CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

PEDA bincang kaedah penjualan kereta lebih murah

[Copy link]
Post time 27-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Pengedar-Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) merancang untuk mengusahakan semakan eksais dan cukai atau membincangkan kaedah lain bagi penjualan kereta yang lebih murah supaya lebih ramai mampu memiliki kereta, manakala mereka yang mampu pula tidak dibebankan dengan pinjaman yang tinggi.\rPersatuan itu merancang menemui pihak dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kewangan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menangani penyusutan kelulusan pinjaman dan jualan kereta yang, katanya, berlaku ekoran pelaksanaan garis panduan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Januari.\r\n\n\n\n\r  Satu sesi dialog diadakan Jumaat lalu antara Bank Negara Malaysia dan pegawai kanan Proton, Perodua, Persatuan Automotif Malaysia, PEDA, DRB-HICOM dan Persatuan Penjual Kereta Perodua untuk menangani masalah kelembapan jualan sektor automotif.\r\r\n\n\n\n\n  PEDA dalam satu kenyataannya berkata, Bank Negara percaya isu itu timbul disebabkan pelaksanaan garis panduan itu oleh bank.\rIa juga menegaskan beberapa isu dan resolusi yang dikemukakan pada dialog itu.\rSatu resolusi meminta bank mengeluarkan satu garis panduan seragam untuk mendidik orang ramai tentang kriteria kelulusan seragam dan syarat dokumentasi seragam bagi pemprosesan pinjaman kenderaan.\rPEDA juga berkata, meskipun ia bersetuju dengan objektif dan hasrat Garis Panduan itu yang menggalakkan pemberian pinjaman berdasarkan kemampuan, namun, katanya kriteria kemampuan diberikan tafsiran yang keterlaluan oleh bank.\r\n\n\n\rKatanya, dengan kereta yang lebih murah melalui eksais dan cukai yang lebih rendah atau cara lain, lebih ramai rakyat Malaysia mampu membeli kereta tanpa menjejaskan ekosistem automotif, sekali gus mengekalkan pertumbuhan industri di samping mengurangkan hutang isi rumah.\rPersatuan itu berkata, industri automotif menyumbang dengan banyaknya kepada pendapatan negara melalui duti eksais dan cukai, kerana hampir 90 peratus daripada keseluruhan pengeluaran industri negara adalah bagi pasaran domestik.\r“Penyusutan besar jualan kereta kami akan juga menjejaskan peluang pekerjaan secara keseluruhan,” katanya.\rMeskipun kadar kelulusan kekal stabil pada 54 peratus bagi pembiayaan kenderaan pada Januari, persatuan itu berkata sebilangan besar permohonan pinjaman langsung tidak diterima untuk diproses yang menyebabkan kelulusan susut kepada kadar yang mencemaskan sebanyak hanya 30 peratus.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056936 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list