CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

CIMB catat untung bersih RM4.031b

[Copy link]
Post time 28-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan rekod keuntungan bersih tertingginya berjumlah RM4.031 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, meningkat 15.1 peratus berbanding RM3.501 bilion yang dicatatkannya pada tahun sebelumnya.Keuntungan bersih yang dicatatkan kumpulan perbankan tempatan kedua terbesar itu adalah bersamaan pendapatan sesaham (EPS) bersih 54.2 sen serta pulangan ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 16.4 peratus.\n\n\n\n  Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Nazir Razak, berkata berikutan prestasi cemerlang itu kumpulan berkenaan mengumumkan dividen kedua 10 sen sesaham membabitkan pembayaran bersih RM743 juta, menjadikan jumlah yang dibayarnya sepanjang tahun kewangan dikaji sebanyak RM1.635 bilion atau 22 sen sesaham.\n\n\n\n\n  Kadar itu, katanya mewakili 40.6 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan itu.Walaupun pertumbuhan pendapatan kami merosot tahun lalu, namun kami berjaya menguruskan kos dengan baik dan merendahkan caj kredit, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan kumpulan perbankan itu di Kuala Lumpur, semalam.Dalam tahun kewangan itu, pendapatan kumpulan perbankan itu merosot sedikit kepada RM12.122 bilion daripada RM11.878 bilion tahun sebelumnya.Berdasarkan prestasi sukuan, CIMB Group mencatat untung bersih RM1.133 bilion pada suku kewangan keempat berakhir 31 Disember 2011, meningkat 12 peratus berbanding suku sebelumnya, dan 29.8 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya yang berjumlah RM873 juta.\n\n\nNazir berkata, keuntungan sebelum cukai segmen perbankan pelanggan CIMB Group meningkat 86.1 peratus kepada RM1.327 bilion yang didorong pertumbuhan 24 peratus dalam deposit peruncitan.Beliau berkata, keuntungan sebelum cukai CIMB Niaga di Indonesia menokok 24.6 peratus kepada 4,392 bilion rupiah, tetapi sumbangannya kepada kumpulan adalah 2.7 peratus lebih rendah kepada RM1.530 bilion disebabkan ketiadaan pendapatan daripada pelupusan bon Lippo bank yang berlaku pada 2010.Di Thailand, sumbangan keuntungan sebelum cukai CIMB Thai mengukuh 134 peratus kepada RM110 juta, manakala keuntungan sebelum cukai perniagaan pengurusan aset dan insurans mengukuh 5.7 peratus kepada RM92 juta, katanya.Beliau berkata, CIMB Niaga ialah penyumbang terbesar kepada keuntungan sebelum cukai CIMB Group dalam tahun kewangan dikaji, iaitu 29 peratus.Bagaimanapun, katanya sumbangan keuntungan sebelum cukai operasi di luar Malaysia secara keseluruhannya susut kepada 38 peratus berbanding 48 peratus tahun sebelumnya disebabkan faktor pelupusan bon Lippo Bank pada 2010.Bagi tahun ini, Nazir berkata pihaknya percaya perubahan dalam model dan proses perniagaan kumpulan itu baru-baru ini membolehkannya menjadi lebih kompetitif.Beliau menjangka kebanyakan janji niaga tertangguh dan terbantut tahun lalu, akan dapat diteruskan tahun ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055888 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list