CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4436|Reply: 61

Muka Pompuan Rabak Dikerjakan 5 ekor Anjing!

[Copy link]
Post time 17-2-2012 06:42 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my


TELUK INTAN 16 Feb: Seorang wanita cedera  di muka selepas mendakwa diserang sekumpulan lima anjing liar ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam.

  Dalam kejadian jam 6.45 pagi, mangsa, Norul Janna Kamaruzaman, 30, dikatakan dikejar kumpulan haiwan liar itu ketika melalui jalan antara Rungkup menuju Hutan Melintang, di sini.

  Mangsa yang ditemui di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal bersendirian dalam keadaan persekitaran yang gelap.

  “Pada mulanya, saya terserempak dengan sekumpulan anjing liar berkumpul di tepi jalan sebelum haiwan itu tiba-tiba meluru dan mengejar saya.

  “Dalam keadaan panik, saya cuba menyelamatkan diri, tetapi ia sempat menggigit kaki menyebabkan saya hilang imbangan lalu terjatuh,” katanya.

  Menurutnya, hentakan kuat kepalanya di atas jalan menyebabkannya terus tidak sedarkan diri dan terseret beberapa meter.


  “Saya langsung tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Saya hanya tersedar selepas berada di wad HTI, tengah hari semalam.

  “Muka saya penuh kesan luka terutama di dagu, pipi dan mulut. Saya tidak pasti sama ada ia kesan jatuh atau diserang anjing liar itu,” katanya.      Dia yang tinggal bersama bapanya di Simpang Empat, Rungkup, di sini, bersyukur kerana kejadian itu tidak meragut nyawanya.


  “Saya tidak dapat bayangkan jika dirempuh lori atau kereta selepas terjatuh akibat diserang anjing liar itu.


Saya akan lebih berhati-hati melalui jalan berkenaan selepas ini,” katanya.    Sementara itu, bapa mangsa, Kamaruzaman Samsuddin, 50, berkata, dia kesal dengan kejadian itu yang disifatkan berbahaya dan boleh mengundang bahaya lebih besar.

  “Memang banyak anjing liar berkeliaran di sepanjang laluan dari Rungkup ke Hutan Melintang. Namun, tidak sangka ia boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

  “Saya berharap Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera supaya kejadian sama tidak berulang kepada individu lain,” katanya.


p/s klu ada bertuan, tembak dulu tuannya sebelum tembak anjing-anjing tuh...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 06:54 AM | Show all posts
namapun anjing liar, sah2 la tak bertuan. pe la bang tong.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 06:56 AM | Show all posts
hanjenggggggggggggg betol ler perangai anjing anjing nie....:@
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 06:56 AM | Show all posts
bapa umuq 50, anak 30......so bapa umuq 19 taun da kawin........
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 06:57 AM | Show all posts
Kalo kat aprika, hanjeng hanjeng liar yang hidup secara liar akan memburu secara pack an mampu menumbangkan mangsa yang lebh besar daripada mereka
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 07:49 AM | Show all posts
SO apa yg rabak nya muka minah nie....ingatkan ada gambo muka dia koyak rabak.....tajuk yg cam hanjeng tol ler TT yg bukak nie....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2012 08:22 AM | Show all posts
kesiannye kt akak tu...

tp alhamdulillah msh lg selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 08:26 AM | Show all posts
aku heran betul la kat malaysia nie....

kita ada jabatan haiwan..tapi byk haiwan tak bertuan atau bertuan berkeliaran..sampai ada yang menyebabkan kemalangan atau yang mati di jalanan.....

kita ada jabatan perhilitan, tapi masih ramai yg mampu seludup haiwan eksotik or bunuh haiwan eksotik di malaysia..

entah bilalah malaysia nie nak imposed permit haiwan samada kucing, anjing ataupun apa2 binatang perliharaan supaya mana2 binatang yang tak bertuan blh di kawal, dan mana2 binatang2 yang bertuan, sekiranya melakukan kesalahan (menggigit org awam, berak dan kencing sebarangan), tuannya akan di dakwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 08:35 AM | Show all posts
aku ngeri gak dgn hanjeng2 nih...

dulo2 kat area umah aku byk gak hanjeng2 nih...

tp sejak dua menjak nih kurang dah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 08:38 AM | Show all posts
teringat cerita seorang prof madya u, bergelar ustaz. dia cerita sepanjang jalan antara bandung  nak pergi ke danau toba, medan indo tu, berlambak gerai2 jual B1 dan B2 . B1 panggang, B2 panggang, B1 golek, B2 guling.
kami tanya lah, apa tu B1 dan B2.
B1 = anjing
B2 = babi

moral : tel kat geng2 indo yg makan anjing ni, pasti dia suka
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 08:43 AM | Show all posts
x pasal2 jer,bahaya betul kene p cr anjing tu kasik setel,kalau x sure lepas ni jd gl
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:00 AM | Show all posts
Apa yang ditakuti oleh kaka nam ada asasnya.... ( mula2 igt dia tadi.. tapi dia kan jalan kaki ..)
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:24 AM | Show all posts
Reply 1# tongkatwaran75


ya allah kesiannya..dah kawin ke belum
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:38 AM | Show all posts
cmne dia leh terselamat tu?xde lak ulasan saksi kejadian...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:58 AM | Show all posts
Ada mamat Vietnam keja kilang dekat office I buat lauk jer hanjing hanjing nie  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:06 AM | Show all posts
teringat masa nk nk men kat padang practice softball.. ade sekumpulan anjing tgh padang... aku ngn kawan2 kecut perut ar... patah balik.. aku pesan kat kawan aku jgn lari... jln slow2.. sambil baca surah tabadyada
anjing tu mmg mcm nk kejar kitorg.. tp die berkeliaran aje la.. selamatttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 10:24 AM | Show all posts
i pun seram dgn anjing, lagi2 anjing nenek i, suka sgt datang tiba2 ke kaki pstu gosok2 bdn.eeeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:26 AM | Show all posts
kalau tembak kang nanti kelab pecinta haiwan marah lak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:28 AM | Show all posts
eii takot la....dr jauh kalo aku dh nmpk anjing...sedaya upaya aku sorokkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:29 AM | Show all posts
kisah anjing pula.
pengalaman aku,masa umr 19 tahun..aku berdua dgn seorang jiran (kawan)
bersiar2 di tepi pantai.
mmg rumah kami dekat dgn pantai dan laut.

tiba2 muncul sekumpulan anjing liar dalam 4-5 ekor berlari kearah kami
sambil menyalak2.
kami berdua kaku kat situ (antara pantai dan laut) tiada tmpt utk lari.

hanya tggu anjing tu sampai kat kami jer...dalam beberapa langkah lagi anjing2 tu nk sampai,tiba2 aku ternampak satu ranting kecil terdampar di depan aku,
lalu aku pun menunduk utk mengambil ranting itu.

masa aku menunduk tu la,anjing2 tu berhenti berlari tapi masih menyalak2 kami.
jarak aku dgn anjing2 tu adalah dalam 3 atau 4 langkah.

hanya dgn ranting kecil tu la aku cuba menghalau anjing2 liar tu.
tak lama lepas tu anjing2 tu pun berlalu pergi...dan kami dapat pulang dgn selamat.

(masa anjing2 tu menyalak dari jauh macam mereka nmpk hantu jer,maklum la pantai)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.555892 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list