View: 92|Reply: 0
|
Pengebom seluar dalam kena seumur hidup
[Copy link]
|
|
DETROIT: Lelaki warga Nigeria yang digelar pengebom seluar dalam, Umar Farouk Abdulmutallab, 25 mengucapkan Allah Maha Besar ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.\rKetika menjatuhkan hukuman itu, Hakim Nancy Edmunds, mengkritik penyokong al-Qaeda itu kerana tidak menunjukkan rasa kesal dan berkata: `Ini cuma hukuman.’\r\n\n\n\n\rAbdulmutallab, 25, tidak bertentang mata ketika beberapa saksi menceritakan bagaimana serangan yang gagal dilaksanakan itu memberi kesan buruk kepada kehidupan mereka.\r\r\n\n\n\n\nDalam sesi keterangan sebelum itu, Abdulmutallab gagal dalam cubaan mengurangkan hukuman berdasarkan tiada siapa cedera dalam cubaan menjatuhkan pesawat berkenaan.\rTerdahulu, penumpang dan krew penerbangan Fight 253 dari Amsterdam memberikan keterangan mengenai saat Abdulmutallab cuba mengaktifkan bahan letupan yang diseludup dalam seluar dalamnya beberapa minit sebelum mendarat di Detroit pada Krismas 2009. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|