CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tudung_bawal

**Kuiz ATW V10** kerja rumah di muka surat 97>.<

   Close [Copy link]
Post time 19-4-2012 11:35 AM | Show all posts
Reply 1957# tudung_bawal

moitp carly genius???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2012 12:15 PM | Show all posts
terlepas lagik
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 02:48 PM | Show all posts
KERJA RUMAH HARI KHAMIS

SOALAN Karangan Lagi
: Sekiranya anda hanya mempunyai RM50 sahaja di dalam bank anda, dan waktu itu masih lagi awal bulan, dan tiada yang mahu meminjamkan anda wang untuk membantu anda, ceritakan apakah yang akan anda lakukan untuk mengharungi waktu getir tersebut?.
Karangan anda hendaklah tidak kurang dari 150 patah perkataan.


Markah bergantung kepada cegu yang bertugas

Hantarkan jawapan anda  sebelum 12 tghari esok 20/04/2012

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 02:48 PM | Show all posts
Reply 1962# tudung_bawal

yg terbaru... sila jawab....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 03:04 PM | Show all posts
KERJA RUMAH HARI KHAMIS

SOALAN Karangan Lagi
: Sekiranya anda hanya mempunyai RM50 sahaja di dalam bank anda, dan waktu itu masih lagi awal bulan, dan tiada yang mahu meminjamkan anda wang untuk membantu anda, ceritakan apakah yang akan anda lakukan untuk mengharungi waktu getir tersebut?.
Karangan anda hendaklah tidak kurang dari 150 patah perkataan.


Markah bergantung kepada cegu yang bertugas

Hantarkan jawapan anda  sebelum 12 tghari esok 20/04/2012


Dengan berbekalkan wang RM50 adalah sesuatu yang mustahil untuk TB bertahan  sampai hujung bulan melainkan TB haruslah mengamalkan diet makan nasi dan makan roti gardenia berinti coklat dan jagung setiap hari yang berharga RM0.70. TB juga akan berpuasa sunat setiap hari isnin dan khamis pada setiap minggu. Dengan ini TB dapat jimatkan wang dan berdiet pada satu masa. Mesti TB akan ramping dihujung bulan nanti.


Selain itu, TB juga akan cuba meraih simpati teman serumah dan sepejabat untuk belanja makan. Jika keadaan memaksa, TB akan jual koleksi novel TB yang berlambak kat rumah walaupun jauh di sudut hati, TB sangat sayangkan novel-novel tu semua tapi dalam keadaan darurat TB terpaksa.

Pada hujung minggu pulak, TB akan kurangkan aktiviti window shopping untuk mengawal sikap boros TB dan akan lepak kat rumah je. Kalo agak-agak lapar sangat, TB tidur je. Bila dan bangun tidur rasa lapar pon dah hilang. Paling teruk pon, TB akan call kakak TB  dan mintak dia  hantarkan makanan kat rumah.

Kesimpulannya, TB berpendapat memang agak mustahil untuk sesorang survive dengan hanya berbekalkan RM50 sebulan  melainkan jika ia berlaku 50 tahun lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 03:04 PM | Show all posts
Reply 1964# carly_lah


   dah berjaya jawab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2012 03:10 PM | Show all posts
Reply 1966# tudung_bawal

tahniah!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 03:12 PM | Show all posts
Reply 1967# carly_lah


   mohon carly turut sama menjawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 03:16 PM | Show all posts
Reply 1968# tudung_bawal

insyaallah kalu carly sempat, skg bz skit....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 07:22 PM | Show all posts
KERJA RUMAH HARI KHAMIS

SOALAN Karangan Lagi
: Sekiranya anda hanya mempunyai RM50 sahaja di dalam bank anda, dan waktu itu masih lagi awal bulan, dan tiada yang mahu meminjamkan anda wang untuk membantu anda, ceritakan apakah yang akan anda lakukan untuk mengharungi waktu getir tersebut?.
Karangan anda hendaklah tidak kurang dari 150 patah perkataan.


Markah bergantung kepada cegu yang bertugas
   
Wang memainkan peranan penting dalam kehidupanmanusia diera globalisasi ini. Hampir semua perkara rtutin yang kita lakukan memerlukan wang sebagai pengantara. Sekiranya saya hanya mempunyai RM50 di dalam akuan dan masih lagi awal bulan, saya tidak akan cepat panik. Ap-a yang paling penting adalah sumber makanan. Oleh itu saya akan mengamalkan diet yang sangat mudah. Setiap hari saya hanya akan makan 2 paket meggi, iaitu pada waktu tengah hari dan malam. Sekiranya nasib menyebelahi saya, akan ada rakan2 di ofis yang akan berkongsi atau membelanja saya untuk makan tengah hari.

Walau bagaimanapun, sekiranya ianya masih lagi tidak mencukupi, maka saya terpaksa menjual koleksi komik-komik saya, atau gitar letrik saya, atau model-model figura didalam koleksi saya. Memandangkan kebanyakan koleksi saya adalah sukar didapati dalam pasaran, maka ianya akan mudah terjual dengan cepat, walaupun tanpa bantuan laman web mudah.my. Owh, hampir lari dari tajuk saya ini. Sekiranya masih belum memadai, saya akan berhibernasi sepanjang hari cuti saya. Ini dapat dilakukan dengan cara berjaga sehingga larut malam, dan terus tidur sepanjang hari.

Walaupun saya kekurangan wang, saya tidak akan mencuri atau meragut. Ini kerana perlakuan tersebut amatlah tidak baik, dan sangat berdosa. Saya akan menggunakan bakat lakonan saya untuk mendapatkan wang. Antara jalan paling mudah adalah dengan menyamar sebagai seorang budak kampung yang takde duit nak beli tiket balik ke kampung. Tetapi ingat, cara ini hanya boleh dilakukan satu kali sahaja di mana-mana stesen bas. Sekian saja kerangan saya untuk kali ini. Sekian, terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 02:33 AM | Show all posts
KERJA RUMAH HARI KHAMIS

SOALAN Karangan Lagi : Sekiranya anda hanya mempunyai RM50 sahaja di dalam bank anda, dan waktu itu masih lagi awal bulan, dan tiada yang mahu meminjamkan anda wang untuk membantu anda, ceritakan apakah yang akan anda lakukan untuk mengharungi waktu getir tersebut?.

Karangan anda hendaklah tidak kurang dari 150 patah perkataan.


Markah bergantung kepada cegu yang bertugas

Hantarkan jawapan anda  sebelum 12 tghari esok 20/04/2012


Sekiranya saya hanya mempunyai wang sebanyak RM50 sahaja didalam bank walhal ianya masih awal bulan dan rakan-rakan juga tidak sudi meminjamkan wang mereka kepada saya. Saya akan berjimat cermat sebaik mungkin untuk menyara makan, minum dan lain-lain. Cara yang saya akan lalukan adalah dengan memasak setiap hari. Saya akan pastikan makanan itu cukup untuk tiga kali hidangan. yakni untuk sarapan pagi, makan tengahari dan malam.

Membawa bekalan kepejabat adalah perkara wajib yang saya lakukan. kalau boleh hari isnin dan khamis saya akan puasa. Sekurang-kurangnya saya dapat menjimatkan kos makan tengahari. Saya juga akan buat-buat tak nampak jika pada masa itu berlangsungnya acara Mega sales seluruh negara. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menahan nafsu saya berbuat demikian.

Saya juga akan menumpang kawan-kawan yang lain untuk pergi ketempat kerja. Dengan ini saya tidak perlu mengisi petrol lagi dan berjanji dengan mereka untuk bulan ini sahaja saya menumpang kereta mereka. Manakala dipejabat, kalau boleh bedal aja makanan dan minuman yang disediakan oleh majikan. Jika ada lebihan mee segera, cilok jer bawa balik rumah. sekurang-kurangnya boleh menampung kebuluran diwaktu malam.

Jika  ada perkara kecemasan yang tidak dapat dielakkan, saya tidak teragak-agak untuk memecahkan tabung chap ayam atau mencari duit dibawah bantal atau katil atau cagarkan barang kemas dipajak gadai. Tetapi ini kira las kopek punya idea untuk saya mendapatkan wang. kalau bole saya akan cuba elakanlah berbuat demikian.

p/s: apsal soklan ni camni? x kan kerja kemain lama, dlm bank ada rm50 jer? xkan xdek simpanan sikit2 tok hari tua?  ha3x gurau jer carly

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 10:05 AM | Show all posts
morning everibodi.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 11:42 AM | Show all posts
KERJA RUMAH HARI KHAMIS

SOALAN Karangan Lagi
: Sekiranya anda hanya mempunyai RM50 sahaja di dalam bank anda, dan waktu itu masih lagi awal bulan, dan tiada yang mahu meminjamkan anda wang untuk membantu anda, ceritakan apakah yang akan anda lakukan untuk mengharungi waktu getir tersebut?.
Karangan anda hendaklah tidak kurang dari 150 patah perkataan.


Markah bergantung kepada cegu yang bertugas

Hantarkan jawapan anda  sebelum 12 tghari esok 20/04/2012






Kalau lah am tinggal RM50 je tak kiralah dalam bank ke atau dalam kocek sendiri pastu awal bulan pulak memang ikat perut lah jawab dia. Pertama-tamanya, am akan pastikan yang simpanan beras cukup atau lebih cukup untuk sebulan itu. Tiap kali nak makan, am akan beli lauk bungkus pada sebelah petang bila pulang dari tempat kerja untuk hidangan makan malam itu. Am juga akan pastikan yang lauk am beli tadi akan dibahagi dua untuk dimakan pula pada keesokan paginya. Itu salah satu taktik yang biasa am buat walaupon duit tengah banyak sekalipon. Hihihi.. Satu lagi alternatif lain yang boleh am praktikkan ialah, setiap kali menjelang hari isnin dan khamis, am akan buat puasa sunat. Itupun dengan cara yang sama jugak macam yang pertama-tama tadi. Itu baru bab berjimat tentang makanan, and then untuk cara penjimatan keduanya pulak ialah pada bab petrol. Am akan pastikan pada bulan tersebut am tidak berjalan kemana-mana bila time terluang tu. Kereta hanya diguna pakai untuk pergi dan balik bekerja sahaja. Kalau dah terdesak sangat, am tumpang je member naik motor, lagi jimat minyak.
Nak tambah sikit tentang bab makanan, am akan beli maggi untuk buat bekalan terdesak itu. Jadi sampai disini sahaja kisah dan pengalaman sebenar dari am. Sekian, terima kasih.


+- 190 Patah Perkataan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 11:43 AM | Show all posts
As-Salam uollss!!

sempat gak am masuk menjawab soklan karangan carly yang ntah hape-hape nih..

motip setiap kali carly bagi soklan karangan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 02:53 PM | Show all posts
Reply 1974# am_i_legend

dh itu je idea yg datang:@.... mohon am pulak bg soklan.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by am_i_legend at 20-4-2012 15:24
Reply  am_i_legend

dh itu je idea yg datang.... mohon am pulak bg soklan..... :lol ...
carly_lah Post at 20-4-2012 14:53



   am reti jawab soklan yo.. buat soklan am fail....... lesen tak dapat lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 1976# am_i_legend

g amik lesen cepat! carly x sabar nak jawab soklan dari am.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 05:13 PM | Show all posts
assalamualaikum........
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 05:20 PM | Show all posts
Reply  am_i_legend

g amik lesen cepat! carly x sabar nak jawab soklan dari am.....
carly_lah Post at 20-4-2012 16:49



   malas... modal takdo..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 05:25 PM | Show all posts
assalamualaikum........
tudung_bawal Post at 20-4-2012 17:13



   waalaikumussalam warahmatullah.. TB nok sokle...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.078208 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list