CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Dua beranak rentung nahas

[Copy link]
Post time 1-3-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Seorang guru dan anak perempuannya berusia empat tahun rentung apabila kenderaan dinaiki meletup selepas bertembung  pacuan empat roda malam kelmarin.\rDalam kejadian jam 9.15 malam di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih, di sini, Arminudin Abdullah, 42, yang bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan Marissa Alma dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.\r\n\n\n\n\rSelepas kemalangan, Arminudin dikatakan keluar dari kenderaan untuk mengeluarkan Marissa Alma dari pintu tempat duduk belakang namun gagal akibat letupan yang akhirnya mengorbankan mereka berdua di tempat kejadian.\r\r\n\n\n\n\nKetua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas, turut terbakar.\r“Bagaimanapun, kedua-dua mereka terselamat dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala dua mangsa yang rentung turut dibawa ke hospital yang sama,” katanya di sini, semalam.\rIsteri  Arminudin, Marzuany Shuhaida Mohd Sukri, 39, yang bertugas di sekolah sama dengan suaminya berkata, arwah keluar dari rumah di Kampung Seri Kulim, Melor, bersama anak sulung jam 7 petang untuk menghantar saudara ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan kemudian mahu bertemu rakannya.\rBagaimanapun, beliau berasa bimbang apabila suaminya dan anak tidak pulang rumah sehingga jam 11 malam.\r\n\n\n\r“Saya cuba telefon arwah banyak kali tetapi tidak dijawab. Saya menghubungi adik ipar dan meminta dia menghubungi hospital namun tidak ada sesiapa maklumkan ada kemalangan.\r“Selepas menunggu lama, akhirnya saya dimaklumkan adik ipar jam 5 pagi tadi (semalam) mereka terbabit kemalangan,” katanya yang sebak kehilangan suami dan anaknya.\rJenazah dua beranak itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.\rSeorang saksi kejadian warga Myanmar, Razak Abdullah, 30, berkata dia baru selesai menunaikan solat Isyak di madrasah tidak jauh dari lokasi kemalangan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.\rBerikutan itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar.\r“Saya hanya sempat menyelamatkan mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Rangers berikutan api marak dengan cepat,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.280155 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list