CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5155|Reply: 3

Padi hibrid meningkatkan pengeluaran beras

[Copy link]
Post time 12-2-2012 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Bapa padi hibrid


Dedikasi   prof. Yuan Long Ping terhadap penyelidikannya mengenai padi hibrid  membawa beliau kepada kemuncak kerjaya yang memberi manfaat kepada masyarakat.



NAMA Profesor Yuan Long Ping mungkin tiada siapa yang tahu. Tetapi kajiannya dalam bidang pertanian telah memberi sumbangan yang besar terutama kepada penghasilan padi berkualiti kepada penduduk negaranya - China.


Semuanya bermula melalui pendidikan yang beliau terima di Southwestern Agricultural College di Chongqing dengan keutamaan dalam bidang aronomi pada 1949 menjadi perintis kepada kerjaya hidupnya.

Ia menandakan permulaan pembabitannya dalam pertanian.

Selepas tamat pengajian pada 1953, beliau mengajar di Sekolah Pertanian Anjiang di Wilayah Hunan. Beliau mengajar bahasa Rusia, botani, kultivar tanaman, pembiakbakaan dan genetik.

Sambil mengajar, beliau menjalankan penyelidikan saintifik silang aseksual antara tanaman menggunakan teori Rusia tetapi gagal.
Namun masalah kebuluran yang melanda negaranya pada 1958 hingga 1961 menjadikan Long Ping lebih fokus kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) meningkatkan hasil padi.


Beliau memanfaatkan kepakaran dalam bidang aseksual crossing dan mula menggunakan penghibridan tiruan membangunkan varieti padi baru.


Dengan mengambil kira hasil penghibridan pada jagung, beliau berjaya dengan idea baru yang meningkatkan hasil padi.

Pada 1960-an penggunaan heterosis berskala besar agak terkehadapan dalam penyelidikan mengenai padi yang merupakan tanaman yang melakukan proses pendebungaan sendiri.


Pada awal 1960-an ramai saintis percaya semua tanaman menjalankan pendebungaan sendiri.

Bagaimanapun Long Ping memilih jalan sukar dan penuh tanda tanya tetapi berjaya dengan kaedah tersebut yang membawa faedah kepada saintis lain.

Apabila berita kejayaannya tersebar, ramai tertanya-tanya termasuk pihak Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) beribu pejabat di Manila, Filipina yang telah mencuba kaedah tersebut pada 1962 tetapi gagal.

Long Ping telah memperkenalkan padi hibrid China kepada dunia pada 1979 sempena persidangan antarabangsa dibiayai oleh IRRI.
Pada tahun berikutnya, IRRI menghasilkan penyelidikan hibrid sendiri.


Ketika Revolusi Budaya di China sepanjang 1966-1976 berlaku perbezaan pendapat dan Long Ping dilabel sebagai penentang menyebabkan benih yang dihasilkannya dirampas.

Ekoran daripada insiden itu, beliau memindahkan penyelidikannya dari Hunan ke Pulau Hainan di Wilayah Yunnan.

Pada 1970, di Pulau Hainan tanaman padi jantan liar tanpa debunga ditemui. Ini membawa kepada usaha lebih kuat ke arah penghasilan padi hibrid.



Pada 1972, Suruhanjaya Sains dan Teknologi China menyenaraikan padi hibrid sebagai projek penyelidikan utama kebangsaan .
Dengan hasil usahanya, pengeluaran hasil padi meningkat dari 5.69 bilion tan pada 1950 kepada 19.47 bilion tan pada 2000.
Setakat ini, keluasan penanaman padi hibrid mencecah 16 juta hektar, iaitu 57 peratus daripada keseluruhan di negara China.
Peningkatan tanaman bijirin dengan padi hibrid membolehkan China menyediakan makanan kepada 70 juta rakyatnya selain menambah pendapatan petani.
Padi hibrid bukan sahaja meningkatkan pengeluaran tetapi menyumbang kepada pengurangan kawasan penanaman padi bagi membolehkan tanaman lain juga ditanam.

Teknik beliau telah dikomersialkan sehingga ke seluruh Asia termasuk Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Pakistan, hingga ke Afrika dan Amerika Syarikat.


Pada 2004, beliau berkunjung ke Malaysia untuk berkongsi pengetahuan dengan menyampaikan syarahan mengenai penghibridan padi.

Pusat Penyelidikan Padi Hibrid Perlis telah ditubuhkan yang mana beliau merupakan ketua perunding.

Sumbangan Long Ping untuk meningkatkan hasil padi merupakan sesuatu yang diluar jangkaan.

Kejayaan itu bukan sahaja menyebabkan beliau digelar Bapa Padi Hibrid, tetapi juga melayakkannya menerima Anugerah Sains Mahathir (MSA) 2011.

Ia sebagai pengiktirafan kepadanya dalam meningkatkan hasil padi yang merupakan makanan utama penduduk tropika.
Beliau menerima hadiah RM100,000, pingat emas dan sijil.

Sebagai pemenang, beliau akan bekerjasama dengan Yayasan Anugerah Sains Mahathir (MSAF) menerusi pelbagai aktiviti seperti perbincangan intelek dengan penyelidikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2012 05:35 PM | Show all posts
msia dh praktikkan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 08:42 PM | Show all posts
msia dh praktikkan ke?
dauswq Post at 12-2-2012 17:35



    MARDI pon ade buat research pasal ni.. ade 2 jenis biji benih padi hybrid ni sesuai nak tanam kat malaysia.. HZ1 dgn HS9 utk gantikan dengan padi MR219 & MR220..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 10:01 PM | Show all posts
dari dulu i heran .macam mane diaorg kacuk ribuan padi tu?

kalau pokok durian A kacuk durian B anak nye durian c.durian c boleh biak pakai tisu kulture,tut.

padi xkan diaorg biak pakai tisu tulture atau tut kan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.084434 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list