CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4146|Reply: 9

Kajian terhadap Antartika (Tasik Vostok digali, Saintis Kemukakan Bantahan)

[Copy link]
Post time 12-2-2012 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 17-2-2012 02:08

Antartika bank biji benih semulajadi


Tuanku Mizan Zainal Abidin  merakam gambar di salah sebuah   pusat penyelidikan di Antartika sambil diperhatikan oleh  Dr. Salleh Mohd. Nor (tengah).



SETIAP hidupan yang diciptakan oleh tuhan pasti memiliki kelebihannya yang tersendiri.


Jumlah spesies flora dan fauna yang terdapat di dunia ini tidak dapat dihitung. Namun kerja-kerja mengenalpasti dilakukan oleh saintis secara berterusan.

Bagaimana pula nasib bagi spesies-spesies flora yang telah dikenal pasti memiliki potensi dan manfaat yang besar kepada manusia namun sedang diancam kepupusan?


Bagaimana pula mahu mengekalkan kesinambungan spesies tersebut agar tidak terus lenyap?

Di sinilah bermulanya penglibatan bidang perhutanan dengan kawasan ais atau tundra yang memiliki suhu di bawah paras beku di Antartika.

Kawasan tersebut menyediakan persekitaran yang cukup sesuai untuk penyimpanan biji benih pokok-pokok yang berada dalam spesies terancam.


Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abd Latif Mohmod berkata, pada masa ini simpana dan pemuliharaan biji benih spesies pokok balak terancam dilakukan secara tiruan.

"Kita menggunakan sebatian kimia seperti cecair hidrogen untuk menyimpan biji benih pokok-pokok ini. namun ia tidak dapat bertahan lama.

"Melalui penglibatan Malaysia bersama kajian di Antartika, saya dapat lihat ini peluang baik untuk mengkaji salah satu cara menyimpan biji benih dengan selamat secara semulajadi di sana," ujarnya.

Katanya, di Antartika cuaca yang terlalu sejuk boleh menjadikan biji benih diawet secara semulajadi dengan baik tanpa merosakkannya (boleh ditanam semula).



Justeru, FRIM boleh melakukan kajian khas untuk tujuan tersebut ke atas spesies flora yang memiliki ciri-ciri istimewa dan pelbagai guna kepada manusia.

Beliau berkata demikian pada majlis ceramah umum oleh Pengerusi Program Penyelidikan Malaysia Antartika, Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor bertajuk Pengembaraan ke Benua Antartika di FRIM, Kepong baru-baru ini.

Tujuan ceramah tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman, maklumat dan peluang yang membolehkan saintis negara terbabit secara langsung dalam semua penyelidikan di benua tersebut.

Dr. Salleh yang juga merupakan bekas ketua Pengarah FRIM dan bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam (MNS) telah mengiringi Tuanku Mizan Zainal Abidin sewaktu baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong membuat lawatan kerja ke benua Antartika pada November tahun lepas.

Lawatan tersebut bersempena penyertaan Malaysia ke atas Triti Antartik 1959 pada 31 Oktober tahun lalu.

Para saintis dan penyelidik Malaysia juga telah menjalankan penyelidikan di benua tersebut sejak tahun 1999 sehingga 2010.

Sejumlah 62 ekspedisi saintifik telah diadakan dengan melibatkan 60 penyelidik dari tujuh institusi pengajian tinggi (IPT).

Pelbagai pengalaman dan peluang untuk melaksanakan kajian di Antartika didedahkan oleh Dr. Salleh. Salah satunya adalah berkaitan dengan perhutanan.

Justeru, bagaimana pula kaitan antara perhutanan dengan kawasan yang suhunya yang sentiasa mencecah di bawah paras beku?

Menurut Dr. Salleh, biarpun Antartika tidak memiliki sebarang hutan, namun kajian berkaitan aspek asas boleh dilakukan di sana.

Jelasnya, beberapa saintis daripada luar negara berjaya mengesan fosil tumbuhan (yang diterbangkan angin) berusia ribuan tahun terpelihara dengan baik di bawah lapisan ais di Antartika.



"Ia merupakan satu penemuan yang menakjubkan. Seperti mana yang kita ketahui, Antartika merupakan antara kawasan dunia yang terpelihara kebersihannya.

"Oleh itu, kajian dan penyelidikan berkaitan dengan perbezaan keadaan seperti antara kawasan panas dan sejuk dapat dilakukan di sana tanpa ada sebarang gangguan pencemaran," katanya.

Selain itu, kawasan tundra yang amat sejuk dan tidak dicemari menjadikan kawasan tersebut berpotensi sebagai pusat penyimpanan.

Dikenali sebagai Bank Benih, kajian mengenainya telah lama dilakukan oleh saintis luar negara dan kini tiba giliran Malaysia untuk turut melibatkan diri.

Selain sesuai menjadi kawasan penyimpanan, pelbagai lagi kajian dan penyelidikan boleh dilakukan di Antartika.

Dalam pada itu, Dr. Abd Latif turut mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Antartika (TAA) untuk tujuan tersebut oleh FRIM.
Katanya, idea penubuhan tabung tersebut telah dibentangkan kepada Lembaga FRIM dan akan diluluskan secepat mungkin.

"Kita menyasarkan ia diluluskan pada februari tahun ini.

"FRIM sememangnya memiliki tabung atau dana khas untuk tujuan penyelidikan, justeru dana yang sedia ada ini akan dipecahkan dan salah satunya untuk kegunaan TAA." katanya.
Peruntukkan daripada tabung tersebut akan digunakan oleh penyelidik daripada FRIM untuk melaksanakan kajian di Antartika.
"Kita menyasarkan sebanyak RM500 ribu untuk tabung ini dan menjangkakan progres untuk melaksanakan kajian di Antartika akan bermula enam bulan akan datang," ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2012 05:29 PM | Show all posts
Submerged Antarctic Lakes Within Reach

Millions of years ago, as Antarctica was covered by plains and mountains, not ice, lakes adorned its surface, as they do on all other continents. As the weather cooled, and ice began to form, the majority of these lakes solidified, and became a part of the thick ice sheet currently covering the Southern Continent. But a small part of these lakes endured. They were covered by a cap of ice, on which miles of other ice deposited itself. Now, researchers are drilling to get to them, for several different reasons, Nature News reports.

The most important is life. With millions of years gone since the microorganisms in these underground lakes had any contact with the outside world, biologists hypothesize that they changed considerably. Finding out how life can evolve within such tightly-closed ecosystems is of tremendous importance for space exploration, among others. If bacteria, microbes and viruses can endure in the freezing, oxygen-free conditions of submerged lakes, then it shouldn't be too far-fetched to believe that the same can happen in the covered ocean of Enceladus, or in the liquid hydrocarbon lakes of Titan.

Using advanced observations methods, geologists and other experts were able to observe the contours of these lakes even through the miles of ice covering them, and have set up experiments to get to them. Three nations are currently engaged in this type of efforts. At a joint meeting they held last week, researchers from the United Kingdom, the United States, and the Russian Federations, described the progress they registered in their drills this far. They also exposed their plans on how to handle this delicate task. All experts involved underlined the fact that breaching the surface of these lakes would need to be conducted in an environment as sterile as an operating room.

Any small contaminants from the outside world could change the ecosystem in a matter of minutes, and so this needs to be avoided at all costs. Still the curiosity to explore the world's last unknown ecosystem is very great. Experts say that these subglacial lakes will be reached next year, as the technology needed to avoid contamination will be produced, delivered to Antarctica, installed, and then operated. Though three groups are working on this type of exploration, there are at least 150 underground lakes under the ices, all of them identified as having various ages and sizes. They will most likely constitute a target for future investigations.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 05:31 PM | Show all posts
hidupan purba mgkn terperap di dalam tasik di bawah paras beku



klu hidupan tersebut in contact with enviroment skrg, entah ape jadi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 01:39 PM | Show all posts

Tasik Vostok digali, Saintis Kemukakan Bantahan

Post Last Edit by chewan at 15-2-2012 13:41

Beberapa pakar sains mempersoalkan manfaat sains dan impak alam sekitar tentang tindakan Rusia yang menggerudi lapisan ais di benua Antartika bagi mendapatkan sampel di dalam Tasik Vostok. Pada Isnin lalu, pakar-pakar berkata, kajian tersebut berisiko mencetuskan pencemaran minyak tanah. Minyak tanah itu digunakan sebagai bahan antibeku bagi mengelakkan lubang yang digali kembali dilitupi ais.

Mengulas mengenai kejayaan saintifik berkenaan, Ketua Sekolah Geosains Universiti Edinburgh, Professor Martin Siegert memberitahu, risiko tersebut menyebabkan pencapaian Rusia itu tidak berbaloi. Namun, tambahnya, dalam satu wawancara telefon: "Sukar bagi mereka (Rusia) meyakinkan pihak lain bahawa eksperimen tersebut bersih apabila mereka perlu melepasi lapisan minyak tanah setebal 3.5 kilometer sebelum dapat sampai ke permukaan tasik tersebut,".

Tasik Vostok yang terletak pada kedalaman 3,768 meter di bawah tanah masih belum terusik dipercayai sejak sejuta tahun dahulu. Pada Isnin lalu, para penyelidik Rusia menyatakan mereka berjaya menggerudi hampir empat kilometer ke dalam ais ke permukaan tasik berkenaan bagi mencari penemuan saintifik



petikan dr hanifidrus blog



Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 01:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by chewan at 15-2-2012 13:47

  

After more than twenty years of drilling, the Russian exploration team that has been working at Vostok station to reach the sub-glacial lake of the same name is on the precipice of success. They are just forty or so feet away from breaking through to a body of water that has not seen light for 14 million years, and in so doing, the team is poised to make history.


The effort to reach Lake Vostok, some 13,000 feet beneath the Antarctic ice sheet, started in the 90′s when it was discovered that there was a liquid water lake far below the surface. The opportunity to explore a region of the Earth that humans have never seen was a tantalizing proposition, enough to spur the Russian team to embark on what it knew would be a long process. The Antarctic Summer only lasts from December to March, giving the researchers a small drilling window where the temperature on the surface is a balmy -80 degrees below zero. Of course, at that temperature working outside is hard on both man and machine, so you can see now why it has taken twenty years to drill so deep.


Weather has not been the only obstacle for the project, as organizations like the Antarctic and Southern Ocean Coalition have protested the drilling. The protests are due to potential environmental issues if foreign materials like drilling fluid (the team have been using kerosene and Freon regularly) and surface microbes enter the lake. Just the tiniest amount could do irreversible damage, which would be tragic in the study and research that would be lost.


The other worry stems from the fact Lake Vostok is thought to have a high level of oxygen contained within it, some 50x higher than a typical fresh water lake. The gas pressure may cause a geyser when the drill pierces it. Vostok is roughly the size of New Jersey. This could cause a potentially dangerous situation for the Vostok team as you can imagine, as well as having a detrimental effect on the lake itself.


As of now, the researchers are scheduled to drill down the last 40-feet by next week. Currently they have paused to measure the pressure readings and to make final preparations for this momentous discovery.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:24 AM | Show all posts
ni kalau tak silap saintis russia yang buat kajian di tasik vostok kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 02:35 PM | Show all posts
wa... menarik nih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 03:07 PM | Show all posts
betul lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 01:45 AM | Show all posts
agak2 ada specimen haiwan purba tak dekat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 09:08 PM | Show all posts
sekali kuar yakjuj makjuj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.115198 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list