injil?  Kerana ayat-ayatnya telah diubah dan kebenarannya telah terbatal setelah dipesongkan, dan kenapa Injil juga begitu, jawabnya ia juga telah dipesongkan dengan pendokong-pendokong yang juga pendeta-pendeta serta habr-habr mereka, sudah tentu kesemuanya ini didorong oleh Iblis yang mengkaderkan syaitan-syaitan yang ghaib mahupun yang nyata.Mereka ini berjaya mengubahhampir keseluruhan bentuk dalaman struktur kedua-dua kitab berkenaan sehingga batil bercampur dengan haq.  Lihatlah Injil(bible) sendiri, berapa versi yang terdapat di dunia?  Lihat mazhab mereka yang kalau disini yang saya nampak seperti Anglican, protestan, katolik, Church of God dan bermacam-macam lagi.  Kitab-Kitab itu berjaya dirombak dari dalam.

Lalu ALLAH mengirimkan Kitab terakhir, iaitu Al-Quran yang ALLAH JAMIN sendiri dari sebarang Kebengkokan, kelemahan dan segala sifat-sifat negatif bersama-sama Nabi Muhammad SAW yang Juga Nabi terakhir. ALLAH menutup rapat segala peluang untuk 'menyerang' Al-Quran dari dalam. Mereka tidak langsung ALLAH bagi peluang pada kali ini.  Lalu bagaimana Mereka ini mahu terus berusaha memesongkan pegangan manusia terhadap kepercayaan kepada ALLAH setelah peluang Mereka untuk meminda Al-Quran telah ALLAH halang? Maka jalan lain Mereka cipta, iaitu dengan mereka kitab-kitab yang diberi bentuk seolah-olah mirip sekali dengan Al-Quran, namun jika tidak ditempel dengan nama Nabi mahupun nama ALLAH, siapa mahu percaya? Siapa mahu membaca? Siapa mahu mendengar?  Setakat ini ada menunjukkan ada  'sedikit' kejayaan.  Pada saya, saya telah lama tertanya-tanya, namun Alhamdulillah dengan aqal yang ALLAH beri ini, kejayaan yang Mereka kecapi selama ini tidak dapat dipertahankan.  Saya tidak akan lagi 'berahi' dengan kitab ciptaan mereka, kerana  telah mula menyedari bahawa ALLAH memang melarang dari melirik kepada kitab lain.  ALLAH perintahkan agar fokus kepada Al-Quran, kerana apa?  Kerana ALLAH sentiasa melindunginya dari serangan Mereka.  Tinggal hanya impian untuk Mereka, kerana peluang telah ALLAH tutup rapat-rapat.

[2:2]   Kitab ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

[18:1] Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya, Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok.

[15:1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab iaitu Al-Quran yang jelas.


dan saya terbaca dalam SHOHEH MUSLIM bahawa NABI BERTAKBIR
sewaktu memulakan solat, antara rukun rukun solat
tapi pening kepala lagi nak cari dalam AL QURAN!!!


Mencari sesuatu yang tiada didalam Al-Quran kerana hendak dipadankan dengan apa yang dijumpa diluar Al-Quran adalah suatu perkara yang tidak mengikut sequence, tidak mengikut urutan, tidak mengikut kronologi. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini mengenai Mereka.  Memang Mereka berjaya, bukan sekadar memesongkan bahkan menggubal keseluruhan Taurat dan Injil. Memang ALLAH biarkan Mereka melakukan ini dari 'dalam'. Itu Kitab yang ALLAH Mansukh dan Nansikhkan.  Al-Quran? Minta ma'aflah kepada Mereka, ALLAH dah tutup peluang.  Yang Ada? Sumber luaran.  Sumber yang tiada langsung JAMINAN dari ALLAH.  Saya tidak mahu sesuatu yang ALLAH tidak Beri JAMINANNYA.  Kalau seluruh makhluk jaminpun, tanpa jaminan ALLAH, saya terpaksa tolak. Saya tidak mahu hilang fokus.  Dan mempatenkan standard manusia kemudian hendak memadankan STANDARD yang ALLAH gariskan didalam Al-Quran terlebih dahulu adalah tidak masuk aqal pada saya.  Tidak adil.  Sepatutnya bila kita lihat tiada arahan oleh ALLAH didalam Al-Quran, maka tiadalah. Saya tidak akan memeningkan kepala saya untuk mencari apa yang tiada.  Tiada maksudnya tidak ada.  Kalau nak diadakan juga, maka kita hanya akan berjumpa diluar Al-Quran. Apa yang digubah dengan penuh keindahan oleh Mereka hanya boleh didapati diluar dari Al-Quran.

[6:112]Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

[6:114] (Katakanlah wahai Muhammad): Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)? Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.

[7:30] Sebahagian diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan sebahagian lagi  berhaklah mereka ditimpa kesesatan , kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat.

[8:48] Dan ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak  masing-masing kelihatan, Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya.

[9:37]Sesungguhnya perbuatan mengundurkan adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan yang telah diharamkan Allah; dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan  Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.


dan saya MASIH RASA LAGI bahawa
NABI telah MENTAFSIRKAN SEJUMLAH AYAT TUHAN dalam KEHIDUPANNYA
betoiiii ka lagu tuuuuuu??????


Saya biarkan sdr OB dengan RASA yang OB rasa, saya tidak boleh memaksa apa yang saya rasa kepada orang lain, begitu juga sebaliknya.  Pada saya Nabi telahpun menjakankan tanggungjawabnya dengan sempurna, sesuai dengan kedudukan Baginda sebagai orang yang dipilih sebelum dilahirkan lagi, yang ALLAH telah sebut-sebutkan didalam Taurat mahupun Injil.  Kalau belum lahir sudah ALLAH terangkan didalam Kitab, maksudnya memang ALLAH telah merancang sedemikian rupa, maka ALLAH MAHA TELITI PERANCANGANNYA. Manusia sahaja yang suka membuat sangka-sangkaan, kerana apa?  Kerana kebersanan Syaitan yang berjaya mempamirkan keindahan yang meliputi kebatilan yang sebenar.  Tentu saja diluar dari Al-Quran!  Dari dalam?  Ma'aflah kepada mereka, ALLAH dah tutup rapat peluang itu.  Saya nampak begitu kerana saya yakin apa yang saya baca dari Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:41 AM | Show all posts
salam

nampaknya sekarang terpaksa juga saya berterus terang
walaupun lama HANYA BERSELINDUNG utk mengekalkan PEMIKIRAN
agar MANUSIA BERFIKIR
dan bukannya saya tidak memahami KATA saudara
tapi janganlah MELATAH lebih sangat
nampak kurang manis dipandangan umum (mungkin kottt)

jadi dr KENYATAAN saudara, saudara menolak HADITH QUDSI
dan adakah begitu juga HADITH NABI??????
sedangkan saya baru membaca satu AYAT TUHAN (HADITH QUDSI ) tersebut
yg jika dikaji TIADA BERTENTANGAN dgn SIFAT TUHAN (siapa yg mahu berfikir)
dan kemungkinan KATA NABI itu adalah AYAT YANG DITURUNKAN SEBELUM AL QURAN
(saya masih mencari KITAB yg lainnya)
jadi bila bersangkutan dgn IKUTLAH AKU.....
maka saudara sudah ENGKAR kepada AYAT INI????(mungkin salah tafsir saya lagi)

dan berani saudara kata TAURAT dan INJIL (sebahagian dimansuhkan dan sebah dinasikhkan)
adakah saudara telah membaca KESEMUANYA sampai mampu berkata sedemikian???
dan sila BUKTIKAN kepada saya AYAT TAURAT DAN INJIL YANG MANA
YANG BATHIL, dan bukan diTURUNKAN dari SISINYA??????

dan adakah MASIH ADA PERBEZAAN di antara KITAB KITAB tersebut
dan mungkin termasuk RISALAH NABI yang terdahulu dr itu????
sedangkan UMAT MUHAMMAD menjadi SAKSI kepada umat terdahulu
atas RISALAH NABI mereka SAMPAIKAN
dan masih persoalan ISI KANDUNGAN RISALAH TERSEBUT???
adakah TAK SAMA dgn KITAB YANG TERKEMUDIAN???

saya rasalah(tak berani nak KATA PANDANGAN saya BETUL)
KALAU tak sama TUUUU, mungkin mereka yg mengamalkannya dalam NERAKA
dan mungkin sekali dgn PENYAMPAI NYA sekali!!!!!!
fikir fikirkanlah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2006 10:52 AM | Show all posts
maaf ya, ada sikit lagi

jadi saudara BERTAKBIR tika SOLAT, IKUT SIAPA?????
dan dalam AYAT ALI IMRAN:48 tu saudara ubah KATA:
KITAB  kepada ilmu menulis,
AL HIKMAH kepada hukum-hukum aturan ugama
siapa saudara boleh MENGUBAH AYAT TUHAN????????????????
dan persoalan ttg AYAT ini hanya utk membuka minda sesiapa yg nak BERFIKIR
kenapa sebegitu,
bukan MENGAITKAN dgn URUSAN TUHAN sebagaimana saudara anggapkan

dan beza sangatkah diantara RASUL RASUL ini dr AWAL KEJADIAN???????

sebagaimana saya katakan RASA, sebegitu juga sebagaimana
saudara dgn PANDANGAN/KATA saudara ( sama kan begitu)
saya saja tulis RASA, pasai nak memberitahu bahawa KENYATAAN SAYA
masih TAK BETUL dan hanya utk difikirkan
dan mungkin saudara dah BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!!

maaf banyak terkasar, tapi sekadar PESAN MEMESAN
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 6-12-2006 10:52 AM
maaf ya, ada sikit lagi

jadi saudara BERTAKBIR tika SOLAT, IKUT SIAPA?????
dan dalam AYAT ALI IMRAN:48 tu saudara ubah KATA:
KITAB  kepada ilmu menulis,
AL HIKMAH kepada hukum-hukum aturan ug ...


Salam OB, demi ALLAH saya tidak mengubah ayatNya
Hanya makna yang lebih sesuai pada saya
Mungkin tak sesuai pada saudara
Jangan dikaitkan lagi dengan mengubah ayatNya.

Bukankah ayatNya dalam Arab Quraish
Bukankah maknanya dalam 'Lidah Ibunda'
Tentu sahaja saya boleh menta'kih
Antara sesuai sezaman atau ketinggalan masa

Saya sudah beli sebuah terjemahan terbaru AL-Quran
Ada bebrapa ayat klasik diubah menjadi lebih kontemporari
Kerana desakan perubahan hidup sezaman
Entah bagaimana struktur ayat ibunda dikemudian hari
Yang tetap itu hanyalah ayat Tuhan, ayat Al-Quran.

Saya bebas bertakbir dengan Asma Al-Husna
Bukan bertakbir dengan hanya satu yang dipaksa
Sedangkan Asma ALLAH begitu banyaknya
Carilah sendiri didalam PanduanNya.

Maka saya bertakbir mengikut firmanNya!

Oh ada lagi diatas tu post sdr OB.


nampaknya sekarang terpaksa juga saya berterus terang
walaupun lama HANYA BERSELINDUNG utk mengekalkan PEMIKIRAN
agar MANUSIA BERFIKIR
dan bukannya saya tidak memahami KATA saudara
tapi janganlah MELATAH lebih sangat
nampak kurang manis dipandangan umum (mungkin kottt)


Berselindung dan BERLAPIK memang ada perbezaan
Berlapik kerana menjaga persaudaraan
Berbeza bukan pentas perpecahan
Penentu hanya milik ALLAH PENGUASA SELURUH ZAMAN

Terlebih terkurang bukankah fitrah manusia
Sengaja ALLAH cipta untuk menguji kita
Sejauh mana mahu dihanyutkan sendiri diri kita
Atau tersedar lalu kembali keJalan asalNya
Ma'af kalau saya seakan MELATAH tetapi sebenarnya bukan
Manis, lebih atau kurang bukan persoalan
Islam menjadi dagang dan AL-Quran tidak dipedulikan
Itulah Kata Rasullah dan itulah yang saya rasakan
Kerana telah terbukti begitu kita yang diakhir zaman.


jadi dr KENYATAAN saudara, saudara menolak HADITH QUDSI
dan adakah begitu juga HADITH NABI??????
sedangkan saya baru membaca satu AYAT TUHAN (HADITH QUDSI ) tersebut
yg jika dikaji TIADA BERTENTANGAN dgn SIFAT TUHAN (siapa yg mahu berfikir)
dan kemungkinan KATA NABI itu adalah AYAT YANG DITURUNKAN SEBELUM AL QURAN
(saya masih mencari KITAB yg lainnya)
jadi bila bersangkutan dgn IKUTLAH AKU.....
maka saudara sudah ENGKAR kepada AYAT INI????(mungkin salah tafsir saya lagi)


Pada Saya, tidak dipaksa kepada orang lain.

Mulut mengaku ALLAH MAHA ESA
Mulut mengaku ALLAH MAHA BERKUASA
Mulut mengaku ALLAH MAHA MEMILIK
Mulut mengaku ALLAH TIADA SETERUNYA

Saya adalah milik yang MAHA PEMILIK
Saya percaya Panduan hanya dari MAHA PEMILIK

Hairan saya ALLAH berfirman bukan didalam Al-Quran
Jadi benarkah Tuhan berfirman diluar Al-Quran
Adakah ALLAH berfirman didalam Al-Quran ada lagi firmanNya diluar Al-Quran
Jika ada didalam Al-Quran ALLAH berfirman untuk merujuk kitab-kitab lain,
Saya tidak akan menyuruh sdr OB carikan, saya sendiri akan usaha carikan
Dan jika tidak berjumpa, maka tidaklah jawapan saya.

Teringat saya peristiwa Gua Hira'
Setahun menanti tanpa teragak
Tidak sepatah mulut meletak

Tiba-tiba didakwa Ada ayat diturunkan sebelumnya,
Nabi pula kononnya berkata
Disinilah Ia menjadi punca
Aqal saya tidak terima

Turunnya Iqro' menandakan rasminya tugas Muhammad SAW sebagai Nabi ALLAH
Itulah permulaan ayat dari ALLAH, pengisi Al-Quran, pengisi surah
Sebelum itu bukanlah wadah
Melainkan Fitnah terhadap Rasulullah.


Walau Kitab manusia ada yang wajar,
Seolah wajib,Patutkah dipaksa
Dengan menolak adakah kita kufar,
Dengan menerima dijaminkah Pencipta

Biarlah saya Ingkar kepada Kitab yang Tidak ALLAH JAMIN
Biarlah saya Ingkar dengan IKUTLAH AKU didalam kitab itu
Biarlah saya Ingkar kepada AYAT INI didalam kitab itu
Namun sekali-kali tidak akan saya Ingkar Al-Quran, Kalamullah.
InsyaALLAH sdr OB, AnyashaALLAH Ya Ilahi.


dan berani saudara kata TAURAT dan INJIL (sebahagian dimansuhkan dan sebah dinasikhkan)
adakah saudara telah membaca KESEMUANYA sampai mampu berkata sedemikian???
dan sila BUKTIKAN kepada saya AYAT TAURAT DAN INJIL YANG MANA
YANG BATHIL, dan bukan diTURUNKAN dari SISINYA??????


Saya lebih rela mengatakan hal itu kepada Taurat dan Injil
Daripada berkata hal itu terhadap Al-Quran
Ada berani berkata begitu terhadap Al-Quran
Bagaimana pula begitu difikir? Kalau ALLAH kata Al-Quran
Saya berani kerana saya yakin.
Namun tak tergamak kalau Al-Quran dihina sebegitu.

Bukan bathil menjadi persoalan, memang dari ALLAH juga ia berasal
Tapi lihatlah didalam Al-Quran bagaimana Sapi menjadi sembahan
Bagaimana TUHAN yang Tiga dijadikan anutan
Buat apa ALLAH firman didalam AL-Quran?


dan adakah MASIH ADA PERBEZAAN di antara KITAB KITAB tersebut
dan mungkin termasuk RISALAH NABI yang terdahulu dr itu????
sedangkan UMAT MUHAMMAD menjadi SAKSI kepada umat terdahulu
atas RISALAH NABI mereka SAMPAIKAN
dan masih persoalan ISI KANDUNGAN RISALAH TERSEBUT???
adakah TAK SAMA dgn KITAB YANG TERKEMUDIAN???


Saya tak nampak apa faedahnya yang terdahulu
Baik hanya sekadar ingatan sebagai satu sejarah silam
Menta'wil perkara jauh dari jangkauan
Buat kepala jadi tak ketahuan.



saya rasalah(tak berani nak KATA PANDANGAN saya BETUL)
KALAU tak sama TUUUU, mungkin mereka yg mengamalkannya dalam NERAKA
dan mungkin sekali dgn PENYAMPAI NYA sekali!!!!!!
fikir fikirkanlah....


Biarlah PENYAMPAINYA mengamalkan dalam NERAKA
Kerana OB pun hanya berprasangka
Keputusan Muktamad sepenuhnya ditangan ALLAH AL A'LAA
FOKUS saya tetap padaNya.


dan beza sangatkah diantara RASUL RASUL ini dr AWAL KEJADIAN???????


Ma'af kalau firman ini bukan satu jawapan pada orang lain, tetapi inilah jawapan ALLAH kepada saya.


[17:55] Dan Tuhanmu lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit serta di bumi dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

[2:253]
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikanNya sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Mariam beberapa keterangan kebenaran, serta Kami kuatkan dia dengan Rohulqudus dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan. Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: Orang yang beriman dan orang yang kafir dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

[2:124]
Dan, ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimat, maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: Jadikanlah juga dari keturunanku. Allah berfirman:JanjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.

[2:130]
Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang.

[3:33]
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat.

Yang sama dengan kita ialah mereka juga manusia yang pada masa hidup mereka, mereka juga berjalan-jalan dipasar, makan bila lapar, ada ketika sakit ada ketika sihat, bercakap seperti manusia lain mengikut bahasa tempatan dan wafat bila telah sampai masa yang dijanjikan.


sebagaimana saya katakan RASA, sebegitu juga sebagaimana
saudara dgn PANDANGAN/KATA saudara ( sama kan begitu)
saya saja tulis RASA, pasai nak memberitahu bahawa KENYATAAN SAYA
masih TAK BETUL dan hanya utk difikirkan
dan mungkin saudara dah BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!!


Selagi Al-Quran menjadi pedoman,
Selagi itulah perbezaan yang sekelumit tidak melukakan,
Matlamat yang sama itulah tujuan
Menuju yang ESA bukan yang jama'

Bukan Betul pada saya yang saya kedepankan sentiasa
Tetapi betul pada Al-Quran yang perlu diperjuangkan
Semoga sampai pada:satu masa,satu kitab dan satu umat!
InsyaALLAH sdr OB, AnyashaALLAH Ya Ilahi.


maaf banyak terkasar, tapi sekadar PESAN MEMESAN



Saya begitu juga, DEMI MASA................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2006 01:35 PM | Show all posts
salam

terima kasih kerana masih sudi berbicara
saya TAKUT saudara marah dgn TEKANAN dari saya
dan saya bersyukur kerana mendapat saudara seagama seperti saudara dan yg lainnya
dan kalau boleh tidak berniat nak melukakan hati saudara saya sendiri
sebagaimana saya tak suka disakiti

dan dr keterangan saudara
saya tidak pertikaikan saudara mendalami AGAMA dgn baik sekali
tetapi saya masih SANGSI
dan MASIH WAS WAS
adakah BENAR saudara hanya BERPEDOMAN KEPADA AL QURAN
dan tidak menerima HADITH NABI????(atau masih dlm pemikiran)
maafkan saya kerana bertanya soalan ini lagi
tapi bagi saya inilah persoalan pokoknya
sebab nanti kenyataan saya perlu DITAPIS dr HADITH NABI
utk berbicara dgn saudara

dan ttg AYAT TUHAN
saya akan cuba cari diantara BEBERAPA AYAT
yang hampir menyamai antara satu samalain
dr TAURAT ZABUR INJIL dan ALQURAN dan mungkin KITAB yg terdahulu
dan sudikan kita mengkajinya bersama sama???

sekali lagi maaf tak dapat berbicara banyak dlm HAL ini
sendat kepala saya nak MERANGKUMKAN KESEMUANYA
mungkin dgn sedkit KETENANGAN dapat MEMBERI SEDIKIT PETUNJUK

dan salam buat saudara sekeluarga dan
(boleh saya bacakan satu HADITH NABI) bila beliau ditanya
SIAPAKAH KELUARGAMU YA RASULULLAH
maka jawabnya: keluargaku adalah orang islam sehingga hari kiamat
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 09:36 PM | Show all posts
salam

AYAT TUHAN: (dr sahabat NABI tapi tak pasti ujud dr mana)
DEMI KEMULIAAN DAN KEBENARANKU, AKU TIDAK MENGHIMPUN DUA KALI RASA TAKUT ATAU AMAN
KEPADA HAMBAKU. SIAPA YANG TAKUT KEPADAKU DIDUNIA MAKA AKU AMANKAN DIA DI AKHIRAT
DAN SIAPA YANG AMAN DARIPADAKU DIDUNIA, AKU TAKUTKAN DIA DI AKHIRAT

AL HAJ:1
WAHAI MANUSIA, BERTAKWALAH KEPADA TUHANMU
SESUNGGUHNYA KEGONCANGAN HARI KIAMAT SESUATU YANG DAHSYAT

ALMU'MINUN:60:
DAN MEREKA YANG MEMBERI APA YANG TELAH MEREKA BERI,
SEDANGKAN HATI MEREKA BERASA TAKUT
SESUNGGUHNYA MEREKA AKAN KEMBALI KEPADA TUHAN MEREKA

jadi adakah AYAT TUHAN(entah bila dan dimana) TAK SAMA
dgn AYAT TUHAN dalam AL QURAN????

dan kalau kita baca AL QURANlah
nampaknya semua NABI dan RASUL yang dSEBUT berbangsa ARAB
sebab MEREKA BERBAHASA ARAB!!!!!!!!
betoi ka lagu tuuuuuuuu, pening jugak kepala saya niiiiiiiii

AL BAQARAH:285
RASUL RASUL TELAH BERIMAN DENGAN APA YANG DITURUNKAN OLEH TUHAN
DEMIKIAN PULA ORANG-ORANG YANG BERIMAN
SEMUANYA BERIMAN KEPADA ALLAH, MALAIKAT, KITAB-KITAB , RASUL-RASUL
KAMI TIDAK MEMBEZAKAN ANTARA SEORANG PUN DARI RASUL RASULNYA
DAN MEREKA BERKATA: KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT
AMPUNILAH KAMI YA TUHAN DAN KEPADA ENGKAU KAMI KEMBALI

saya rasalah sebagi MANUSIA dan bukan RASUL!!!
maka AYAT ini lebih sesuai
manakala AL BAQARAH:253 ttg KELEBIHAN SESETENGAH RASUL
sedangkan semasa hayat mereka, mereka masih tak tahu TINGKAT mereka
dan kita ni, tak payahlah piiiii jauh jauh cam tuuuuuuu
tingkat sebagai ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH pun .......
untuk difikirkan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru2 ni pon ade sorg sheik dari turki tetiba kuar fatwa pasal solat 3 waktu..xtau la dia ni syiah ke atau sunni


Three-prayer fatwa stirs debate in Turkey
Thursday, 04 October 2007
Muslim preacher Dr. Ahmed al-Kabisi (File)
Muslim preacher Dr. Ahmed al-Kabisi (File)
Pin It
inShare

By DUBAI (HAIAN NAYOUF
ALARABIYA.NET)
An Islamic studies professor in Turkey has stirred controversy by issuing a fatwa – religious ruling – that Muslims can pray three times a day, instead of five, by doubling up on prayers.

The fatwa by Istanbul University professor Mohamed Nour Dugan was supported by other professors of Islamic law, and sparked debate in the Turkish press.

Among those who supported the ruling was Dr. Ali Kusa, who said Prophet Muhammad (PBUH) would merge prayers in special cases, TurkishTurkish papers reported.
But Muslim preacher Dr. Ahmed al-Kabisi rejected the fatwa, saying the Quran and the prophet's sayings emphasize that Muslims should pray five times a day.

"Merging prayers is permissible, but only in emergencies," al-Kabisi said, adding that the prophet himself did it once in his entire life.

Al-Kabisi told Al-Arabiya.net that the fatwa "is a whimsical approach to religion and abuses Islam's leniency in emergency cases."

"Combining...prayers is a Shiite theory to contradict the Sunnis in everything," he said.

The timing of daily prayers is a key difference between Sunni and Shiite Muslims. Shiites combine two prayers twice in the day, so they pray at three separate times – not five – but the number of prayers still adds up to five.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 06:25 PM | Show all posts
salam

preferable back to basic ..

rukun isalam 5 perkara ..
  • Mengucap syahadat
  • Sembahyang 5 kali sehari semalam
  • Puasa d'bulan Ramadhan
  • Zakat Fitrah
  • Naik Haji

----

Rasulullah SAW bersabda,
“Apa pendapat kalian jika di depan pintu salah seorang kalian terdapat sungai
lalu ia mandi di dalamnya lima kali tiap hari,
apakah masih tersisa kotoran dari padanya ?”

para sahabat menjawab,
“Tentu tidak akan tersisa sedikitpun kotoran dari padanya “.

Beliau berkata,
“Demikian pula dengan sholat lima waktu,
dengan sholat itu , Allah menghapus dosa-dosa”.

HR. Bukhari dan Muslim.

wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 02:23 PM | Show all posts
salam

dan kalau kita baca AL QURANlah
nampaknya semua NABI dan RASUL yang dSEBUT berbangsa ARAB
sebab MEREKA BERBAHASA ARAB!!!!!!!!
betoi ka lagu tuuuuuuuu, pening jugak kepala saya niiiiiiiii
وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا ڪَآفَّةً۬ لِّلنَّاسِ
بَشِيرً۬ا وَنَذِيرً۬ا
وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

28. Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan,
tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.

D'antara nya empat rasul dari bangsa Arab ia itu
  • Hud
  • Saleh
  • Shu'aib
  • Muhammad SAW

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:50 AM | Show all posts
_
Last edited by mbhcsf on 9-12-2013 03:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:50 AM | Show all posts
_
Last edited by mbhcsf on 9-12-2013 03:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:50 AM | Show all posts
_
Last edited by mbhcsf on 9-12-2013 03:34 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 12:51 AM | Show all posts
_
Last edited by mbhcsf on 9-12-2013 03:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:51 AM | Show all posts
edited. spam
Last edited by mbhcsf on 9-12-2013 03:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:51 AM | Show all posts
_edited spam
Last edited by mbhcsf on 9-12-2013 03:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:51 AM | Show all posts
edited. spam.
Last edited by mbhcsf on 9-12-2013 03:35 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.156607 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list