CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sintalo

Stesen Keretapi di Teluk Intan yang kian Dilupai

[Copy link]
Post time 1-3-2012 10:50 PM | Show all posts
Port Weld eku ingat lah, tai tak sangka banyak laluan dan stesen keretapi di kawasan teluk intan dilupakan..... Patut kerajaan tempatan kena selia atau jadikan sebagai tempat menarik yang lain (pandangan saya sahaja).

Kredit tambahan  patutdiberi pada TT ni. Info yang ramai orang amat dahagakan dan patut ketahui. Tahniah pada T.T.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 08:51 AM | Show all posts
gud info broo....!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 11:57 AM | Show all posts
banyak tempat & stesen lama (KTMB) sudah lama x pakai cam bukit berapit (perak) pinang tunggal (kedah)
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:33 PM | Show all posts
Thank you for the info TT. Sebagai orang TI dan pernah bermain-main di stesen k-api tu, sy bangga to be part of history.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 02:20 PM | Show all posts
masa utk berubah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:59 PM | Show all posts
sayangnya...tempat bersejarah di biarkan sedih mcm tu je...papan tanda puteh tu sah sah dah berdiri kat situ for more than hundred year..takde org nak baik pulih..kalau masuk rancangan american pickers mesti dia org dah baik pulih and jual mahal mahal tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2012 09:45 AM | Show all posts
Waf Teluk Anson tu apa yang ada lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 09:51 AM | Show all posts
kisah gajah langgar keretapi tu femes kan...

masa aku kecik dulu pun ada baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2012 12:51 AM | Show all posts
dulu masa aku praktikuml.. ulang alik naik ketapi dari tg malim ke tapah road..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 02:28 PM | Show all posts
Catatan Orang Lama..

The Train Boys: Dulu disekitar tahun 60an hingga akhir tahun 70an,kebanyakan murid2 sekolah di daerah Sungai Manik dan Labu Kubong waktu itu bersekolah menengah di Telok Anson(Telok Intan) tidak saperti sekarang ada sekolah menengah di Langkap,Cenderong Balai dan Sungai Lampam.Di Telok Anson sekolah menengah banyak ,yang elite waktu itu ialah,Sek.Menengah Sultan Abdul Aziz,Anglo Chinese School,Horley Methodist dan Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sri Perak.Waktu itu perhubungan susah,jalanraya tiada,bus tiada,motosikal pun tiada jadi kebanyakannya murid ini pergi ke sekolah di Telok Anson naik keretapi.Keretapi ini bermula dari Tapah Road,singgah di stesen Degong ambil murid2 dari sekitar kampong Degong dan Langkap,kemudian singgah di stesen Cikus untuk murid2 dari kampong di Cikus dan Sungai Lampam.Stesen seterusnya Sungai Tukang Sidin bagi mengambil murid2 dikampong tersebut termasuk dari Sungi Manik yang agak jauh di pendalaman,selepas itu keretapi ini berhenti di stesen Permatang Halt untuk mengambil murid dari kampong berdekatan.Stesen terakhir ialah Sungai Kerawai,bilangan muridnya tidak ramai kerana sudah dekat dengan Telok Anson,jadi kebanyakan mereka naik basikal ke Telok Anson.Jam 7.00 sampai di Telok Anson,yang bersekolah di Sekolah Sultan Abdul Aziz akan meneruskan perjalanannya ke perhentian terakhir keretapi ini iaitu stesen Telok Anson Wharp.Selain dari murid2 sekolah menengah terdapat juga beberapa orang murid yang bersekolah rendah di Telok Anson,iaitu bersekolah Inggeris maklumlah dikampong mana ada sekolah Inggeris.Seingat saya dalam tiga orang saja lebih kurang.
Keretapi pagi ini bolih dikatakan dipenuhi dengan murid2 sekolah sahaja,hampir 60 orang,keratapi ini tiga gerabak sahaja dengan enjin wap dengan kuasa arang batu,bunyinya bising dan asapnya berkepul keluar dari corongnya.Faham saja lah kami ini semuanya remaja,jadi macam2 perangai ada,bila dah ramai tu, guard(pegawai yg.bertugas dlm keretapi)pun tak terbuat apa.Ada yang pas tiket bulanannya sudah mati,apabila guard datang buat pemereksaan,masing2 lari menyorok dalam bilik air,ada yang berdiri di pintu keratapi yang duduk atas tangga pun ada,tak tahu takut padahal keratapi berjalan laju,waktu tak itu siapa pun fikirkan perbuatan itu merbahaya.Olih kerana sudah kenal biasa,apabila kena tangkap maka pandai juga kami "kautim" bayar lah sikit pada guard tu.Hubung antara kami ini sungguh erat,dalam pergaulan juga dalam pelajaran.Dalam waktu menuggu keratapi tiba hatta didalam keratapi pun kami berbincang tentang pelajaran,kerja rumah guru beri dsbnya tiada yang kedekut.Tapi yang tak kesah langsong pun ada,dia kami panggil "hero keretapi".Guru2 sekolah pun tahu kumpulan yang naik keratapi ini,mereka panggil kami"the train boys",kerana kerap geng keratapi ini lah yang lewat sampai kesekolah,guru displin telah beri keistemewaan ,pehak pengawas sekolah tidak perlu ambil tindakan keatas kami dia tahu kelewatan tersebut adalah masaalah keretapi.Yang hebatnya "the train boys" ini dibenarkan balik 15 minit awal dari waktu tamat sekolah,ini kerana untuk membolihkan kami balik menaiki keratapi jam 1.30,kalau terlepas bermakna kenalah naik keretapi berikutnya jam 4.30 ptg.Bayangkan berapa jam tersadai distesen keretapi,dengan perut laparnya dan tak dapat rehat.Jam 6.00 baru sampai rumah.
Geng yang gelar "the train boys"ini terdiri dari murid lelaki dan perempuan jadi biasalah budak2 remaja maka dalam diam2 ini mereka ini rupanya ada yang main cinta .Adalah seorang dua budak perempuan ini yang cantik dan galak serta ramah inilah yang jadi rebutan yang lain ada juga tapi muka serious saja takut lah pulak mendekatinya.Yang seorang dua ini lah yang jadi tumpuan ,yang banyak budak2 jadi angau dibuatnya macam cerita Labu Labi.Kalau di imbau semula macam2 gelagat ada untuk menarik perhatian mereka.Sehingga bermasam muka,sampai tamat sekolah dua orang budak ini tidak bertegur sapa.Tak tahu lah kerana selepas tingkatan 5 ,tamat sekolah menengah masing membawa diri.
Sekarang ini geng ini umor pun ada yang dekat 60 tahun,perkhidmatan keratapi laluan Tapah Road ke Telok Anson pun dah lama di hentikan,stesen keretapi pun dah tiada,kadang bila pergi ke Telok Anson naik kereta nampak lah gertak Sg.Bidor dan gate keretapi berhampiran dengan stesen keretapi Telok Anson yang tidak diusik,kononnya sebagai kenangan.Semua ini tinggal nostalgia saja,sejarah yang tidak bolih dimainkan semula...


ini kepala keretapi yang awal sekitar tahun 1960




yang ini bermula sekitar tahun 1965, dipanggil keretapi mail


Kerdit : http://halim-muaro.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:40 PM | Show all posts


papan tanda ni ada lg tak.saja suka tgk gambar dulu vs gambar sekarang..nk compare...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply 30# sintalo


    nostalgia.terasa sayu teringat kenangan  silam naik ketapi dari STS ke Ti untuk keSMK Jalan Changkat Jong. Sekolah petang, jika ketapi rosak pukul 10 malam baru sampai rumah. besoknya pukul 9.00 pagi dah kluar dari rumah untuk ke sekolah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 07:41 PM | Show all posts
papan tanda ni ada lg tak.saja suka tgk gambar dulu vs gambar sekarang..nk compare...
Ben_Husseen Post at 26-3-2012 22:40


Petikan dari Blog http://jalilsalleh.blogspot.com

2.0 Kisah Gerotak Lama: kepada yang tak tau gerotak tu apa, maksud gerotak adalah kata ganti nama bagi jambatan besi yang didirikan sebagai laluan keretapi yang digunakan pada masa lalu dan kini, tetapi utk pengetahuan korang semua jambatan keretapi kat Teluk Intan ni dah lama terkorban dimamah usia yang tinggal sekarang hanyalah peninggalan kesan-kesannya.. ini cerita zaman aku sekolah gak, masa tu keretapi Tapah - teluk Intan masih berfungsi lagi, tujuannya adalah nak bawa barang pertanian dan orang ke kawasan pelabuhan, zaman dulu2 teluk intan adalah mempunyai sistem pelabuhan terkemuka yang setanding dengan pelabuhan klang kini huhu..so masa tu setiap kali keretapi lalu kawasan kampung aku dia akan bunyikan wisel dia tu, bising betul kalau bernasib tak baik sikit masa tu aku yang bawak adik aku naik basikal ke sekolah akan berselisih ngan keretapi tu masa kat atas gerotak tu. so ada sedikit debaran masa tu pasal merujuk kepada gambar kat atas keretapi akan lalu kat kawasan bertar dlm gambar tu manakala kami pengguna basikal akan menumpang kasih melintas sungai bidor untuk ke Teluk Intan guna jalan seluas 3kaki je agaknya sebelah betul2 laluan keretapi tu, masa tu terasa bergegornya..semua halt dam beku kat tgh2 jambatan huhuhu...kalau berselisih basikal basikal kat atas jambatan kayu tu mcm handle bersapa handle je, dah la masa tu jambatannya berlubang2 ingat2 balik memang rasa macam dulu aku sgt terer bawak basikal ikut situ, skang ni jambatan laluan aku tu dah semak samun dah, agaknya kalau suruh buat lagi dah tak berani dah gamaknya..tapi skang laluan keretapi tu pun dah convert jadi laluan utk motosikal. tapi bila aku lepak2 makan kat kedai cik kiah yang distorykan di atas aku rasa macam ramai je rupanya anak teluk intan yang derhaka lite2 lama tak balik kg, sebab rasanya dah berbelas tahun dah kereta tak dibenarkan lalu jambatan tu lagi. sekarang laluan basikal/pejalan kaki tu dah jadi tempat menjoran udang galah.

p/s: ingat dlm satu program raya biografi Jamal Abdillah ada feature jambatan ni.





[size=130%]3.0 Iktibar dari Gajah Putih nan Suci: kesinambungan kisah gerotak lama ini ada satu insiden berkaitan perkhidmatan keretapi Tapah- Teluk Intan yang semakin dilupakan dimamah zaman, the event happen before the time begin kata omputihnya, kisah tahun 1894, kisah pengorbanan suci gajah untuk anaknya. lagenda gajah putih ni dulu rasanya amat terkenal kat teluk intan ni, lagenda yang menunjukkan sedangkan binatang kasihkan anak yang sepatutnya digahkan untuk dijadikan iktibar ibu ibu dan bapa bapa zaman sekarang. ermmm diceritakan bahawa ada seekor gajah putih yang besar dan gagah telah terkorban dalam mempertahankan anaknya daripada dilanggar oleh keretapi enjin wap masa tu menyebabkan keretapi tu tergelincir/ terbalik. utk mengenangkan perkara tersebut telah didirikan satu papan tanda yang dulunya senang nak ditemui tetapi kini dah tersemunyi kat celah2 pokok pisang n kebun orang. so kena pandai cari iskit la kalau nak cari landmark ni.





Kredit : http://jalilsalleh.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 08:34 PM | Show all posts
Reply 33# sintalo


    trimakaseh sintalo.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:00 PM | Show all posts
info yg amat2 menarik..sebagai anak jati t.intan,baru sy tahu fakta2 yg sebenar..selama ini dgr dari cerita org2 tua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 02:13 PM | Show all posts
Permandangan dari laluan Jabatan Besi dan kesan laluan yang boleh dilihat sehingga kini



Gambar Depoh                 Telok Intan Wharf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2012 11:54 AM | Show all posts
Dekat benor dgn ghomah aku geghotak besi ni. Kenangan zaman sek men naik beskal dgn kawan nak gi sek. Time train lalu, nampak je dari ghomah. Sign board gajah mati tu ade lagi kat area antara Sg Kerawai dgn Taman Melor tu. Boleh nampak dari jambatan melengkung tu, cuma dah kena tutup dek daun2 pokok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 12:53 PM | Show all posts
Dekat benor dgn ghomah aku geghotak besi ni. Kenangan zaman sek men naik beskal dgn kawan nak gi sek ...
apan Post at 30-3-2012 11:54


Kalau ada gambor terkini Signboard tu meh ler buboh sini yeop.. heehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 08:57 PM | Show all posts
Kalau ada gambor terkini Signboard tu meh ler buboh sini yeop.. heehehe
sintalo Post at 30-3-2012 12:53

Ate teman ni udah duduk Kolumpo, sekali-sekala je balik kampung. Rasanya tempat tu pun bersemak, mau ulor beranak-renek kat situ. Yg teman tau, deret ghomah teres Taman Melor ngadap rel ketapi tu ramai bangsa India duduk. Kan dema punye tuhan banyak nyeghopekan haiwan....salah satunya gajah. Kira tempat suci dema le tu. Ni pun teman tau pasei mak yang kabo....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 11:14 AM | Show all posts
nice thread ni..
byk pic dekat2 area umah aku je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 4.309943 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list