CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miss_bear

Kisah Hantu Di Batu Pahat

    [Copy link]
Post time 14-2-2012 01:20 PM | Show all posts
eh, kita org BP...ke soalan tu utk TT ?
nhuser Post at 14-2-2012 13:17


org bp?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 01:26 PM | Show all posts
a ha, kampung dekat dengan UiTHO

nie bukan kat BP: dulu, jalan Ayer Hitam -JB banyak cik pon...pakcik kita dulu dreber teksi, ulang alik ayer hitam-JB tiap hari, kalau lewat malam kerap juga jumpa cik pon tenggek kat pokok getah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 02:20 PM | Show all posts
cerita lah hantu apa yang orang nampak kat area2 situ
banyak jugak hantu kat batu pahat rupa ...
miss_bear Post at 14-2-2012 07:15



    mmg duk batu pahat damai pun.... aku anak jati batu pahat,tak ada pun citer hantu...semua ok2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 02:22 PM | Show all posts
Reply 20# encikotot


    pait sulong  - yongpeng taklar seram mana,tapi selalu berlaku eksiden yg meragut banyak nyawa..so, sila hati2
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 02:27 PM | Show all posts
ade 1 umah kosong kt tmn bnag jaya, umah memg lama, kwn aku masuk umah tu time magrib xleh kuar. dia dh ngis dlm tu nsb bek bpk dia dtg carik.

dia ckp xnmpk pintu cuma tingkap je keliling umah.

umah btol2 dlm semak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 03:47 PM | Show all posts
ramai plak bk kyoto,kt cni la blaja drive secara 'berhemah'..klu tempat haku drive cantik ajer,mai duk kt parit nih ko drive syantik2 mmg x dpt la ko nk masuk jln ha3 lagi2 kt simpang,wak2 pon hebat drive nonong jer merempit kapcai@mendrive tenggiling   masing2 hu3..sbb tu ramai jew xcident,sbb x konfiden @ overconfident..lagi plak byakkkk lori,merempit bagai juara rally!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2012 03:48 PM | Show all posts
Reply 10# miss_bear

dulu2. sekarang hantu dah pindah tempat lain kot. UTHM dah banyak perubahan sekarang ni. saya pernah bukak thread pasal hantu kat kolej dulu. cer baca kat sini:

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=544984
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 03:51 PM | Show all posts
masa saya menyewa kat Taman Melewar 2, pernah kena kacau hantu. hantu tu siap duduk sebelah saya lagi atas katil. katil pulak double decker, maunya saya tak lompat dari tingkat atas katil tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 03:59 PM | Show all posts
ni kisah kat h'way exit ayer hitam ngan exit yong peng selatan(kira kawasan batu pahat jugak ni)....

aku ader citer kat thread h'way,tapi tak perlah aku paste kat sini



nak cerita jugak ni,baru jer berlaku 23hb januari 2012 yg lepas ni,raya cina hari tu..ni kisah adik aku(adik lelaki aku),aku cerita apa yg dia citer kat aku...

malam 23hb tu adik perempuan aku bertunang,adik lelaki aku ni kerja kat singapore,balik2 dari kerja petang tu,terus balik batu pahat sbb mak aku suruh dia balik juga untuk majlis adik perempuan aku ni...nak dijadikan cerita masa lalu h'way PLUS kat exit Ayer Hitam, adik aku nampak ada perempuan pakai baju putih kat tepi jalan dengan rambut mengurai..adik aku buat tak paham jer,memandangkan dah pukul 8pm,majlis adik perempuan aku pukul 9pm,jadi dia buat tak tahu dan teruskan perjalanan..

dalam dia tengah dengar radio lagu Salem gitu..dengan tingkap terbuka,saja dia buka tingkap sbb nak rasa angin luar,kalau dia layan aircond gerenti tertido sbb penat balik kerja terus balik kampung,tiba-tiba....................................

dia rasa macam ada org duduk sebelah seat penumpang,dari lerik mata dia,dia nam[pak baju putih...bila dia toleh.."benda" tu dah ada duduk kat seat sebelah...dengan selamba adik aku bagi salam,tapi "benda" tu diam jer...adik aku buat tak paham,dalam kepala otak adik aku masa ni,yang dia fikir nak sampai kampung sebelum majlis pertunangan adik perempuan bermula...adik aku tengok "benda" tu tak nampak muka,sbb muka dia paling ke luar tingkap..

sampai jer kat exit Yong Peng Selatan "benda" tu hilang... adik aku cakap mungkin "benda" tu nak tumpang..biarlah "benda" tu pun tak kacau dia....sampai jer kampung adik aku citer kat semua org....macam2 plak diaorg tanya adik aku...ada yg tanya,asal ko tak cucuk paku,boleh buat bini,senang hidup wooo..ada plak yg tanya ko tak minta nombor hp ke? ada plak yg tanya cantik tak...? hei macam2 hal plak...

Apa pun Alhamdulillah adik aku selamat,kalaulah adik aku tak kuat semangat mahu terbabas kereta
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 04:01 PM | Show all posts
anak buah aku baru jer masuk UHTM minggu nie..
sementara menunggu spm result..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 05:10 PM | Show all posts
Reply 8# nhuser


   ex tahun berapa? ceritanya macam ni , ada sekumpulan budak kaki skodeng ni berkumpul kat tasik Y untuk skodeng couple2 kat situ , jam dah menunjukkan pukul 1 lebih , suasana pula agak mendung dan berangin ,
dalam pada mereka menyorok tu mata seorang ni terpandang kearah bangunan asrama TIGS tu,
terpandanglah olehnya satu makhluk manusia sedang berjalan , ...yang jadi muskil nya mana ada orang kat asrama tu sbb cuti sekolah...
tu cerita kawan kepada kawan la...
ada sorang kawan (perempuan ) bagi inside story yang asrama tu ada india bunuh diri (tah ye ke tidak) tapi yang pasti member ni ada dipanggil buat clearance batin kat sana (asrama TIGS) wallahu alam la sbb dah lost contact dgn member ni (pindah ke mesir )
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 05:13 PM | Show all posts
Reply 18# alphawolf


   haaa hantu jepun kat high school ... ni mmg betul ... pengalaman sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 05:16 PM | Show all posts
Reply 20# encikotot


   yup start dari tokong batu 5 (dekat dgn kilang Munchy) dulu aku pernah race dgn satu apek kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 05:26 PM | Show all posts
Reply  encikotot


   yup start dari tokong batu 5 (dekat dgn kilang Munchy) dulu aku pernah rac ...
ariapersanta Post at 14-2-2012 17:16



   apek? kt situ mlm memg horror la. sape menang?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 06:51 PM | Show all posts
kalau ikutkn,mmg bnyk....aku sendiri pon pernah kena.
tp yg best pengalaman abg aku sendiri la..

abg aku dah kawen,duduk kat area prt.besar..(tmn apa aku x mO ckp,kanag ader yg x mO balik umah sendiri plak kat situ..he3).Abg aku dulu2 rajin merayap ngeteh mlm2...sO,ader satu mlm tu dia balik umah naik mOtOr sensOrang..dlm kul 2 pg jugak la.Masa naka sampai umah dia,dia perasan ader benda putih bergayut kat pokok besar simpang tmn dia.
Pastu,dia slOw2 parking mOtor dpn umah...dia tOleh la ngk kat arah pokok besar tu...rupanya cik pOnti daaa...ngk je kat abg aku.
Abg aku punya selamba..."kO jgn nak cari pasal,kO gi balik tmpt kO..."
then dia masuk umah tp sebelum tu dia baca la beberapa potong ayat2 suci Al-Quran dan cuci kaki tangan baru masuk umah...

Abg aku ni mmg hati kering agaknya....mmg banyak kali ar dia terserempak dgn makhluk Allah ni...mcm2,hatu galah la..langsuir la...ntah apa2 ler.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 07:01 PM | Show all posts
Reply 34# encikotot


    apek tu menang...cte nya macam ni hari tu aku balik dari mengajar kat taman perdana, dah lewat dalam pukul dua baru bertolak dari bandar BP , (budak2 belanja makan). Masa tu bawak TXR Gamma (yang dah di modified oleh adik ipar kakak,) moto tu setakat 180 setengah throttle je, (aku pun x pernah perah full throttle x tau berapa top speed dia)
Malam tu cuaca agak mendung sampai kat sekolah menengah tongkang pecah (sekarang SMK Tunku Putra) hujan dah mula turun. sampai simpang Munchy tu dah mula agak lebat, sebab tak de kenderaan aku cilok je lampu merah, waktu tu la aku nyaris nak terlanggar apek tu.
dia pakai baju cina lama warna hitam pakai topi pun hitam macam Ah Leng dalam cte Sjn Hassan tu, pendek kata sebiji la apek tu macam Ah Leng dalam cte Sjn Hassan tu, dia tengah tolak basikal dia,
mula mula pelik gak , mana datang apek ni, tapi sempat juga la aku sound dia
" apek kasi laju sikit la hari mau hujan..." lepas tu aku teruskan perjalanan , selepas belok ke Seri Medan ( kampung aku Seri Medan) aku kena lalu satu kawasan perkuburan cina ( bagi mereka yang pernah masuk ke Seri Medan tahu la )
samapai kawasan kubur cina tu aku slow kan sikit motor sebab masa ada rasa macam tak sedap hati, rupa rupanya apek tadi stedy je tolak basikal dia kat depan kawasan kubur cina tu.
bila masanya apek tu potong aku?
tamap fikr panjang aku change gear dan terus pecut...
dua hari lepas tu aku cerita pengalaman ni kat seorang member , rupanya dia pun pernah juga race dengan apek ni....
so kalao korang da nampak apek pakai baju hitam tolak basikal tengah2 malam tu ...wat bodo je jangan tegur2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 07:08 PM | Show all posts
Reply 16# nhuser

tasik merdeka (sekarang Wet World Bkt Pasir) berapa ramai yang mati lemas kat situ?
al kisah didasar tasik itu adalah kediaman satu kerajaan bunian ,
tak pasti la tapi tempat tu macam kena sumpahan , x boleh maju dah berapa ramai yang cuba majukan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:34 PM | Show all posts
Reply 5# miss_bear


    nasib baik hantu tu jenis yg dgr cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 14-2-2012 20:49

Rumah berbumbung biru itu memang agak unik kerana reka bentuknya bukanlah seperti rumah rumah lain didalam kawasan perumahan  itu, ini kerana ianya dibina sebelum  kawasan perumahan itu dibangunkan.
Siapa yang empunya nya masih lagi menjadi tanda tanya, dan yang lebih menjadi misteri ialah kenapa rumah itu dibiarkan seolah olah tidak berpenghuni.

Atas dasar ingin tahu penulis pernah meninjau keadaan disekitar rumah itu. Ia dibina berdasarkan ciri ciri moden , kelihatan bersih dan terjaga. Namun pelik tidak kelihatan sesiapa pun didalam kawasan rumah itu.

Penulis cuba untuk menyiasat dari penduduk berhampiran, kebanyakan mereka juga tidak mengetahui perihal rumah itu , apa yang mereka tahu pada setiap hujung minggu ada sebuah kenderaan mewah dilihat memasuki kawasan rumah.
Dan kenderaan itu biasanya akan keluar sebelum tengah malam.

Spekulasi tentang rumah itu telah lama didengar, pelbagai kisah dan cerita yang disampaikan , kebanyakannya sukar diterima akal.
Antara yang popular ialah rumah itu dijadikan markas kepada kegiatan pemujaan dan ajaran ilmu hitam. Ini kerana menurut penduduk berdekatan mereka sering kali mendengar suara jeritan dalam bahasa yang agak sukar difahami , kadangkala mereka tercium bau setanggi dan kemnyan dari rumah itu.

Satu cerita yang lebih menarik ialah kisah seorang pemandu teksi yang menghantar seorang gadis muda ke rumah itu.
Ceritanya bermula apabila pak man (bukan nama sebenar) dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan  Seri Gading,  pak man telah memandu teksi lebih dari 20 tahun di bandar Batu Pahat ini.

Memang hajat dihatinya ingin terus kerumah kerana letih dan jam pun sudah menunjukan pukul 1230 tengah malam.  Namun bila seorang gadis menahan teksinya dikawasan maktab perguruan  dia merasa agak kasihan. Maklumlah dia juga mempunyai 3 orang anak gadis, niat dihatinya ingin membantu gadis itu.

Pak man dengan senang hati bersetuju untuk menghantar gadis itu pulang bila gadis itu menyatakan rumahnya di Taman Bukit Perdana, didalam hati pak man tidak curiga apa apa.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit gadis itu tidak bercakap apa apa, Pak Man juga seolah olah berat mulut ingin berbual.

Apa bila tiba di rumah berbumbung biru Pak Man seolah olah lupa yang rumah itu tidak berpenghuni, menurut Pak Man dia melihat rumah itu terang benderang dan ada ramai orang didalamnya seolah olah ada kenduri atau majlis.

Gadis itu menghulurkan kepada Pak Man satu bungkusan kecil dia berpesan kepada Pak Man supaya tidak membuka bungkusan itu sebelum sampai kerumah,

Mungkin kerana memang niat Pak Man ingin membantu gadis itu dia menrima bungkusan itu tanpa soal jawab.
Namun dalam perjalanan balik ke Seri Gading  Pak Man baru tersedar , hatinya berdebar debar bila tiba tiba teringat bahawa rumah berbumbung biru itu tiada penghuni nya.

Tapi mungkin juga rumah itu sudah ada penghuninya kerana lama juga Pak Man tidak menghantar penumpang ke Taman Bukit Perdana. Persoalan itu terus berlegar legar dikepalanya hinggalah Pak Man sampai kerumahnya, entah mengapa dia merasa amat letih sekali.

Bila tiba dirumahnya dia agak hairan kerana ramai orang berkumpul dirumahnya. Semua orang orang penting di kampung dilihat berkumpul di anjung rumahnya.

Rupa rupanya Pak Man dikatakan hilang selama 3 hari ... dan mereka baru selesai membuat solat hajat dan juga bacaan Yassin.

Tentu pembaca semua ingin mengetahui apa yang diberikan oleh ‘gadis ‘ itu kepada Pak Man ?

Jawapanya hanyalah segenggam pasir , namun pasir itu juga mempunyai misteri tersendiri, warnanya boleh berubah ubah, kadangkala putih, kelabu, hitam dan kadang kadang kuning keemasan.

Cerita Pak Man mungkin tak ramai yang tahu namun sengaja penulis ceritakan sebagai bahan berfikir...

Bukan hanya kita yang menghuni bumi ini....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:15 PM | Show all posts
Reply 29# mummyqis

saya pernah nampak hantu penanggal kat highway tu sekitar pukul 5 pagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.408881 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list