CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10022|Reply: 94

Along RL Botakkan Kepala Kerana Ramalan "Feng Shui" & Misi RM13 ju

[Copy link]
Post time 22-2-2012 03:38 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by RatuDunia94 at 22-2-2012 09:53

            


Meskipun sayangkan rambutnya yang sudah dibiarkan panjang selama hampir dua tahun, namun pelawak, Along Raja Lawak atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, akui terpaksa bersedia untuk membotakan kepalanya demi menunaikan janji yang telah termeterai.


Mahu atau tidak, Along Raja Lawak berkata sebelum ini dia pernah berjanji kepada Penasihat Kesihatan Metrowealth (MIG) yang mahu dikenali dengan Master Eng untuk membotakkan kepala jika kutipan filem Adnan Sempit 2 yang dibintanginya itu mencecah RM13 Juta.


Bagaimanapun, Along Raja Lawak akui berasa sedikit gementar dan cuak jika benar kepalanya akan dibotakkan.


" Pada mulanya, perbualan kami bukanlah serius sangat kerana kami hanya berbual kosong sahaja. Master Eng ada meramalkan bahawa dia yakin bahawa Adnan Sempit 2 boleh mencecah kutipan RM13 Juta.


"Kemudian dalam nada gurauan saya pula dengan celuparnya dan tanpa berfikir panjang terus berkata akan membotakkan kepala jika ramalannya itu tepat. "Tiba-tiba Master Eng telah mengambil perkara itu serius dan memegang janji saya


"Namun selepas difikir balik, saya akui mulai cuak kerana biarpun dia hanya seorang penasihat kesihatan, tetapi apa jua ramalannnya terhadap kutipan filem MIG sebelum ini boleh dikatakan hampir tepat.


"Mahu atau tidak saya kena lah terima padahnya nanti," katanya yang ditemui dalam tayangan preview filem Adnan Sempit 2 bersama pengguna Shurah baru-baru ini.


Selain Along Raja Lawak, Adnan Sempit 2 yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini juga turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Angah Raja Lawak.


Apa yang pasti, jika ramalan Master Eng itu tepat, upacara membotakkan kepala tersebut akan disaksikan oleh seluruh warga kerja Adnan Sempit 2 dan MIG.


Pertama kali menyaksikan sambutan penonton terhadap filem itu ketika majlis prebiu bersama pengguna Shurah, Along akui dia kini sudah mula rasakan ramalan berkenaan dijangka tepat.


"Terus-terang, saya sudah mula mengambil serius tentang ramalan dan perjanjian saya itu.


"Mana taknya, selepas kali pertama melihat reaksi penonton dalam tayangan preview ini saya terkejut dengan sambutan baik mereka yang boleh dikatakan tidak berhenti ketawa dari mula hingga akhir filem.


"Tambahan pula, selepas habis tayangan, Master yang turut hadir menonton telah berjumpa dengan saya dan memberi peringatan tentang kata yang saya janjikan.


"Saya akui, kini sudah mula yakin dengan ramalannya," katanya lagi yang sudah mula menjalani penggambaran Wawa Semput.


Credit : Murai.com



Rasanya xde lg kot berita ni.. KOMPIDEM KAN DIORANG BLEH DPT RM13 jota!

P/s : Niat Bernazar krn Allah tu seelok2nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 05:52 AM | Show all posts
Percaya sangatlah ramalan... apa nak jadi..!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 06:22 AM | Show all posts
berangan gakkk cite ni nak lawan kl gangster..gud luck..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 07:24 AM | Show all posts
what ever...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 07:28 AM | Show all posts
ade kew orang2 hig class dengan pertengahan nak tengok citer sampah macam ni? gelak2 patu keluar panggung dah lupa ape yang digelakkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 07:33 AM | Show all posts
huhuh tggu kuar kt astro ataupn tgk online je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2012 07:47 AM | Show all posts
[quote]Percaya sangatlah ramalan... apa nak jadi..!
sup_ekor Post at 22-2-2012 05:52 [/quote

Ko percayakan HARI KIAMAT sudahlah...Itu pasti..Ni kenyataan semacam....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 07:50 AM | Show all posts
Best ke cite denan semput ni? Aku tgk yg 1st tu mcm x silonoks jah, silonoks lg kl drift kl gangster yg terboek tu dr cite denan semput ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 07:52 AM | Show all posts
Cina kalau guna nama Master2 ni biasnya orang feng shui....weh along, ko percaya feng shui ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 07:55 AM | Show all posts
aku mcm kurang yakin filem ni mampu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:09 AM | Show all posts
Berangan je lebih, aku tak rasa pilem nehh akan pecah panggung
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:12 AM | Show all posts
awal sangat dia keluarkn kenyataan mampu sampai 13 jota..kang tak sampai, dia nk botakkn kepala sapa plak...{:4_188:}
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:15 AM | Show all posts
alolo takat botak kepala...x luak pon...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:16 AM | Show all posts
dia ingat drrozmey ke ramal pecah panggung?
paling tinggi kutipan box office filem mesia ni rasanya memang tak cecah ke 10 kot..
paling koman 6juta kot rasanya...

percaya sgt ramalan tu, nanti jatuh pada syirik baru tahu..
plak tu wat nazar lagik
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:17 AM | Show all posts
Cakap-cakap promosi je nih... dia botak kepala ke, tak botak kepala ke... bukan masalah besar pun. Janji ada benda nak di war-warkan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:19 AM | Show all posts
ape-ape je lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 08:20 AM | Show all posts
emmm statement....tak educated langsung...sesaja jer lah tu publisiti sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:23 AM | Show all posts
along nazar dgn dewa cina ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:32 AM | Show all posts
selamat membotakkan rambut.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:34 AM | Show all posts
publisiti murahan..pecaye la sgt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.075204 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list