CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tudung_bawal

**Kuiz ATW V10** kerja rumah di muka surat 97>.<

   Close [Copy link]
Post time 22-4-2012 08:49 PM | Show all posts
20. lavender_aqua ~ Apakah yang dimaksud dengan undi rosak?
moyas Post at 22-4-2012 09:53


Undi rosak bermaksud kertas undi yang disalah tanda. Antara kesalahan tersebut ialah:
1. tidak dipangkah
2. pangkah semua parti
3. koyak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2012 10:18 PM | Show all posts
Undi rosak bermaksud kertas undi yang disalah tanda. Antara kesalahan tersebut ialah:
1. tidak  ...
lavender_aqua Post at 22-4-2012 20:49

perfect
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 10:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 23-4-2012 14:22

Reply 1992# moyas

6.Zadzamusa ~ Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi?

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a)  seorang warganegara Malaysia;
(b)  telah mencapai umur 21 tahun;
(c)  bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d)  tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

    Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
i)   pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
ii)   sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
iii)   telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
iv)   telah memperoleh kerakyatan asing.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 11:13 PM | Show all posts
i - bagi gula2... - bagi imbuhan atau voucher beli belah/buku2 ilmiah utk mereka yang masih  ...
sfhzuraz Post at 22-4-2012 17:39



   sama-sama kaka zura
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 08:30 AM | Show all posts
Assalamualaikum wr wb dan selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 09:03 AM | Show all posts
KERJA RUMAH DI HUJUNG MINGGU

Arahan:-

1. Sila buat 20 soalan bertemakan PILIHANRAYA UMUM untuk ditujukan kepada mana-mana pelajar
di dalam kelas ini ataupun kelas yang lain.

2. Tidak boleh melebihi 2 soalan ditujukan kepada seorang pelajar.

Untuk TB



~ Bilakah pilihanraya pertama diadakan?

untuk cik Surie



~ Pada pilihanraya ke berapakah Terengganu jatuh ke tangan pembangkang?


untuk zadzamusa


~ Apakah tujuan parti-parti politik bertanding dalam pilihanraya umum?


untuk Lavender Aqua


~ Apakah elemen-elemen penting dalam suatu Pilihanraya umum?


untuk moy aka moyas


~ Apakah yang menyebabkan pemilih hilang kelayakan memilih?


untuk phat aka budak graphic


~ Berapakah wang pertaruhan bagi kerusi Parlimen dan kerusi Negeri? Sila nyatakan.


untuk adalia


~ Siapakah yang mempunyai kuasa memerintah dan membuat keputusan pabila hari mengundi dan sebelum pembentukan Kerajaan diadakan?


untuk Rafflesia


~ Di manakah semakan daftar pemilih boleh dilakukan dan dimanakah pemilih boleh membuat pendaftaran untuk mengundi?


untuk mertua


~ Sila nyatakan tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan dan atau dibentuk?


untuk ain


~ Apakah fungsi Suruhanjaya Pilihanraya sebenarnya?


untuk ungu merah


~ Bilakah Sabah dan Sarawak mula-mula menyertai Pilihanraya umum Malaysia?


untuk Syaiful


~ pada tahun bila Kelantan jatuh pada parti pembangkang?


untuk am_i_ legend


~ apakah faktor utama kemerosotan undi yang berpihak kepada parti pemerintah pada pilihanraya umum tahun 1999?


untuk sfhzuraz


~ siapakah yang akan membubarkan parlimen?


untuk jazaa


~ Apa yang akan terjadi pabila Parlimen dibubarkan?


untuk carly lah


~ Apa akan terjadi sekiranya kerajaan atau parti pemerintah tidak memperoleh undi 2/3 secara majoriti?


untuk satu sembilan


~ kali pertama satu sembilan mengundi pada tahun bila?


untuk aikee


~ di manakah seorang pemilih akan mengundi sekiranya dia tinggal di Sabah namun alamat dalam kad pengenalan adalah di Sarawak?


untuk wwwannur


~ Bagaimana calon untuk pilihan raya akan hilang kelayakannya? Sila nyatakan


untuk cleef


~ Sila nyatakan Akta yang terpakai berhubung dengan Pilihanraya umum ini?


untuk yna-synee


~ Apa yang yna faham mengenai Hari penamaan calon?


untuk chit_ana


~ Berapakah umur kelayakan mengundi bagi seseorang pemilih?


untuk midory


~ Sila nyatakan bagaimana proses Pilihanraya umum ditetapkan.


untuk bulan purple


~ apakah perbezaan di antara Pilihanraya umum dan Pilihan raya kecil?

















3. Kemukakan soalan sebelum 23hb April (Isnin) 2012, Jam 12.00 tengahari.

4. Jawapan yang diterima selepas 24hb April 2012, Jam 2.30 petang tidak akan diterima.

Markah untuk  soalan  40 kredit.

Markah untuk setiap jawapan 5-20 kredit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2012 09:07 AM | Show all posts
16.fatehana
     Siapakah yang layak untuk bergelar pengundi?


jawapan ana untuk soklan dari zadzamusa


~ warganegara Malaysia
~berumur tidak kurang daripada 21 tahun
~ seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihanraya di Malaysia
~ tidak hilang kelayakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 09:09 AM | Show all posts
"29.budakgraphic

     Senaraikan 10 parti politik yang terdapat di Malaysia."

1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)2. Persatuan Cina Malaysia (MCA)
3. Kongres India Malaysia (MIC)
4. Parti Islam Se-Malaysia
5. Parti Keadilan Rakyat
6. Parti Bersatu Sabah
7. Parti Rakyat Malaysia
8. Parti Kebangsaan Sarawak
9. Parti Tindakan Demokratik
10. Parti Sosialis Malaysia


*10 tahun akan datang, BG pun akan buat 1 parti... iaitu PARTI BUIH... Sekian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 09:15 AM | Show all posts
soalan dari moyas

16.fatehana ~ Bilakah bermula dan berakhirnya kempen politik?


jawapan ana


Secara nyata kempen telah bermula pabila parti politik mula membuat jangkaan Pilihanraya umum akan diadakan namun kempen secara sah yang dianjurkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya pada kebiasaannya adalah sebanyak 10 hari bermula dari tarikh selepas penamaan calon sehingga jam 12 tengah malam sebelum Hari mengundi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 09:17 AM | Show all posts
KERJA RUMAH DI HUJUNG MINGGU
9.budakgraphic ~ Apakah yang dimaksudkan dengan undi protes?
moyas Post at 22-4-2012 09:53


Undi protes adalah undi yang dulunya diberi kepada kerajaan tetapi telah diserahkan kepada pihak lain disebabkan oleh rasa tidak puas hati, marah, ataupun kecewa. Tidak hadir semasa hari mengundi dan undi rosak juga boleh dikategorikan sebagai undi protes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 09:30 AM | Show all posts
Morning n assalammualaikum...

Thank you cegu anis sebab bagi tacang sekaligus... huahuahua!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 09:54 AM | Show all posts
1. tudungbawal ~ Apakah yang dimaksudkan dengan Pilihanraya?
Jawapan TB: Hasil bantuan pacit google


Pilihanraya sering dikaitkan dengan teori dan amalan demokrasi liberal di mana ianya merupakan salah satu saluran penglibatan politik. Pilihanraya boleh didefinasikan sebagai :

”proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang-undang.”

Dalam ertikata lain, pilihanraya ialah proses penglibatan rakyat dalam memilih wakil mereka untuk memegang mandat kuasa bagi membuat keputusan, membentuk dasar dan undang-undang mengikut kehendak masyarakat majoriti.  Pilihanraya juga dilaksanakan di berbagai peringkat iaitu di peringkat daerah, wilayah dan nasional.

Dalam pilihanraya di bawah sistem Parlimen seperti di Malaysia, ianya bertujuan untuk memilih kerajaan kabinet iaitu memilih ahli-ahli eksekutif atau ahli Parlimen di peringkat persekutuan dan ahli-ahli wakil rakyat di peringkat negeri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 09:54 AM | Show all posts
Reply 1992# moyas

3. carly_lah ~ Siapakah yang memantau pelihanraya dimalaysia?

jawapan Carly : tiada siapa yg memantau pelihanraya di Malaysia, tpa kalau memantau pilihanraya di Malaysia ialah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia atau lebih dikenali dgn nama SPRM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 09:56 AM | Show all posts
Reply 2007# fatehana


   Untuk TB


~ Bilakah pilihanraya pertama diadakan?



Jawapan TB: Juga hasil bantuan pacit Google


Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepaskemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di Semenanjung Malaysia.

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada:

yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:10 AM | Show all posts
Reply 2006# fatehana

untuk carly lah


~ Apa akan terjadi sekiranya kerajaan atau parti pemerintah tidak memperoleh undi 2/3 secara majoriti?

Jawapan Carly : akan terjadi pembubaran pemerintahan di mana untuk memerintah sesebuah negara 1 parti politik memerlukan undian 2/3 secara majority.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 10:44 AM | Show all posts
KERJA RUMAH DI HUJUNG MINGGU

Arahan:-

1. Sila buat 20 soalan bertemakan PILIHANRAYA UMUM untuk ditujukan kepada mana-mana pelajar
di dalam kelas ini ataupun kelas yang lain.

2. Tidak boleh melebihi 2 soalan ditujukan kepada seorang pelajar.

3. Kemukakan soalan sebelum 23hb April (Isnin) 2012, Jam 12.00 tengahari.

4. Jawapan yang diterima selepas 24hb April 2012, Jam 2.30 petang tidak akan diterima.

Markah untuk  soalan  40 kredit.

Markah untuk setiap jawapan 5-20 kredit.

Soalan buat teman-teman  tercinta



1. am_i_legend: Sekiranya anda adalah pengerusi SPRM Malaysia, apakah perkara-perkara yang akan anda lakukan bagi memastikan proses pilihanraya berjalan dengan adil dan saksama?


2. adalia: Siapakah wakil rakyat di kawasan anda dan adakah anda mengkagumi beliau?


3. carly_lah: Sudah berapa kalikah anda mengundi dan adakah undi anda berubah?


4.ungu_merah: Apakah yang paling anda nantikan apabila tiba pilihanraya?


5.ain0345: Pernahkah anda terlibat secara langsung dalam mana-mana pilihanraya?


6.moyas: Pada pendapat anda, wajarkah ahli politik menggunakan serangan peribadi untuk meraih undi?


7.bini_cantik: Adakah anda sanggup mengambil cuti semata-mata untuk balik kampung sempena pilihanraya?


8.aikee04: Pada pandangan anda, apakah perbezaan yang paling ketara pilihanraya dulu dan sekarang?


9.kiesh: Apabila pelajar dibenarkan berpolitik, adakah ianya mendatangkan kebaikan atau keburukan?


10.satusembilan: Kenapakah politik dan wang tak dapat dipisahkan bagaikan irama dan lagu?


11.syaiful: Apakah sumbangan terbesar kaum wanita dalam menjayakan sesebuah pilihanraya?


12.mrs_dee: Pilihanraya umum ke 13 amat dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia, adakah anda berkongsi rasa yang sama?


13.anggun_flora: Apakah insiden yang pernah terjadi di dalam sejarah pilihanraya yang sukar anda lupakan?


14. bulanpurple: Pernahkah anda turut sama berkempen untuk mana-mana parti ketika pilihanraya? Jika ya, adakah anda diberikan upah atau melakukannya secara sukarela?


15.mertua: Pernahkah anda dan pasangan bergaduh untuk pulang ke kampung masing-masing semasa pilihanraya?


16.fatehana: Pada pendapat anda, adakah undi anda mampu untuk mengubah masa depan negara? Sila huraikan secara ringkas.


17.zadzamusa: Siapakah tokoh politik yang paling lama bertahan dalam sejarah pilihanraya Malaysia dan pada pandangan anda apakah rahsia beliau sehingga mampu kekal untuk sekian lama?


18.rafflesia76: Bagaimanakah suasana di kawasan anda setiap kali tiba musim pilihanraya?


19.ciksurie: Apakah kayu pengukur anda untuk membuat pilihan ketika mengundi? Apakah ianya dipengaruhi oleh keluarga atau keadaan sekeliling?


20. lavender_aqua: Adakah anda bersetuju dengan Perhimpunan BERSIH dan adakah ianya mampu membaikpulih proses pilihanraya di negara kita?


21. jazaa: Apakah langkah-langkah yang boleh di ambil agar proses pilihanraya tidak dicemari dengan insiden-insiden yang memalukan bangsa dan negara?


22. cleef: Selain dari ceramah dan kempen dari rumah ke rumah, apakah inisiatif lain yang boleh dilakukan untuk meraih undi?


23. Yna_shynee: Sila senaraikan ahli politik yang telah keluar dari parti dan bergerak sebagai ahli bebas setelah menang dalam pilihanraya umum ke 12?


24. midory: Apakah persiapan yang anda lakukan untuk melengkapkan diri sebagai pengundi yang bijak?


25. chit_ana: Sila senarai ahli parlimen wanita yang menang dalam pilihanraya umum ke 12?




26.wwwanurrr:Bilakah kali terakhir anda terlibat dalam pilihanraya dan adakah calon pilihan anda menang?


27. sfhzuraz: Ramai berpendapat pengundi muda bakal mengubah fenomena politik negara kita. Adakah anda bersetuju dengan pandangan ini?


28. selerakampung: Sila senaraikan ahli parlimen yang berusia di bawah 50 tahun sewaktu memenangi kerusi masing-masing?



29.budakgraphic: Pelbagai cara telah dilakukan oleh ahli politik untuk memancing undi pengundi muda, antaranya dengan penganjuran konsert hiburan. Sila berikan pendapat anda berkaitan perihal ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 10:50 AM | Show all posts
As-Salam

perghh!! kerja rumah TB..

jawab dia am jawab soklan je lah..

ambo dop reti bab-bab pilihe rayo nih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:56 AM | Show all posts


Soalan zadzamusa :
17.am I legend

     Kenapakah SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line melalui Laman Web SPR ?

   JAWAPAN : SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line kerana melalui Sistem Pendaftaran Sepanjang Tahun(SPPST) yang dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih) 2002 menetapkan bahawa seseorang warganegara yang layak ingin mendaftar sebagai pemilih perlu hadir sendiri di kaunter pendaftaran SPR yang ditetapkan di seluruh negara. Jika pendaftaran diterima secara on-line, penipuan dan penyamaran pasti berlaku di mana ada orang yang akan memasukkan pendaftaran bagi pihak orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:02 AM | Show all posts
Soalan moyas :


17.am I legend ~ Apa yang dimaksudkan dengan sistem majoriti?


JAWAPAN : Sistem Majoriti
atau juga dikenali
majoriti mudah,
pemenang ambil semua,
pengundian plural
dan di
United Kingdom
dipanggil
sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat(first-past-the-post electoral system). Dalam
sains politik
, dikenali sebagai
Ahli Parlimen Satu Wakil
atau "Single-Member District Plurality" (SMDP). Sistem ini digunakan di
United Kingdom
dan kini diamalkan disebahagian besar bekas koloni British.

Terma "sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat" merujuk kepada analogi lumba kuda, di mana pemenangnya adalah yang pertama melepasi garisan penamat, manakala kuda-kuda lain secara automatik akan dianggap sebagai tewas ("pemenang mengambil semua").

KaedahSetiap pengundi diberikan daerah mengundi tertentu untuk memilih calon. Semua undian dikira dan calon yang menerima undi paling banyak akan diisythiharkan sebagai pemenang bagi kawasan pilihan raya tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:50 AM | Show all posts
untuk cik Surie

~ Pada pilihanraya ke berapakah Terengganu jatuh ke tangan pembangkang?


Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya ke 10, Terengganu jatuh di tangan pembangkang, iaitu PAS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.093029 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list