CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Ahli gusti hilang satu buah zakar

[Copy link]
Post time 1-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
INDIANA: Seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan saman terhadap lawannya kerana menyepak bahagian sulitnya terlalu kuat hingga menyebabkan satu buah zakarnya pecah hingga terpaksa dibuang.\rJohn Levi Miller, 23, turut mengemukakan saman terhadap promoter yang mengatur perlawanan mereka tahun lalu.\r\n\n\n\n\r   Malah, Miller mendakwa, lawannya itu sepatutnya kalah kepadanya di gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak sebaliknya ketika bertarung.\r\r\n\n\n\n\n   Dalam samannya, Miller mendakwa Clinton Woosley adalah ‘heel’, takrif merujuk kepada orang yang sudah dipilih untuk kalah dalam perlawanan itu Jun lalu, lapor akhbar The Courier-Journal di Louisville, Kentucky.\rKatanya, Woosley yang menggunakan nama Guido Andretti ketika bergusti menolak permintaannya supaya mereka merancang pertarungan seperti biasa \rdilakukan sebaliknya menyatakan sudah faham dan akan berakhir seperti dirancang.\rBagaimanapun, Woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya, kata Miller.\rMenurut maklumat laman web gusti, Miller dilaporkan sebagai seorang ahli gusti muka baru WWE yang menggunakan nama ‘The Playboy J-Millz.’\rPeguam Miller, Larry Wilder dari Jeffersonville, memberitahu akhbar bahawa anak guamnya meletakkan ais pada bahagian sulitnya selepas pulang daripada perlawanan dengan Woosley.\rOleh kerana keadaan tidak semakin baik, Miller mengunjungi hospital keesokannya apabila doktor memutuskan untuk membuang buah zakar sebelah kanannya yang pecah.\rPromoter perlawanan, Sam Cosby, pemilik ‘Coliseum Championship Wrestling’ yang menaja pertarungan menyifatkan keterangan Miller tidak benar.\rKatanya, Miller menang perlawanan itu seperti yang dirancang dan tidak memberitahu mengalami sebarang kecederaan.\r“Dia tidak pula mengadu apa-apa,” kata Cosby.  – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050889 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list