CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3446|Reply: 9

[Edisi Sains Am] Ayuh! Kita Jadi Angkasawan

[Copy link]
Post time 21-2-2012 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Peluang jadi ‘saintis’ ISSOleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

RUANG dalam stesen angkasa antarabangsa (iss) yang menjadi lokasi penyelidikan saintis dari Jepun, Satoshi Furukawa di angkasa lepas dalam program ‘Try Zero G 2” tahun lalu.



SEMENJAK Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di wujudkan, masyarakat antarabangsa telah menyaksikan sendiri penyelidikan dan eksperimen saintifik dijalankan di stesen tersebut.

Terbaru, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) diberi peluang oleh Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) untuk menawarkan program khas kepada orang ramai yang berminat mencadangkan pelbagai jenis eksperimen untuk dilaksanakan di ISS.

Dinamakan sebagai program Try Zero G 2 ia merupakan sebuah program pendidikan di ISS yang dilaksanakan oleh JAXA bertujuan menunjukkan perbezaan antara fenomena sains antara sifar graviti (0G) dan graviti (1G) di bumi.

Menurut Pegawai Sains Angkasa, Jong Tze Kian, program tersebut telah mula diadakan sejak tahun lepas. Namun agak kurang sambutan berikutan tempoh yang diberikan oleh JAXA untuk memilih serta menghantar cadangan eksperimen tersebut agak terhad.
“Tahun ini merupakan kali kedua ia diadakan. Justeru kami mengharapkan lebih banyak idea berkenaan eksperimen dapat ditonjolkan oleh rakyat Malaysia sekali gus berjaya dipilih untuk dilaksanakan di sana (ISS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, program tersebut bermula dari idea yang dikemukakan oleh peserta kepada pihak Angkasa yang kemudiannya akan ditapis dan yang terbaik akan dipilih.

“Kita akan pilih antara lima hingga lapan idea terbaik daripada seluruh idea yang diterima. Idea tersebut akan dihantar ke JAXA sebelum ia dilaksanakan di ISS,” ujarnya.

Tambah beliau, tahun lepas sebanyak dua idea eksperimen telah diterima oleh JAXA untuk dilaksanakan di ISS.
“Ia merupakan satu kebanggaan buat kita kerana bukan mudah untuk menentukan eksperimen yang boleh dilakukan di ISS.
“Hal demikian kerana di ISS terdapat peraturan yang tersendiri yang mana tidak semua jenis eksperimen dapat dilaksanakan,” katanya.
Di ISS, angkasawan JAXA, Hoshiide akan menjalankan aktiviti dan eskperimen terpilih berdasarkan prosedur yang akan dicadangkan dalam misinya di Modul Eksperimen Jepun pada tahun ini.

Bagi pertandingan atau program ini, Angkasa menggalakkan penyertaan daripada golongan pelajar dan guru-guru sekolah.
Ini kerana, jika cadangan eksperimen tersebut berjaya diterima dan dilaksanakan di ISS ia boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran disekolah-sekolah.

Aktiviti eksperimen di ISS tersebut akan dirakam dengan menggunakan kamera video berdefinisi tinggi (HD) dan akan diedarkan ke sekolah-sekolah sebagai salah satu medium pembelajaran.

Namun, untuk menyertai pertandingan ini, peserta yang ingin mengutarakan idea perlulah memenuhi syarat-syarat penggunaan alatan tertentu.


Ia berikutan keterbatasan pergerakan serta peralatan yang boleh digunakan di ISS kerana tertakluk dengan isu keselamatan stesen tersebut.

Antara peraturan yang dikenakan adalah, idea atau eksperimen yang telah dilaksanakan tidak akan diterima, aktiviti atau eksperimen dijalankan dalam Modul Kajian Jepun iaitu Kibo.

Seterusnya, masa eksperimen tidak terlalu lama iaitu tidak melebihi 10 minit dan arahannya juga ringkas agar memudahkan kanak-kanak memahaminya.

Terakhir, eksperimen perlu dilaksanakan dengan menggunakan alatan yang dibenarkan atau yang terdapat di ISS sahaja seperti yoyo, pita pengukur tidak melebihi dua meter, kertas origami, gelang getah, pemberat (besi, aluminium, kayu, palstik) dan pelbagai lagi.
Semua aktiviti yang berjaya dipilih akan diadakan di ISS dan dirakam bagi tujuan pembelajaran. Video tersebut akan di hantar kepada Angkasa.


Malah, beberapa idea juga boleh diterima daripada satu permohonan dan tarikh tutup bagi program ini adalah pada 24 Februari ini.
Setiap peserta yang berjaya akan menerima sijil penghargaan serta hadiah daripada JAXA serta pihak Angkasa.
Untuk memohon peserta boleh mendapatkan borang melalui online di www.angkasa.gov.my/tryzerog/ atau hubungi sekretariat Try Zero G 2 di talian 03-22734303, 03-22735484. Last edited by midory on 4-4-2013 11:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2012 07:34 PM | Show all posts
lagi 3 hari nak tutup...cepat daftar
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 08:45 PM | Show all posts
program mcm nih dpt menambahkn minat org ramai dlm sains.. {:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 12:17 AM | Show all posts
Menurut Pegawai Sains Angkasa, Jong Tze Kian, program tersebut telah mula diadakan sejak tahun lepas. Namun agak kurang sambutan berikutan tempoh yang diberikan oleh JAXA untuk memilih serta menghantar cadangan eksperimen tersebut agak terhad.
“Tahun ini merupakan kali kedua ia diadakan. Justeru kami mengharapkan lebih banyak idea berkenaan eksperimen dapat ditonjolkan oleh rakyat Malaysia sekali gus berjaya dipilih untuk dilaksanakan di sana (ISS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, program tersebut bermula dari idea yang dikemukakan oleh peserta kepada pihak Angkasa yang kemudiannya akan ditapis dan yang terbaik akan dipilih.


jadik angkusawan?ooo nak rasa mcm kena lambong lambong dan terwang awang tu kerr? ...tak laa cuma cadangkn apa jenis xperiment yg bagus dibuat dlm keadaan zero graviti aka mikrograviti dan kesan radiasi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:42 PM | Show all posts
jadik angkusawan?ooo nak rasa mcm kena lambong lambong dan terwang awang tu kerr? ...tak laa cu ...
bluezink Post at 22-2-2012 00:17



   Zero gravity means zero Force kan? Aku rasa yg ada kat sana pon cosmic radiation. Hmm penat2 pegi ISS utk buat experiment tahap pendedahan kat skolah, knp tak bg peluang masters or phD utk new invention
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 09:33 AM | Show all posts
Zero gravity means zero Force kan? Aku rasa yg ada kat sana pon cosmic radiation. Hmm penat ...
faralouise Post at 22-2-2012 21:42



mmm! actually for me ..i sukak gunakn perkatan mikro gravity dari zero graviti..btw tahu tak cik fara..sejarah  ujod nye stesen  ne adalah,pd zaman brakhir nye perang dingin "cold war"pd tahun 1984... dgn   pnjanjian bersama antara as dan rusia, di washington maka ujod la stesen makmal angkasa in...stakat hari ni...xperiment yg masih dijlnkan smpai skarng ialah ujian api aka "fire' dlm keadan mirograviti btw..stesen makmal ini telah melakukan/mncatatkn 84 space walk, 400~500 xperiment/"tugas" sperti biomedikal,biotech,fizik bndalir,sains material,fizik quatom,astoromi..dan meterologi..dan sejak akhir2 ini sterlah penyetaan dari module "kibo" dan "columbos" telah menrancak  lagik xperiment2 di dlm stesen ISS ni..ooops sblom terlupa  berikot ini adalh shortlists yg berjaya menarik minat ISS dlm mmbuat xperiment
— Emerald Bresnahan dari AS, New Zealand duo Patrick Zeng dan Derek Chan, Spaniard duo Laura Calvo dan Maria Vilas, Egyptian Amr Mohammed dan Dorothy Chen dan Sara Ma of US..last sekali Sachin Kukke 18yrs-old from Bangalore india
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2012 01:21 PM | Show all posts
mmm! actually for me ..i sukak gunakn perkatan mikro gravity dari zero graviti..btw tahu tak c ...
bluezink Post at 23-2-2012 09:33


Dengan ini bluezink, boleh tak kau carikan jurnal atau paper yang pakcik pakcik ni
Emerald Bresnahan dari AS, New Zealand duo Patrick Zeng dan Derek Chan, Spaniard duo Laura Calvo dan Maria Vilas, Egyptian Amr Mohammed dan Dorothy Chen dan Sara Ma of US..last sekali Sachin Kukke 18yrs-old from Bangalore india
publish? Nak tau jugak experiment ape yg dah run kat sana, malas nak cari la kekdahnye

Link la kat sini, boleh bagi manfaat semua, yang ada abstract je pon takpe weyh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 01:38 PM | Show all posts
mmm! actually for me ..i sukak gunakn perkatan mikro gravity dari zero graviti..btw tahu tak c ...
bluezink Post at 23-2-2012 09:33



   Btw, ceritalah sikit mcm mana keadaan fire dalam microgravity wey, aku rasa kalau google pon keluar link youtube, (kes malas lagi) macam tu mesti dah ada experiment kat skolah yang tanam kacang hijau tu kan? Pertumbuhan dia kan mengikut gravity bumi. Kalau less gravity mcm dekat space tak kan jadi bunga pulak kot Paling tak pon ikot gravity of sun, sbb tu yg paling kuat dalam Solar System utk hold semua planet. Tu pon depends on distance ISS dari earth and sun

Tapi, main objective dorang ni nak kaji moon and mars untuk jadi second planet after earth kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2012 06:06 PM | Show all posts
Dengan ini bluezink, boleh tak kau carikan jurnal atau paper yang pakcik pakcik ni  publish? Nak ...
faralouise Post at 23-2-2012 13:21



    Dengan ini bluezink, boleh tak kau carikan jurnal atau paper yang pakcik pakcik ni
Emerald Bresnahan dari AS, New Zealand duo Patrick Zeng dan Derek Chan, Spaniard duo Laura Calvo dan Maria Vilas, Egyptian Amr Mohammed dan Dorothy Chen dan Sara Ma of US..last sekali Sachin Kukke 18yrs-old from Bangalore india

publish? Nak tau jugak experiment ape yg dah run kat sana, malas nak cari la kekdahnye

Link la kat sini, boleh bagi manfaat semua, yang ada abstract je pon takpe weyh



  

bluezink:pacit pacit..???bukn laa mrk seme adalh teens/remaja yg ada minat dan berbakat nak jadik saintis dan dtg from allover the world yg join dan hntar bedio ke NASA ,yg sedang dijlnkn region skrg.drpd 6 org ne 2 akn trpilih sumbang/idea mrk untok dijlnkn dlm stesen ISS bhg  module amerika penye
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 06:07 PM | Show all posts
Btw, ceritalah sikit mcm mana keadaan fire dalam microgravity wey, aku rasa kalau google po ...
faralouise Post at 23-2-2012 13:38



nnti mlm kalu rajin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.066952 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list