CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: imayronster

Bayar muka kereta dan peratus faedah 2012

[Copy link]
Post time 10-6-2012 02:45 PM | Show all posts
ermm bank mmg ketat sket pinjaman ni sbb atas araham bnm.. tp xpe cuba tanya salesman lain mana taw dorang ada lobang ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 06:03 PM | Show all posts
keje kt ganu... rumah kt perak
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 09:00 AM | Show all posts
Hi all

Aku ade masalah nak mintak kongsi dgn korang sume. Aku tgh wat loan kereta, tapi dah sebul ...
jjkrim Post at 10-6-2012 11:31


aku kongsi masalah yg sama dgn ko...
aku punye x lepas...dah 2-3 bank aku cube
jawapannye same...rekod CCRIS x cantek sebab kete org yg gune name aku bertunggak 2 bulan...
tapi kete tu dah abes bayar minggu lepas...
bank kate kene tunggu sampai rekod tu padam
tunggu lepas 6 bulan kang...
tu pun x janji...
giler la...aritu xcited giler...
la ni terus rase ilang mood nak beli kete
tp x tau la klu ko lepas...
klu lepas bgtau bank mane ek?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 04:24 PM | Show all posts
aku nyer loan publicbank cuma bg 50k.susah betul nak buat loan.salesman cuba apply loan kat maybank pulak.entah dapat lebih entah tidak.aku nyer kereta ada sangkut kat public bank.tapi tak sampai pun rm100.p
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 04:58 PM | Show all posts
aku nyer loan publicbank cuma bg 50k.susah betul nak buat loan.salesman cuba apply loan kat maybank  ...
zuraida8177 Post at 11-6-2012 16:24


x faham sekarang punye prosedur..
walau dah abes bayar, tp rekod CCRIS tu ade, tetap x lulus...
klu dulu ade bertunggak, bayar je yg tunggal, terus settle..
la ni walau bertunggak RM50 tp tunggak berbulan2 tu yg akan jadik isu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 05:03 PM | Show all posts
Salesman kalu ada lubang kuat mana pun, lubang bank negara lg kuat
Toksah caya sgt lubang2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2012 09:12 AM | Show all posts
Ok..Tp cube kau baca reply dr BNM ni
Kami merujuk emel tuan bertarikh 13 Mei 2012 dan memohon maaf di atas kelewatan membalasnya.

Untuk makluman tuan, pertimbangan sesuatu permohonan pinjaman adalah tertakluk kepada budi bicara dan hasil penilaian kredit institusi perbankan berkenaan. Setiap pembiaya mempunyai kredit polisi masing-masing dalam pemberian sesuatu pinjaman kepada pelanggan mereka.  Keputusan institusi perbankan akan berdasarkan kepada penilaiannya terhadap kepercayaan kredit (creditworthiness) pelanggan mereka dan pendedahan risiko (risk exposure) dalam pemberian kemudahan pinjaman berkenaan. Secara lazimnya institusi perbankan akan mempertimbangkan faktor-faktor seperti berikut:

            (i)         sejarah penyelenggaraan akaun-akaun pinjaman sedia ada;
            (ii)        kedudukan kewangan pemohon;
            (iii)       keupayaan pemohon membayar balik pinjaman; dan
            (iv)       karektor serta integriti pemohon

Bank Negara Malaysia (Bank) tidak campurtangan dalam proses penilaian yang dibuat oleh mana-mana institusi perbankan.

Kami ingin memaklumkan bahawa adalah menjadi amalan institusi kewangan untuk menyemak latar belakang dan rekod kredit seseorang individu ataupun syarikat dalam membuat penilaian kredit bagi memastikan peminjam itu berkeupayaan untuk membayar balik pinjaman. Satu daripada sumber semakan ini ialah Biro Kredit, Bank yang menyimpan maklumat mengenai sejarah kredit peminjam. Maklumat kredit yang dikumpulkan oleh Biro Kredit disimpan dalam satu sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Maklumat lanjut mengenai ini boleh didapati di pautan http://creditbureau.bnm.gov.my/.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa sekiranya tuan telah menjelaskan sepenuhnya pinjaman-pinjaman berkenaan, institusi-institusi kewangan terbabit jugalah yang bertanggungjawab dalam mengemaskinikan rekod-rekod tersebut dengan Bank. Hanya selepas institusi-institusi kewangan terbabit membuat pengemaskinian, rekod-rekod pinjaman tersebut tidak akan ditunjukkan lagi di dalam laporan kredit tuan. Pada kebiasaannya, rekod-rekod di dalam Sistem CCRIS akan dikemaskini oleh bank-bank terbabit pada tarikh penghantaran laporan yang berikutnya iaitu tidak lewat dari 15 haribulan bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan hanya menjelaskan bayaran tertunggak, maklumat pinjaman ini masih akan ditunjukkan dalam laporan kredit tuan dan akaun yang kembali teratur ini akan ditunjuk kan pada bulan di mana  tuan membuat pembayaran tersebut.  Di samping itu, maklumat mengenai ansuran tertunggak sepanjang 12 bulan yang akan dipaparkan dalam laporan kredit tuan.

Sehubungan dengan ini, kami ingin mencadangkan kepada tuan untuk memohon laporan kredit bagi menyemak rekod-rekod pinjaman yang dilaporkan oleh institusi-institusi kewangan terbabit atas nama tuan, sekiranya ada. Prosedur untuk mendapatkan laporan kredit boleh didapati di laman web credit bureau di pautan berikut:

http://creditbureau.bnm.gov.my/i ... amp;pg=24&ac=22


Sekian, harap maklum.

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm .gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my

Terima kasih.


Francis Jason Richard
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 09:27 AM | Show all posts
Kami juga ingin memaklumkan bahawa sekiranya tuan telah menjelaskan sepenuhnya pinjaman-pinjaman berkenaan, institusi-institusi kewangan terbabit jugalah yang bertanggungjawab dalam mengemaskinikan rekod-rekod tersebut dengan Bank. Hanya selepas institusi-institusi kewangan terbabit membuat pengemaskinian, rekod-rekod pinjaman tersebut tidak akan ditunjukkan lagi di dalam laporan kredit tuan. Pada kebiasaannya, rekod-rekod di dalam Sistem CCRIS akan dikemaskini oleh bank-bank terbabit pada tarikh penghantaran laporan yang berikutnya iaitu tidak lewat dari 15 haribulan bulan berikutnya.
jjkrim Post at 12-6-2012 09:12


aku nk quote yg nih
maknenye contoh mcm kes aku, tuan punye kete dah abes bayar kete tu
maknenye bulan depan lepas 15 hb, rekod CCRIS aku tu otomatik padam la ye
maaf klu aku tersalah faham...
aku x berapa nak faham sgt ayat2 yg terlebih formal camni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2012 09:52 AM | Show all posts
Reply 107# jjkrim

thanks jjkrim...good info...
mane momod nie??? xnak bg tacang ke kat jjkrim
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 11:55 AM | Show all posts
useful info. tq all!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 12:33 PM | Show all posts
aku nk quote yg nih
maknenye contoh mcm kes aku, tuan punye kete dah abes bayar kete tu
maknenye bulan depan lepas 15 hb, rekod CCRIS aku tu otomatik padam la ye
maaf klu aku tersalah faham...
aku x berapa nak faham sgt ayat2 yg terlebih formal camni...

X silap macam tu la. Coz sebelum nie aku nye cc maybank pun problem, tp dah settle dalam tahun nie juga. tp sebulan lepas tu check dah xder dlm ccris.
mgkn info nie dapat menolong anda semua.
Tp, mintak doa pd semua agar loan kereta aku lulus.
Pening kepala, sampai sekarang xder jawapa. Buat loan dgn toyota capital mmg lambat ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:27 AM | Show all posts
Reply 111# jjkrim


    berdasarkan pengalaman saya yang dah jual kereta, terminate cc dan asb loan...dalam 2 ke 3 bulan lepas settle semua tu saya pegi BNM Telelink tu dan pegi print CCRIS report, ternyata dah tak keluar kat table tu...tetapi BNM akan simpan semua history dalam satu database...so, walaupun dah settle, bank boleh lagi tgk sejarah kewangan kita.....

Lagi satu, untuk kad kredit, amalkanlah bayar penuh sebab bank boleh nampak detail,bayar min sahaja atau bayar fulll,jadi bila bank tahu kalau customer tu bayar minimum sahaja, mungkin bank akan berhati hati untuk memberi loan seterusnya...kalau bayar full, akan keluar satu clause..."PAYMENT FULL AND PROMPT"
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:47 AM | Show all posts
Reply  jjkrim


    berdasarkan pengalaman saya yang dah jual kereta, terminate cc dan asb loan. ...
yus262 Post at 13-6-2012 10:27



      Alhamdulillah tadi salesman call aku katanya loan yg apply kat Maybank dah lulus.Aku gaji masuk maybank.CArd credit pun guna Maybank.Setiap bulan memang aku bayar penuh tak pernah bayar yang 5% tu.Mungkin sbb tu aku lulus loan di Maybank.Dapat intrest 2.85% je.Tapi tak gi lagi sain agrement.Tapi ambil loan di Maybank kena bayar RM539.75 untuk autolife.Katanya wajib untuk sekali sepanjang tempoh pembiayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:16 PM | Show all posts
Reply 113# zuraida8177


    Wah tahniah..kete utk raya..huhu
Autolife tu kemende nye? Mahei betul mcm installment kete
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 02:00 PM | Show all posts
Alhamdulillah tadi salesman call aku katanya loan yg apply kat Maybank dah lulus.Aku gaj ...
zuraida8177 Post at 14-6-2012 11:47



    maybank segala bende dia nak charge.................................................?...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 04:08 PM | Show all posts
Alhamdulillah tadi salesman call aku katanya loan yg apply kat Maybank dah lulus.Aku gaj ...
zuraida8177 Post at 14-6-2012 11:47


alamak!!!same la plak...
aritu sikit punye susah sane sini aku apply loan...
tadi ambank call bgtau dah lulus dah...
dah boleh booking kete...
masalahnye aku dalam dilema...interest tinggi sgt...3.1%
klu blh nk muammalat 2.6% jek...tp x lepas plak...
dlm dilema lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2012 04:19 PM | Show all posts
alamak!!!same la plak...
aritu sikit punye susah sane sini aku apply loan...
tadi ambank call bgtau dah lulus dah...
dah boleh booking kete...
masalahnye aku dalam dilema...interest tinggi sgt...3.1%
klu blh nk muammalat 2.6% jek...tp x lepas plak...
dlm dilema lagik



Memang..kalau ader problem sebelum nie pada record, die akan hentam intrest tinggi.. Sebab die masukan nama dalam risk ler.
Tapi aku nyer x lulus lagi nie..
member tolong doa kan.
Sape yg berpengalaman buat loan ngan toyota capital tolong share pengalaman dgn aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 06:10 PM | Show all posts
Apesal bro belasah toyota capital?

Bank ni kalu da tau org bermasalah lg dia hentak..sbb tu kdg2 mesin atm pun kene sapu dgn org yg geram dgn bank
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 08:29 PM | Show all posts
Reply  zuraida8177


    Wah tahniah..kete utk raya..huhu
Autolife tu kemende nye? Mahei betul  ...
jenglut Post at 14-6-2012 13:16



    Autolife tu insurans yg cover pembeli kete in case kalu mati/cacat kekal. Kira blehla dpt kete free. Mcm insurans rumahla
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 08:31 PM | Show all posts
Alhamdulillah tadi salesman call aku katanya loan yg apply kat Maybank dah lulus.Aku gaj ...
zuraida8177 Post at 14-6-2012 11:47



    Autolife ni tak wajib pun sebenarnya. Tapi kalau ambik pun, bagus jugak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.453922 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list