CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

Pancing undi menerusi peraduan

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Awi Rafael anggap Hazama pencabar utama dalam ABPBH2011\rPELBAGAI pendekatan digunakan calon Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-25 bagi menarik perhatian peminat mengundi diri mereka. Penyanyi, Awi Rafael, umpamanya menganjurkan peraduan bagi menggalakkan orang ramai memangkah namanya.\r\n\n\n\n\rSelain menggunakan muzik bagi mempromosikan diri menerusi stesen radio dan televisyen, peminat bertuah yang mengundi dirinya di laman sosial Facebook Awie Rafael Music bukan saja dapat keluar makan malam bersamanya, tetapi turut berpeluang melintasi permaidani merah bersamanya pada malam kemuncak nanti. \r\r\n\n\n\n\nBerasakan cara terbabit bukan bersifat rasuah, sebaliknya untuk meraih undian daripada peminat, Awi yang pertama kali dicalonkan pada anugerah berprestij itu dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular menganggap setiap calon mempunyai caranya tersendiri dalam memancing undi. \r“Awi bersyukur sangat kerana baru setahun dalam industri tetapi sudah mampu berada pada tahap ini. Jadi, bagi membalas jasa peminat yang banyak mengundi Awi di FB, tak salah kalau penghargaan seperti ini diberikan kepada mereka. \r“Caranya mudah saja, peminat cuma perlu menekan butang Like pada fan page Awi, kemudian undi. Selain atas talian, undian secara manual melalui akhbar Berita Harian juga turut dilakukan oleh kelab peminat Awi,” katanya ketika ditemui memperagakan pakaian Lord’s Tailor di butik jenama terkenal itu, baru-baru ini.  \rBerasakan Hazama ialah saingan terdekatnya dalam kategori itu, Awi meletakkan sepenuh harapan kepada peminatnya dengan menganggap kejayaan sebagai bonus untuk dirinya lebih dikenali. \r\n\n\n\rNamun, bukan kemenangan yang ditagih. Sebaliknya kepercayaan dan penghormatan daripada peminat sudah cukup membuatkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta ini rasa dihargai. \rBercerita mengenai kariernya pula, Awi memberitahu, single terbarunya yang berjudul Bukankah Aku kini digunakan sebagai lagu tema drama Pelangi Kasih. \rSelain itu dia turut menghasilkan lagu untuk Hazama, berjudul Hanya Lelaki Ini. Lagu itu akan dikeluarkan bulan depan. \r“Kedua-dua lagu berentak balada ini sudah lama Awi hasilkan, tetapi ia disimpan. Malah Awi juga buat julung kali akan mengarahkan sendiri video muzik Bukankah Aku,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.382169 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list