CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3570|Reply: 13

[Edisi Sains Am] Lif Ke Angkasa

[Copy link]
Post time 23-2-2012 07:06 PM | Show all posts |Read mode

TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP





idea menarik...tp xkn tercapai la
Last edited by midory on 4-4-2013 08:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2012 07:06 PM | Show all posts
ops lupa...sumber dr kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 06:54 PM | Show all posts
berat benda kt angkasa kan ringan,sekali tarik kabel tu abis terpelanting terminal lift tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 01:24 PM | Show all posts
siap pintu ke marikh tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 03:24 PM | Show all posts
takkan tercapai... nak2 da makin tak seimbang isi bumi ni,.hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 02:18 PM | Show all posts
good luck to you
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2012 09:28 PM | Show all posts
camne la plak ngan faktor untuk eksiden ngan bahan terbuang kat langit macam sisa satelit, sampah iss, tak campur ngan semula jadi lagi macam komet asteroid sume tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:05 PM | Show all posts
dokumentari pasal idea lif ni dah pernah keluar kat tv jepun dalam sebulan dua ni..
tp tak sangka plak jauh camtu sekali dia nak buat..
(nih kes tak paham bahasa jepun laaa.. paham tgk gambo je)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 01:56 AM | Show all posts
wah info menarik....xmustahil la kn....1 hari nnt...mne kte tau
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 10:33 AM | Show all posts
BUKAN KER BUMI BEREDAR PADA PAKSI NYER SENDIRI DAH BULAN BEREDAR MENGELILINGI BUMI...BLEH KER LIF TU STAY KAT SATU TEMPATTT JER
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 10:49 AM | Show all posts
banyak risiko..baik siapkan diri sebelum ke alam barzakh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 02:41 PM | Show all posts
Info yang menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:34 PM | Show all posts
BUKAN KER BUMI BEREDAR PADA PAKSI NYER SENDIRI DAH BULAN BEREDAR MENGELILINGI BUMI...BLEH KER LIF TU ...
esham85 Post at 5-3-2012 10:33



    aku setuju tang ni.. jepun ni teknologi canggih... tapi kekadang da macam budak-2 yg imaginasi tggi...camner nak tepat pada stesen apa tu semua..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 01:01 PM | Show all posts
mcm2 jepun ni..........dulu nk buat bandar dlm piramid kt tokyo..........skrg nk buat ni plak........tp,bandar dlm piramid tu secara teorinyee logik n bulih dibina.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.071774 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list