|
SINGAPURA: Sebuah laman web politik memohon maaf semalam kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, selepas menyiarkan tulisan menuduh nepotisme berlaku berhubung pelantikan isteri pemimpin itu sebagai ketua firma pelaburan yang berkaitan kerajaan.\rLaman Temasek Review Emeritus yang terkenal dengan sikap menyiarkan artikel menentang kerajaan, mengakui hujah artikel itu tidak berasas.\r\n\n\n\n\r Ahad lalu, peguam Hsien Loong menulis kepada pengarang laman web politik terbabit bagi menuntut mereka memohon maaf dan menarik balik artikel yang diterbitkan pada 16 Februari lalu itu.\r\r\n\n\n\n\n “Kami memohon maaf secara terus terang kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong atas kesusahan dan perasaan malu akibat tuduhan ini,” kata Richard Wan, seorang daripada pengarang laman web dalam satu tulisan online semalam.\r“Kami mengakui bahawa tuduhan itu salah dan secara jelas tanpa asas. Kami mengeluarkan artikel dan ulasan sebagai maklum balas terhadap artikel itu dan tidak akan membuat tuduhan lanjut terhadap kenyataan sama.”\rWan juga mengakui maklumat yang terkandung dalam surat peguam yang menunjukkan Lee tidak terbabit dalam proses membuat keputusan melantik isterinya, Ho Ching sebagai ketua eksekutif firma pelaburan kerajaan, Temasek Holdings.\rDalam suratnya, peguam Lee, Davinder Singh berkata ‘sudah diketahui umum bahawa pelantikan Ho pada Januari 2004 dibuat berdasarkan kelayakan dan menerusi proses wajar.’\r\n\n\n\rTemasek Holdings adalah satu daripada dua firma pelaburan republik ini dan mempunyai portfolio bernilai S$193 bilion (RM462.09 bilion) untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2011. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|