CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7040|Reply: 17

[Edisi Sains Am] Adakah Etak selamat dimakan?

[Copy link]
Post time 12-2-2012 05:39 PM | Show all posts |Read mode

ETAK yang hidup di kawasan sungai berpasir perlu diuji kandungannya bagi memastikan ia  selamat dimakan.     



ETAK dalam dialek Kelantan adalah sejenis hidupan cengkerang dan amat popular dijadikan menu hidangan harian serta dijadikan snek ketika bersantai bersama keluarga dan rakan.


Dikenali sebagai corbicula fluminea dalam bahasa saintifik, ia amat mudah didapati di sepanjang sungai di negeri berkenaan.
Malah, hidupan tersebut turut menjadi sumber mata pencarian kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan pinggir sungai kerana permintaan yang tinggi di pasaran terutamanya etak yang telah disalai dengan ramuan khas.

Selain itu, etak merupakan spesies yang menyumbang kepada kegiatan ekonomi penduduk tempatan terutamanya di Kelantan sebagai salah satu makanan yang paling popular bagi penduduk di negeri ini sejak dahulu lagi.


Ia bukan sahaja dihidangkan dalam menu makanan seharian, malah etak salai dijadikan snek pada waktu bersantai bersama keluarga dan rakan.

Etak sama seperti lala atau kepah. Tetapi saiznya lebih kecil dan boleh dimasak bersama sayur, masak lemak, masak rebus dan kebiasaannya etak salai lebih popular.


Kerana keenakan dan kelazatannya itu, etak salai menjadi buruan namun masih ramai yang ragu sama ada etak itu selamat dimakan atau sebaliknya?

Bagi mencari jawapan tersebut, sekumpulan penyelidik dari Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terdiri daripada Dr. Lee Seong Wei, Zalina Che Manan, Prof. Awang Soh Mamat dan Dr. Md. Ruhul Amin menjalankan kajian bagi mengkaji tahap kandungan yang terdapat dalam hidupan sungai itu.

Menurut Seong Wei, meskipun etak telah lama dijadikan makanan, namun masih belum ada maklumat pangkalan data mengenai antibiogram dan tahap kerintangan logam berat bakteria yang terdapat pada spesies tersebut.


Beliau yang juga pensyarah kanan FASA memberitahu, satu kajian sedang dijalankan oleh kumpulannya sejak tahun 2010 bagi mengasingkan dan mengenal pasti bakteria yang terdapat dalam etak hidup dan yang disalai.

Selain itu, ia juga bertujuan mencirikan antibiogram dan pola kerintangan logam berat oleh bakteria dalam etak hidup atau etak salai dan seterusnya untuk mencirikan sifat genom bakteria tersebut.


''Etak merupakan spesies pemakan menapis yang boleh dijumpai hidup di dasar sungai yang berpasir seperti di sungai utama Kelantan dan sungai lain di Kelantan termasuk anak sungai dan tali air.


''Antara makanan yang ditapis adalah tumbuh-tumbuhan mikroskopik, fitoplankton dan bahan organik yang terdapat dalam mendapan," katanya.


Masalah pencemaran sungai dan proses penyediaan etak salai khususnya merupakan dua faktor utama yang menyumbang kepada pencemaran dan jangkitan bakteria di dalam etak, sekali gus dianggap sebagai penyebab penyakit gastroenteritis kepada pelanggan.


Daripada kajian yang dijalankan, penyediaan etak salai sangat ringkas kerana hanya melibatkan proses pengasinan etak bersama rempah (bawang putih, garam, jintan, serai, ajinomoto dan halia) sebelum disalai selama 15 hingga 30 minit dan kemudian sedia dimakan.


''Hasil pemerhatian yang dijalankan, etak salai boleh dianggap makanan yang separuh masak dan tidak begitu selamat untuk dimakan," katanya.


Kajian itu katanya, amat penting untuk kumpulan penyelidik mengenalpasti dan menyediakan maklumat tentang tahap antibiotik serta logam berat yang terkandung di dalam etak salai dan etak hidup yang terdapat di negeri Kelantan serta tahap selamat etak dimakan.


Menurut Seong Wei, selain itu pihak UMK juga akan membuat kajian terperinci tentang cara penyalaian etak dengan menggunakan teknologi terkini dan bersih iaitu melalui kaedah Vakum Dry Oven sebagai alternatif.


"Dalam kajian yang dijalankan, kumpulan penyelidik akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memantau tahap keselamatan penggunaan etak salai manakala kerjasama menerusi Kementerian Industri Asas Tani bagi tujuan mempromosikan kaedah vakum dry oven untuk proses penyalaian etak," katanya.

Sementara itu, ketika dimaklumkan hasil keputusan kajian tentang tahap keselamatan etak salai, Seong Wei menjelaskan keputusan penuh kajian penyelidikan masih dalam proses dan jawapan serta maklumat hasil kajian itu akan dilaporkan kepada umum pada penghujung tahun tahun ini

Last edited by midory on 4-4-2013 10:32 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2012 05:39 PM | Show all posts
SEDAP TAK ETAK? Tak pernah merasa pun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 06:14 PM | Show all posts
SEDAP TAK ETAK? Tak pernah merasa pun...
dauswq Post at 12-2-2012 17:39



    sedap...lemak2 masin tp betul la..dia mcm half cooked..sbb tuh etak salai ni masih lembut...dan moist..tak terlalu kering...


    etak mmg sedap...ingatkan bila dah diperap dengan garam..mati semua bakteria2 tu etak masin tau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 08:31 PM | Show all posts
sedap...lemak2 masin  tp betul la..dia mcm half cooked..sbb tuh etak salai ni masih lemb ...
siputsedut Post at 12-2-2012 18:14



    tak pernah makan etak ni.. rase die ala2 kupang/kerang yek?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 12:38 AM | Show all posts
best kot etak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 08:37 AM | Show all posts
tak pernah makan etak ni.. rase die ala2 kupang/kerang yek?
midory Post at 12-2-2012 20:31



dengan kerang tu lain sangat lah..dengan kupang ada sikit2 rasa sama..cuma dia lg lomak berkrim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2012 12:15 PM | Show all posts
ni fav arwah opah aku dulu..punya la dia suka sampai kena marah ngan anak2 dia kalau mintak banyak2 kali..aku tau rasa dia masin, aku kurang gemar tapi aku x terpikir lak naper opah aku kena marah kalau nak makan hehe

tapi last2 akhir hayat dia aku x surelah dia sempat merasa ke x, sebab dia uzur sangat dah..mau makan sikit2 je jalan kena wheelchair. kalau lah aku ada kete time tu, sure aku belikan opah etak2 ni..

kot aku plak kena marah? coz lagi cepat ajalnya??

al-fatihah to Opah..n Tok Ayah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 02:18 PM | Show all posts
kalo air sungai surut dpn umh i, i suka sgt kutip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 02:59 PM | Show all posts
ape ETAK2...ETOK lah....baru feel........oloh2 rindunya nak mkn etok....."mek etok samah" heheheh.......sedap lemak2 masin..slurppppppppp....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 03:09 PM | Show all posts
owh...ingat kn peberet aku si predetorr tu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 03:31 PM | Show all posts
pasu hanya kenal etok masa g kelantan..
bungkusan kertasnya macam bungkus kacang putih...kecik je macam anak remis bezanya kulit remis lebih nipis berbanding etok...
pasu tak pandai makan etok ni, tak tau sedapnye kat mane...lama-lama..lebih rasa masin garam daripada isi etok nih...
tapi, at least kawe cubo doh raso etok nih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:23 PM | Show all posts
feveret aku masa kecik2 selalu makan kt umah tok aku kat temerloh etak salai jual dalam kelongsong.
malah penah makan yg gulai lemak sedap sgt..
kali terakhir aku mkn 5-6 thn lepas yg disalai dgn terik matahari je kebetulan time tu mmg cuaca panas terik..gila kan abah aku tu yg nak wat camtu dan aku sorg je yg makan org lain semua xnak makan.

sedap je aku mkn hihihi..lgpun xbyk sangat ntah kat mana tah abang aku dapat pastu bawak balik umah kan kebetulan aku blk kg time tu pastu aku ckp aku mmg teringin nk mkn so mak aku siapkan rempah salainya.selamba je abah aku jemur atas bumbung umah dia kata takyah bakar katanya mmg camtu org dulu2 salai ntahlah.mak aku suka tp x berani makan sbb pengalaman dia setiap kali makan dia akan sakit perut dgn teruk memulas2 ala2 cam kena sumpah plak..so dia mmg xberani dah nak sentuh etak masak boleh la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 07:45 PM | Show all posts
aku ada pengalaman dgn member2 masa kat Pantai Sri Tujuh, Tumpat kat Kelantan... kami duduk kat chalet terapung, sebab bawah tu ala-ala sungai yg cetek, dan tiap petang ada orang2 kampung kutip etak ni..
kemudian diorang proses dan jual kat area tu jugak.. so satu hari kawan aku nak cuba la etak2 ni...aku jer yang tak makan sebab mmg tak suka jenis kerang2 ni... dipendekkan cerita, pukul 2 pagi dia terjaga lepas tu terus muntah2...  
terus syak etak tu, sebabnya, kitorg baru perasan yang segala bahan buangan chalet tu terus jatuh kat dalam sungai tu dan mengalir ke arah makcik2 yang duk kutip etak tu...
nasib baik laaaa aku tak makan... dengan segala bakteria e.coli nyer...mmg patut kawan aku muntah2 dan cirit birit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 08:36 PM | Show all posts
Teringin nak makan etak ni coz aku jenis yg suka makan siput2 ni..mana lagi sedap, etak atau mentarang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:29 PM | Show all posts
mcm sedap je si etak ni.....

nak makan kerang bakar...
tetibe tringin nak makan kueytiaw kerang lori kat depan vista kerinchi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 01:51 AM | Show all posts
sekilo berapa RM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 10:29 AM | Show all posts
klakar pulak kalo disebut etak. biasa orang sebut etok.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 11:08 AM | Show all posts
etok skarang dh naik rege, secupok (2 ling) skarang dah rm10.  etok kat kg kasar pasir mas best. banyak pilihan. kalu tak silap kat jepun, etok diorang  buat alat kosmetik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.111767 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list