CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Dengan sekali lafaz

[Copy link]
Post time 24-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Yusry terasa kembali remaja bercinta dengan LisaLEBIH setahun menyulam cinta, pasangan selebriti popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 39, selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya, malam tadi.\n\n\n\nLisa sah bergelar isteri kepada pelakon, pengarah dan penyanyi itu hanya dengan sekali lafaz.\n\n\n\n\n\nAktres berkenaan dinikahkan oleh abang sulungnya sendiri, Mohamed Azan, dengan disaksikan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa, kira-kira jam 9 malam.Mengenakan persalinan serba putih rekaan Cosry, pelakon Lagenda Budak Setan itu menerima mas kahwin berupa rantai platinum berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.Antara hantaran daripada Lisa termasuk kelengkapan sembahyang, kek, manisan, keyboard dan koleksi lagu Beatles, manakala pengantin lelaki pula, selain rantai berkenaan, turut membalasnya dengan kelengkapan solat, cincin dan manisan.Hadir menyaksikan majlis pernikahan mereka ialah keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa pengantin, Siti Amira Ahmad, Abdul Halim dan Zarina Fenner.\n\n\nMajlis bertemakan taman pada musim sejuk itu dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu termasuk produser David Teo dan isterinya, Jane Lim.Pasangan yang bakal berbulan madu di Eropah, bermula dengan Switzerland, Mac ini, akan mengadakan majlis persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.Dijangka acara resepsi berkenaan membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak dengan anggaran kehadiran kira-kira 2,000 tetamu.Yusry yang mengenakan baju Melayu daripada Taufik Tailor ketika ditemui selepas majlis berkenaan mengakui, dia sudah lama tidak berasakan cinta sehinggalah bertemu Lisa.“Dia membuatkan saya berasa seperti seorang remaja yang baru bercinta. Saya juga dapat berasakan, Lisa wanita yang cukup istimewa sejak mula-mula kami berkenalan,\" katanya yang bersyukur apabila semuanya berakhir dengan sempurna.Manakala Lisa yang dilihat tenang sepanjang majlis berlangsung berkata, sejak awal lagi dia dapat berasakan lelaki itulah yang terbaik buatnya.“Semakin mengenalinya, perasaan sayang saya kepadanya semakin kuat. Itulah yang membuatkan saya berani membawa perhubungan ini ke tahap lebih jauh.“Yusry juga menjadikan saya insan yang lebih baik,\" kata Lisa yang menginginkan empat cahaya mata.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.202592 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list