CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36230|Reply: 118

Wajarkah Angkatan Tentera Malaysia Diberikan Peruntukkan Yang Lebih Besar ?

[Copy link]
azzacke This user has been deleted
Post time 22-8-2003 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Dewasa ini, kemelut isu keselamatan negara menjadi bahan utama media massa rasmi negara ini. Sejak bermulanya tragedi berdarah 911 di U.S, dunia kini semakin terancam dengan ancaman pengganas lebih-lebih lagi degan kejadian terbaru pegebomam hotel mewah J.W Marriot di Indonesia. Dari sumber perisikkan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Jabatan Polis negara itu telah menyenaraikan beberapa warganegara Malaysia yang turut terlibat.  

Adalah tidak mustahil jika pengganas turut bertindak sedemikian ke atas negara ini. Ini kerana sudah ada beberapa kali penangkapan puak ekstrimis yang telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa. Kita juga tidak mahu negara ini menjadi sarang atau negara transit kepada pihak pengganas sekaligus mengheret negara ini kepada kemusnahan seperti yang terjadi di Afghanistan.

Malaysia merupakan negara yang paling banyak menghadapi masalah keselamatan di sempadan kerana negara ini bersempadanan dengan banyak negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina. Manakala isu tuntutan rasmi kepulauan Spratly melibatkan negara ini dengan negara China, Taiwan, Filipina, Brunei dan Vietnam.

Kita juga tidak boleh terlalu bergantung kepada negara lain menerusi perjanjian pertahanan negara kerana kemungkinan perjanjian itu mempunyai batas-batas tertentu seperti peruntukan peraturan menghadkan pembabitan mereka dikala peperangan, kelambatan bantuan ketenteraan akibat kerenah birokrasi negara tersebut atau negara tersebut membatalkan perjanjian pertahanan di saat-saat akhir akibat tekanan politik antarabangsa, masalah ekonomi dan sebagainya.

Isu Malaysia-Singapura, tragedi rompakan senjata di Sauk dan tebusan di Sipadan, Sabah, isu pendatang haram, pergolakkan di Acheh, perlanunan, penyeludupan di persempadanan negara isu dua korea dan isu nuklear Korea, Hubungan dingin antara India-Pakistan dan China -Taiwan juga boleh mencetus impak kepada negara ini.
   
Dasar Pertahanan Negara dan hal-hal yang berkaitan dengan doktrin dan ORBAT wajar dikaji semula. Bagitu juga dengan kualiti latihan, keanggotaan pasukan keselamatan, peralatan dan persenjataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu diberikan perhatian dan tumpuan yang lebih wajar.

ATM yang merupakan tulang belakang kemakmuran negara ini dikatakan masih lemah dan tidak berupaya menghadapi peperangan konvensional yang berskala besar dan moden. Latihan Ex-Pahlawan pada tahun lepas hanya mampu menggerakkan 20,000 anggota keselamatan dari ketiga-tiga cabang dalam ATM.

ATM patut dikritik kerana meletakkan sasaran 80,000 keanggotaan TDM di dalam 4 Divisyen (anggaran kasar:1 Divisyen berkekuatan 15,000 anggota). 3 Divisyen ditempatkan di Semenanjung Malaysia manakala hanya 1 Divisyen di tempatkan di Sabah dan Sarawak untuk mengawal keselamatan negara. ATM juga sebenarnya tidak mampu berdepan dengan 2 peperangan konvensional sekaligus pada suatu masa seperti yang diwar-warkan oleh pihak atasan ATM.

Malaysia Timur sepatutnya memerlukan 2 Divisyen infantari memandangkan faktor keluasan, bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, jalinan jalanraya yang kurang memuaskan, penyeludupan, taburan penduduk,kebanjiran pendatang asing, faktor jarak dan ancaman keselamatan sempadan oleh pihak pengganas. Selain itu aset nasional dan aset negara asing yang ada pada negara ini juga perlu dilindungi.

Pasukan Rapid Deployment Force atau Pasukan Atur Cepat yang ditubuhkan pada tahun 1992 yang terdiri daripada 3 batalion paracut sehingga ke hari ini ini masih tidak perbesarkan struktur organisasinya. Justeru itu pasukan ini perlu diperbesarkankan dengan penubuhan briged campuran lain seperti briged Pasukan Udara Tentera Darat helikopter, briged Armor digabungkan dengan artileri jarak sederhana, unit artileri pertahanan udara dan briged infantari berkenderaan perisai ringan.
  
TDM yang memerlu lebih banyak peralatan dan pesenjataan bagi mengukuhkan dan menjamin keselamatan negara selain jaminan kemenangan psikologi atau dikala terbabit di dalam konflik atau sekurang-kurangnya benar-benar berkeupayaan deterence sementara menunggu ruang bantuan diplomatik antarabangsa bertindak.
++
Sejak dulu lagi sebahagian besar pesawat pejuang/penggempur, pesawat pengangkut dan helikopter TUDM ditempatkan di Semenanjung Malaysia berbanding di Malaysia Timur.
      ++
Pembelian pesawat 18 Sukhoi SU-30MKM yang bernilai RM3.4 billion pula memenuhi kekuatan 2 skuadron pesawat penggempur tetapi dijangka akan membuat pembelian tambahan kedua yang meliputi pesawat latihan dan pesawat peninjau dari jenis yang sama.  

Walaupun Senat U.S telah meluluskan penjualan 18 buah FA-18F kepada Malaysia pada kos RM5.4-6.0 billion yang meliputi rdar 18 AN/APG-73, 36 enjin GE-414-400,18 AN/ALR-67(V) 3 Countermeasures Receiving sets, 18 AN/ALE-47(B)2 Countermeasures Dispencing sets, 12 AN/ALQ-214(V)2 Integreted Defensive Electronic Countermeasures, 72 LAU-127B/A Guided Missile Launchers, peralatan selenggaran, peralatan penggujian, peralatan alat ganti dan bantuan, teknikal, logistik, data teknikal, kemudahan latihan, software dan pelbagai peralatan bantuan lain. Namun begitu, pembelian ini tidak akan dibuat dalam jangka masa terdekat kerana TUDM berkehendakan spesifikasi radar yang lebih canggih seperti radar AN/APG-79 AESA. TUDM adalah dijangkakan akan membeli pesawat FA-18F selepas senat U.S meluluskan penjualan radar AESA dan penetapan bekalan persenjataan kepada Malaysia.

TUDM telah merancang untuk membeli pesawat 'Airbone Early Warning & Control System (AEW&CS) sejak tahun 1980an lagi, namun sehingga kini usaha tersebut masih tergendala disebabkan kos yang tinggi berbanding peruntukkan pertahanan yang kecil dan tidak memadai. Terdapat 2 tawaran iaitu tawaran dari U.S untuk radar MESA yang dipasang pada pesawat Boieng B-737-700 dan radar Erieye yang boleh dipasang pada sebarang pesawat yang sesuai dengan kos yang lebih kompetitif dari Sweden. Kedua-dua pesawat radar ini telah diuji nilai dari data spesifikasi, namun pilihan terbaik adalah pesawat Boieng 737-700 dengan radar Mesa amat sesuai di persekitaran dan iklim negara ini tetapi kosnya sangat tinggi sehingga mencecah RM 1.5-1.8 billion sebuah mengikut kadar semasa tukaran ringgit Malaysia.

TLDM pula masih berdepan dengan masalah kekurangan kapal dan masalah kapal usang yang perlu digantikan dengan secepat mungkin. Pembinaan kapal 'New Generation Patrol Vessel Offshore Patrol Vessel' dari jenis Meko  100 bakal memberikan anjakan kekuatan TLDM tetapi malangnya kapal yang berbentuk canggih ini tidak diperlengkapkan dengan peralatan dan persenjataan yang hanya sesuai untuk kegunaan Coast Guard.

Untuk pengetahuan pembaca TLDM memiliki 16 buah kapal "Combatants" berbanding negara jiran kita RTN, TNI-AL dan RSN. Bayangkan jika konflik berlaku di Sandakan, Sabah..berapa lama kapal TLDM akan tiba pada jarak kasar 2000km. TLDM juga tidak memiliki pesawat rondaan maritim negara bagi tugas ASW, ASuW, Elint, Sigint dan Comint.
    ++
Apa akan terjadi kepada negara jika negara ini terlibat dengan sebarang konflik peperangan jika kita terpaksa berhutang besar dengan negara lain untuk membeli persenjataan dan peralatan ketenteraan sedangkan hutang negara yang sedia ada sudah cukup membebankan negara dan rakyat negara ini.

Bagaimana pula dengan kemusnahan harta benda rakyat negara ini? Bagaimana pula dengan nyawa orang awam yang terdiri daripada datuk, nenek, ayah, ibu, anak dan cucu yang tidak mengerti? Adakah kerajaan menyediakan bungker untuk orang awam berlindung semasa serangan bom? ke mana rakyat negara ini perlu pergi jika harta, jalanraya, jambatan, perumahan dibom oleh pihak musuh? Ketika itu masih adakah lagi kemudahan dan perkhidmatan awam yang mampu beroperasi dengan baik?

Kita tidak pasti siapa, bila, di mana atau pihak mana yang mungkin menyerang negara ini..tetapi apa yang pasti kita sememangnya tidak mahu peperangan berlaku di sini dan di mana-mana. Pengalaman orang tua kita sudah merasa keperitan semasa Jepun menyerang Malaya..mahukah generasi kita atau anak anak kita puka merasa dan menangung kemalaratan sebegitu?

Seperti kata orang tua-tua "Rambut sama hitam tetapi hati siapa tahu". Kita harus mengambil teladan apa yang berlaku di Iraq kerana negara kaya seolah-olah menghalalkan serangan ke atas negara tersebut sekalipun ada suara-suara menentang..dan adakah negara kuasa besar itu memperdulikannya...???

Kita bukan berharap Malaysia akan membelanjakan sejumlah peruntukkan yang banyak sehingga mengabaikan kepentingan sektor-sektor lain dinegara ini atau ingin menjadi kuasa utama di rantau ini tetapi cukup untuk melahirkan keyakinan rakyat dan pelabur untuk terus melabur di negara ini bukan saja sekarang tetapi pada masa depan.

Peruntukkan 2 peratus kepada sektor keselamatan amat sedikit jika dinilai dari harga erti kemerdekaan dan keamanan negara ini. Lagipun kita memerlukan  peralatan persenjataan dan peralatan keselamatan yang berkualiti dan pada bilangan yang sepadan.Ketika negara di dalam kemelesetan, perbelanjaan sektor keselamatn dikurangkan tetapi apabila ekonomi berkembang agka ini teus kekal. Amat wajar peruntukan ini dinaikkan apabila ekonomi kita telah mula beransur pulih.
         
Kita juga tidak mahu negara lain mengambil kesempatan di atas nilai persahabatan yang ditunjukkan atau rakyat merasa rendah diri tetapi apa yang kita berhendakkan seluruh rakyat berbangga dengan kerjaya dan kemampuan ATM.

[ Last edited by azzacke on 26-8-2003 at 12:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2003 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by azzacke at 2003-8-22 11:58 AM:
Dewasa ini, kemelut isu keselamatan negara menjadi bahan utama media massa rasmi negara ini. Sejak bermulanya tragedi berdarah 911 di U.S, dunia kini semakin terancam dengan ancaman pengganas lebih ...


Aku rasa daripada segi kekuatan tudm kita tu mungkin dan mencukupi cuma ada sedikit kekurangan kat bahagian Attack heli dengan AWACS. Kalau ada yg tu mungkin dahlengkap kot... aku rasa AWACS tu yg kritikal tu..

Kita tak perlukan Long range bomber tanker dsbnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2003 09:51 PM | Show all posts
Dasar pertahanan negara adalah berkonsep Hanruh ( pertahanan menyeluruh ) dan sejak dulu lagi menerusi almarhum Tunku dan PM kita yg sekarang ..sudah menjadi dasar kerajaan menyediakan sekolah bukan berek tentera, memberi pakaian sekolah bukan seragam tentera kepada rakyatnya....dan kerana dasar inilah kita mampu bergerak maju setanding dgn negara maju yg lain dari segi ekonomi dan pembangunan negara....

walauapapun...secara keseluruhannya ATm telah berusaha untuk mempertingkatkan lagi sistem persenjataan sejajar dgn perkembangan teknologi semasa. ATM telah mempunyai peralatan moden dan canggih seperti sistem MLRS ( Sisitem Pelancar roket berganda ) Astros II dari brazil, G5 dari afrika selatan, kereta kebal PT-90, SU 30 MKM, Kapal selam Scorpene dari perancis dan pelbagai sistem pertahanan udara........yg mana pakar pertahanan tlh meletakkan Malaysia setanding dgn negara lain dengan kemampuan peperangan konvensional disampingi peperangan insurgensi.

secara amnya ATM dibantu oleh askar wataniah, Pasukan gerakan am (PPH), dan pasukan pertahanan ketiga iaitu RELA......selepas pemyusunan semula ATM nensasarkan kekuatan 1:1 ( seorang askar regular : seorg askar wataniah) konsep ini tlh dilaksanakan oleh US dan UK.....menjadiikan semua anggota tentera yg mempertahankan negara adalah tentera professional....


kapal OPV TLDM Meko A100
Seperkara lagi mengenai mengenai kapal OPV yang ditempah oleh TLDM Meko A-100 RMN korvet sebanyak 27 buah, bentuknya adalah sama dgn kapal Friget kelas 2000. Kapal ini mempunyai tugas yg hampir sama  degan pasukan Coast Guard dan secara amnya ia menggunakan konsep "fitted for but not with" , ini bermakna boleh dipasang dgn sistem persenjataan anti pesawat udara atau peluru perpandu permukaan ke permukaan. Diantara senjata akan dilengkapkan sekiranya perlu ialah sistem RAM (Rolling Airframe Missile) RIM-116A utk pertahanan udara dan MM40 Exocet utk anti kapal....
manakala sistem radar utama yg dipesan oleh TLDM ialah TRS-3D/16 ES.
OPV nie juga boleh membawa heli Super Lynx 300 atau S-70B Seahawk....
w/pun sistem persenjataannya ringkas ia boleh dinaikkan taraf kpd kapal jenis Friget...dpd OPV....dan pembinaan ini secara tidak langsung menguntungkan malaysia kerana pemindahan teknologi berlaku.....

apa yang penting ialah keyakinan kita dengan kemampuan ATM mempertahankan negara tercinta.

[ Last edited by insignia on 23-8-2003 at 12:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2003 06:48 PM | Show all posts




astros II 21 Rejimen Artileri Diraja (RAD)

[ Last edited by insignia on 23-8-2003 at 10:34 PM ]
Reply

Use magic Report

azzacke This user has been deleted
 Author| Post time 24-8-2003 04:16 AM | Show all posts

Insignia..

Pernah tak kamu memasuki tentera?

Pernah tak kamu merasa azab beroperasi di hutan seramai 3-5 orang selama 3 bulan?

Pernah tak kamu terpaksa berlapar di hutan selama 2 minggu hanya makan binatang tidak tentu halalnya, umbut kayu, daun dan lain-lain sementara menunggu bantuan makanan dari heli?

Pernah tak kamu melihat rakan yang sama-sama beroperasi di hutan meninggal di atas riba kamu sendiri akibat jerangkap samar sementara menunggu heli selama beberapa hari ?

Pernah tak kamu berugas di perairan negara yang bersempadan dengan negara lain dengan menggunakan khidmat kapal TLDM?

Pernah tak kamu terjun peracut dari pesawat TUDM?

Mungkin kamu tak pernah rasa apa yang kami rasa...? kerana kamu hanya duduk di bandar dan membaca majalah ketenteraan dan mengetahui teori tanpa praktikal..sahaja tiada berguna..!!!!

Kenyataannya, anjing yang mati atau cedera akibat periuk api lebih cepat menerima bantuan udara daripada angota tentera yang cedera atau meninggal di hutan atas nama tugas negara...!!!!

Tolong ceritakan pada saya apa itu perang konvensional..teknik terbaru konvensional, peralatan komunikasi, jamming eqt yang kita ada, bungker utk awam dan melindungi aset ketenteraan negara,berapa radar yang kita ada dan jenisnya, laser designator dsb..???

Apa itu kematian, tanggungjawab negara kapada penduduk awam ? Bagaimana pula dengan orang melayu, cina, india? dan agama masing-masing?

Mampukah negara berperang di ketika ini dan menerima asakan pengganas spt yang berlaku di Indonesia??

Kamu tunjukkan gambar astross 2, ceritakan pada saya bagaimana impak, tahap kemusnahan, spesifikasi militari, ada peralatan yang ada pada kita yang boleh menentukan ketepatan tembakkan dan sasaran tersebut dimusnahkan..?

Tahu  tak bagaimana aset negara ini dari segi permodenannya? selenggaraan? berapa yang beroperasi? dan berapa yang tidak boleh beroperasi?

Tahukah berapa ramai anggota ATM sekarang ini..?

Siasatlah sendiri...dan fikirkan betul-betul, benar-benar dan matang serta profesional..

Orang politik kiri atau kana hanya pandai berkata-kata, memberi masalah, mencipta masalah dan kononnya menyelesaikan masalah..tetapi rakyat yang menerima padah...tapi bukan di sini la..kat luar negeri kot?

Biasalah kan dari pergi masjid utk beribadat atau berdisiplin, ramai lagi di pasar malam, lumba motor dan berbuat maksiat..Tak gitu Mr. pilot?

[ Last edited by azzacke on 24-8-2003 at 05:59 AM ]
Reply

Use magic Report

pilotMAS This user has been deleted
Post time 24-8-2003 04:20 AM | Show all posts
Originally posted by azzacke at 2003-8-24 04:16 AM:
Pernah tak kamu memasuki tentera?

Pernah tak kamu merasa azab beroperasi di hutan seramai 3-5 orang selama 3 bulan?

Pernah tak kamu terpaksa berlapar di hutan selama 2 minggu hanya makan bin ...


hehehehheh!!!...bawak bertenang tuan!!...errr tuan duty officer ke malam nie...hehehehheheh!!!.....errr saya dulu pon dah merasa gak sumer tu tuan....

kalo ditakdirkan mati idop semula pon...saya tetap nak masuk baris balik...hehehheheh!!!!

TEMPUR WIRA!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2003 04:15 PM | Show all posts
mare nampak......banyak bersabar tuan.......
kita berbincang..dan saya hanya memberi pandangan....mungkin salah mungkin betul....so apa salahnya.....????kalau ada salah dan silap tu...tolong tunjukkan....x gitu...

inilah barisan kita....!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2003 04:30 PM | Show all posts
iye tu azzacke.... jan emo sangat...kat sini kan nak bertukar pandangan...
alhamdullilah kita suma tak kena lalui suma...even bk sendiri tak lalu jadi tak tau camner nak ceritakan....but all i know war is evil....mostly perang terjadi akibat sikap manusia itu sendiri..terutama yang berkuasa.... hopefully kita tak perlu lalui suma tuh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


azzacke This user has been deleted
 Author| Post time 24-8-2003 05:55 PM | Show all posts
Kita biasa je tak marah..pun, cuma nak bertanya..itu je..:stp:mana lah tau kot dia tu skot kite ke..tentulah dia jawab siap ngan kod..nak kena test..dulu hehehe...

ishh sensor korang ni dah expired kot? lampu biru ngan merah nyala sekali kot...?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2003 06:44 PM | Show all posts
errr... bk bukan skot ni.hehehe.... tak faham tang biru ngan merah tu....
sila terangkan skit..bleh tak...:stp:
p/s errr kod rahsia ke tu.....bleh jawab kat sini ke...atau kena pm...
Reply

Use magic Report

pilotMAS This user has been deleted
Post time 24-8-2003 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by azzacke at 2003-8-24 05:55 PM:
Kita biasa je tak marah..pun, cuma nak bertanya..itu je..:stp:mana lah tau kot dia tu skot kite ke..tentulah dia jawab siap ngan kod..nak kena test..dulu hehehe...

ishh sensor korang ni d ...


"Mesej diterima!! sila ulang semboyan itu ganti!!"....kekekekekekke

[ Last edited by pilotMAS on 24-8-2003 at 11:31 PM ]
Reply

Use magic Report

pilotMAS This user has been deleted
Post time 25-8-2003 12:12 AM | Show all posts
Tajuk topik ni bagus untuk didebatkan...maka saya sebagai CO kat sini....kasi sticky kan topik ni...untuk perbincangan ilmiah kita semua. Selamat berdebat!!
Reply

Use magic Report

pilotMAS This user has been deleted
Post time 25-8-2003 02:51 AM | Show all posts

sapa-sapa tolong jawap!!

Sekarang nie aku nak tanya...(serius nie)...:

1.Dalam kelengkapan persenjataan dan peralatan Angkatan Tentera Malaysia  sekarang dalam era peperangan Konvesional ni...cukop ke tak..peralatan/persenjataan kita nie??

Aku rasa tak cukop!!

2. Kenapa TUDM jual pesawat Skyhawk kita dulu yang sebanyak 88 buah tu??..Sedangkan Singapore dan Israel boleh up-gradedkan Skyhawk tu jadik SuperSkyhawk dengan perisian terkini??

aku tak puas hati!!!

sapa-sapa sila beri pandangan/fakta...
Reply

Use magic Report

azzacke This user has been deleted
 Author| Post time 25-8-2003 03:30 AM | Show all posts

budak kampung..

Butang biru  maksudnya aman
Butang merah tu maksudnya marah atau loss control.

Engko ni umur berapa tahun hah?..lemah bab2 camni...

Kod tetap kod, mana boleh didedahkan...kalau nak tanya gak pegi lah tanya MIO..kat tempat engko...

malam pakai kod lain laa. aparaaa main selit2..!

[ Last edited by azzacke on 25-8-2003 at 04:15 AM ]
Reply

Use magic Report

azzacke This user has been deleted
 Author| Post time 25-8-2003 04:11 AM | Show all posts
1.Dalam kelengkapan persenjataan dan peralatan Angkatan Tentera Malaysia  sekarang dalam era peperangan Konvesional ni...cukop ke tak..peralatan/persenjataan kita nie??

Satu je contoh aku citer kat engkau...bab regt artileri (arty).
kita ada 4 divisyen(div) TDM,
1 div ada 3 briged (bgd),
1 bgd ada 3 batalion (bns).

Setiap 1 bn perlu sokongan 1 Bateri meriam (6 pucuk) (bty) bermakna 1 bgd ada 18 pucuk meriam 105mm kan?

faham ke tak mamat ni? (1 rgt arty ada 18 pucuk meriam)

Jadi, 1 div ada 54 pucuk meriam betul tak atau 3 regt arty...

4 div ada 216 meriam 105mm. tapi kita cuma ada 180++ je. camna ngan kegunaan trg. kurang2 utk trg je 12 pucuk.

berapa lak untuk simpanan meriam bagi kegunaan ketika perang? ATM lak cuma ada 7 regt arty...!:re:

meriam pack 56 oto malara tu dah lama. jarak tembakkan cuma 11km berbanding meriam baru 18km. itu belum ambil kira jenis cas yang digunakan..kalau APSDS, BB jaraknya lebih jauh....nun..

Untuk tembakan, arty dibantu ngan sistem kawalan tembakan jenis...ngan radar Askarad dr Aselsan. Sig terbaru yg digunakan jenis PRG4 tapi tak le lengkap ngan engkoding kits, signal computer terminal data, suara dan imej ...ada macam2 jenis lagi cam PRC4700 dll..kebanyakkannya bergantung kpd warfare awareness...

sig punya le banyak sop..lambat lak tu..
UAV cam predator pun tak de...utk dapt imej analisis..
....arty command vehicle utk meriam 105mm memang le tak de..masih di  peringkat bukan konvensional..tak macam kelengkapan terbaik arty South Africa G-5...155/45..

Banyak le yang tak de.

Kelengkapan moden ni memudahkan kerja sebenarnya.. tapi..kau  faham2 la kan....peruntukkan tak cukup..sekadar..je..je..

banding peluru pun sudah le..kalau di negara barat tu..inf yang tengah contact ngan musuh kehabisan peluru, arty boleh hantar peluru ngan peluru meriam je..tak ke senang tu..

Memang tak cukop!!

2. Kenapa TUDM jual pesawat Skyhawk kita dulu yang sebanyak 88 buah tu??..Sedangkan Singapore dan Israel boleh up-gradedkan Skyhawk tu jadik SuperSkyhawk dengan perisian terkini??

Ehh kau ni..banyak lak soalan nak suruh aku jawab...senang2 pegi tanya kat SY berapa banyak A-4S dia dah jatuh..Boleh ke dogfight ngan MY nyer MiG..kantoi..le..A-4S

MY tertipu..le bang ngan U.S. Perabih RM rakyat MY je..:agr:

[ Last edited by azzacke on 25-8-2003 at 04:13 AM ]
Reply

Use magic Report

pilotMAS This user has been deleted
Post time 26-8-2003 02:24 AM | Show all posts
Tuan Azza,

Walao bagaimana pon ini sekadar perbincangan isu-isu lama jer Tuan. Nak juga tao pendapat Tuan yang masih berkhidmat.Harap sudi lagi memberi pendapat dan perkembangan terkini.Terima Kasih.


[ Last edited by pilotMAS on 26-8-2003 at 02:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pilotMAS This user has been deleted
Post time 26-8-2003 02:28 AM | Show all posts
Originally posted by azzacke at 2003-8-25 04:11 AM:
1.Dalam kelengkapan persenjataan dan peralatan Angkatan Tentera Malaysia  sekarang dalam era peperangan Konvesional ni...cukop ke tak..peralatan/persenjataan kita nie??

Satu je contoh aku citer  ...


Tuan!!..pasal almanak kelengkapan kita tu..aku tao..pasal skot satu commision ngan aku dulu masih dalam baris...sekarang ni ada kat DTU,mindef. Tu pasal la aku cakap tak cukop....skotmate aku tu ler citer kat aku..kelengkapan terkini macam ko cakap tu..

tentang soklan kedua tu....

Maaf cakap laa....

Kalo bab rekod accident..memang laaa....tapi kalao dah diupgrade kan enjin dan airframe termasuk cockpit system..(contoh: pakai virtual helmet ker).....dan cukop plak rotation maintanance nya...aku rasa...(pada pendapat aku ler)..masih boleh terbang lagik.

Cuba Tuan fikir??...kalo dicamporkan MiG..,Hawk,..Hornet ..,Aermachi..dan F5 yang kita ada.sekarang....aku rasa jumlah nya tak sampai pon 60 bijik pesawat....Cukop ker???

Air Coverage kita luas...Kawasan ZEE kita pon luas....mana cukop Tuan kalo setakat tak sampai 60 bijik!!

Bab silap beli tu ...saya bersetuju dengan Tuan Azza!!...TETAPI kita dah beli kan!!...dah siap bayar..kan!!...Yang dibawa kat sini..cuma separuh dari 88 Bijik tu....yang separuh lagik..terbiar kat tempat scrap Gurun Arizona..!!!...kenapa dijual..(kononnya terjual pada pihak negara ketiga)...(negara mana??)..(betul ke jual??..atau lupus begitu jer!!)..

Skyhawk tu dah milik kita....dari kita terus rugi...upgradedkan dalam 20 bijik.....setidak-tidaknya...jumlah keseluruhan pesawat pemintas kita banyak!!

Kalo faktor pesawat tu banyak memakan jiwa perwira kita....itu tak dapat nak dielakkan Tuan...ini Angkatan Udara...bukan Kelab Penerbangan....semua Juruterbang TUDM tao...risiko yang tinggi dalam kehilangan nyawa sewaktu bertugas..

p.s.. Tuan!!..saya pernah ditunjukkan salinan minit mesyuarat..@#$%$#@....masa tu XO Skuadron saya dipinjamkan jadi ADC Panglima....ada Panglima 2 bintang TUDM tak bersetuju dengan penjualan pesawat tu...pasal faktor yang disebutkan tadi laa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2003 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by azzacke at 2003-8-25 03:30:
Butang biru  maksudnya aman
Butang merah tu maksudnya marah atau loss control.

Engko ni umur berapa tahun hah?..lemah bab2 camni...

Kod tetap kod, mana boleh didedahkan...kalau nak tanya gak ...


maaf tuan.... saya blum gi kursus semboyan lagik....hehehe....
errr...umo tak cukup...jadik lemah skit.....
dedulu tak der kerahan...jadi tak terdedah ngan bahasa perang.....:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2003 09:26 AM | Show all posts
Assalamualaikum....nak menyelit sat...
As of September 1999, the Royal Malaysian Air Force PTM (Peculiar To Malaysia) Skyhawkswere no longer operational. Sadly their flying days are well and truely over after having been in outdoor storage for several years. Here a row of the A-4PTM and TA-4PTM Skyhawks rest in the tropical Kuantan weather while the jungle is rapidly overgrowing them


A close-up of the abandoned PTM Skyhawks. The Royal Malaysian Air Force purchased eighty-eight Skyhawks that were remanufactured to Malaysian standards by the Grumman Aircraft Company. The Royal Malaysian Air Force PTM (Peculiar To Malaysia) Skyhawks were remanufactured A-4C (25) and A-4L (63) Skyhawks --- The A-4L Skyhawks were previously remanufactured A-4B and A-4C Skyhawks that were given new serial numbers when redesignated A-4L at the completion of the earlier rebuild --- So some PTM Skyhawks had been rebuilt twice. Somewhere in all the wheeling-n-dealing six (6) two seat TA Skyhawks were purchased - These were known as the TA-4PTM - it is not known if they were rebuilt by Grumman or which TA version they were.






Flash: http://www.skyhawk.org/6E/ptm.jpg
Reply

Use magic Report

azzacke This user has been deleted
 Author| Post time 26-8-2003 01:21 PM | Show all posts

PilotMas....

A-4 Skyhawk bukanlah pesawat pejuang yang baik jika dibandingkan dengan pesawat terkini. Pesawat ini mempunyai banyak kelemahan dan sebab itulah U.S sebagai pengeluar pesawat ini pun enggan meneruskan perkhidmatannya cuma beberapa buah untuk kepentingan latihan. A-4 jika diupgredkan masih tidak memenuhi piawaian sebagai pesawat pengebom canggih.

RSAF misalnya, telah mepertingkatkan pesawat ini dengan bantuan Israel melalui peningkatan komputer pesawat, avionik, enjin, radar, TACAN dan sebagainya. Namun, ia tidak memadai untuk mengoperasikan pesawat ini sehingga tahun 2010 atas faktor halangan teknologi dan keupayaan pesawat, kos operasi, latihan, kemampuan membawa odnance yang terhad, faktor penyelengaraan, kekerapan penerbangan, keupayaan penerbangan dan peralatan alat ganti.

Pesawat ini juga mempunyai kelajuan yang rendah sekadar sama kelajuan dengan pesawat Hawk siri 200.

Kos untuk upgrede juga mahal dan jika dimsukkan kos-kos lain..lebih baik kita membeli pesawat lain yang terbaru dan lebih baik. Adalah lebih baik kita mementingkan kualiti pesawat daripada kuantiti pesawat.

Kita kena beringat..Israel tu siapa? Singapura pula berapa pula peruntukkan keselamatannya? Jika U.S memberhentikan pengeluaran alat ganti..dengan siapa pula kita kena berurusan?Kita tak mahu terlalu bergantung dengan satu pihak sahaja..cam Indonesia..

Kita juga perlu memberi perhatian kepada faktor lain seperti keselamatan dan psikologi juruterbang, latihan kepeda juruterbang, kesukaran mendapatkan alat ganti, kerenah birokrasi dan pembaziran wang rakyat.

Sebagai contohlakan.., jika kita beli kereta proton 1.5 Manual secondhand, kita terpaksa berbelanja lebih untuk selengara, pertukaran enjin atau overhaul enjin dan perkara-perkara lain...kan merugikan. Lebih baik kita beli saja kereta baru..tak banyak masalah, confident nak jalan jauh, tak risau tentang masalah lain...anytime bolah jalan...dan yang penting confident untuk beraksi..

[ Last edited by azzacke on 26-8-2003 at 01:37 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069984 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list