CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Dua suspek kes simbah asid ditahan

[Copy link]
Post time 21-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Polis percaya kejadian serangan bermotifkan cemburu\rKUALA TERENGGANU: Polis menahan dua lelaki berusia 32 dan 39 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua sahabat disimbah asid ketika sedang tidur di sebuah rumah sewa di Kampung Padang, Merchang, Marang, kelmarin.\r\n\n\n\n\rKetua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata dua lelaki terbabit yang masing-masing seorang nelayan dan penganggur ditahan di rumah mereka di Kampung Padang Rusa dan Kampung Padang Merchang jam 7.30 malam untuk membantu siasatan.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, hasil maklumat awam, kedua-dua suspek pernah bertengkar dengan mangsa, Shahrulzaman Salim, 38, yang juga seorang nelayan, tetapi buat masa ini polis masih belum mengetahui motif  kejadian sehingga siasatan lengkap diperoleh.\r“Polis tidak menolak kemungkinan kejadian simbahan asid yang menyebabkan dua rakan melecur di muka dan badan dalam kejadian di sebuah rumah bujang awal pagi kelmarin bermotifkan cemburu berdasarkan siasatan awal setakat ini,” katanya tidak mendedahkan maklumat lanjut ketika ditemui di sini semalam. \rManoharan berkata, polis sudah mendapat perintah menahan reman kedua-dua suspek selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.\r“Kita akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka, begitu juga dengan kedua-dua mangsa yang kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.\r\n\n\n\rSemalam, Berita Harian melaporkan nasib malang dua sahabat yang cedera selepas dipercayai disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang, awal pagi kelmarin.\rKejadian jam 5.10 pagi itu menyebabkan Mohd Fadzil Hanafi Idrus, 18, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala Shahrulzaman melecur di muka dan badan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.253137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list