CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9644|Reply: 5

PERATURAN BOD BUKU & KESUSASTERAAN

 Close [Copy link]
Post time 1-3-2012 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mijot at 4-3-2012 21:30

Peraturan Bod Buku & Kesusasteraan

Untuk mengelakkan thread yang sama banyak kali, berikut adalah peraturan ASAS yang perlu anda semua patuhi :

1. Posting untuk penulis yang mempunyai telah terkenal dan telah menerbitkan karya melebihi 4 buah (contoh : NB, aisya sofea, anis ayuni, RAM dll), sila 'SEARCH' thread nama penulis dan sambung komen anda disitu...jikan belum ada, anda dibenarkan membuka thread baru mengenai penulis tersebut, tapi pastikan thread itu pebuh dengan maklumat.

2. Posting untuk penulis baru, jika karya baru sebuah, digalakkan membuat ulasan/komen di thread dibawah nama penerbit yang menerbitan karya penulis tersebut...Nak buka thread baru untuk penulis baru boleh tetapi bila penulis tersebut telah mengeluarkan buku keduanya, maka hendaklah disambung sahaja dekat thread yang sedia ada mengenai penulis tersebut.

3. Jika ingin membuka thread baru, pastikan anda mempunyai sumber maklumat yang mencukupi dan pm mod selepas thread dibuka (untuk letakkan link thread di indeks)...Jangan buka thread semata-mata nak tanya karya tu best ke tidak...

4. Forumer dikehendaki membuat posting review mengenai buku yang dibaca sepenuhnya di forum, bukannya menepek link blog anda untuk forumer membawa review yang anda tulis. Jika ternampak, kredit akan di potong...

5. Forumer dilarang membuat posting membuka thread atau membuat posting yang berusurkan jualan. Jika ingin menjual koleksi buku anda, sila pergi ke bod Jual beli/Classified --> Buku, Novel & Majalah

6. Pembuka thread hendaklah bertanggungjawab terhadap thread yang dibukanya. Jangan jadikan thread sebagai kaunter pertanyaan. Untuk bertanya ada thread khas telah dibuka. Pembuka thread juga hendaklah mengemaskini thread dengan info terkini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2012 08:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 2-3-2012 20:56

INFO

berikut merupakan keterangan mengenai warna thread :
warna coklat : thread penerbit buku
warna ungu : thread diskusi
warna merah jambu : thread aktiviti
warna merah : thread penulis dari kalangan porumer CARI
warna hijau : thread penlis bukan porumer CARI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2012 08:43 PM | Show all posts
Peraturan CARI Forum:


●1)Tidak dibenarkan menghebah iklan di forum:
Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yang mengiklankan sesuatu perniagaan atau meletakkan LINK di dalam thread tidak kira secara langsung atau tidak langsung.

Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yang lain atau blog yang berunsur perniagaan diforum ini.

Perkara yang mengenai jual beli juga tidak dibernarkan kecuali di Board yang diizinkan, sebarang pengiklanan atau jual beli sila ke Board CARI Classifieds atau Board Jual Beli.

Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan, sila ke link http://banner.cari.com.my/untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuan sesuatu produk melalui PM atau signature juga tidak di benarkan. Jika ahli menerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan, sila PRINT SCREEN dan PM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakan atau terus menjadi Banhammer.


●2)Tidak dibenarkan membuat aduan atau melepaskan perasaan ketidak puas hati anda di forum:
Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskan ketidak puas hati mereka di forum, tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi, kedai atau terhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram, tanpa menghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana forum ini mungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti.

Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread, jika pihak berkenaan ternampak therad ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepada forum ini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidak dapat didugakan.

Perkara di atas akan menyebabkan forum menghadapi masalah yang tidak dapat didugakan.

●3)Avatar:
Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel, iklan, tidak senonoh atau gambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar. Jika pihak kami mendapati ahli meletak gambar sebegini, jika arahan sudah diberi, tetapi ahli masih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebut tanpa pemberitahuan.


●4)Signature:
Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkidmatan atau produk, malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.

Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signature untuk meletakan Link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatu produk/ perkidmatan.

Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memaki seseorang,persatuan, parti dan sebagainya melalui kemudahan ini.

Blog atau facebook yang tidak berunsur ikan atau sesuatu perniagaan adalah digalakkan.


●5)Puak/ kelompok tidak dibenarkan:
Puak atau kelompok yang boleh mendatangkan masalah kepada forum tidak dibenarkan. Jika ahli forum ternampak keadaan sebegini boleh lapor kepada moderator, super moderator atau admin untuk tindakan lanjut.


●6)Thread yang sama tidak dibenar buka di merata board:
Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyak board, semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka ingin sampaikan. Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/ produk dan fitnah terhadap seseorang.

Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board. Jika ternampak kedaan sebegini, kesemua thread akan padam tanpa diberitahu. Jika ahli yang sama berulang kali melakukan kesalahan yang sama, serta engan mematuhui peraturan ini akan dikenakan tindakan berat.

Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau cemas boleh dikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan. Seelok-eloknya ahli seharusnya minta keizinan daripada admin atau super moderator terlebih dahulu.

Harap moderator ternampak ahli membuka thread yang menglanggar peraturan ini, sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama dimerata board, jika ya, sila lapor kepada admin atau super moderator untuk padamkan thread tersebut.


●7)Kata-kata yang boleh merosak hubungan kaum, lucah, mencarut dan ugutan adalah diharamkan:
Sebarang kata-kata di atas adalah tidak dibenarkan sama sekali, jika terlibat dengan perkara diatas, kemungkinan ahli berkenaan akan dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut jika melibatkan kepada kes serius. Jika ahli terbukti salah, ID ahli tersebut akan terus menjadi Banhammer.


●8)Fitnah, maki, serangan peribadi, mengungkit perkara sensitif dan berbahasa kasar juga tidak dibenarkan:
Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpa kacau-bilau, perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul di forum ini. Jika ahli forum terlibat kesalahan diatas, pihak admin, moderator atau super moderator akan mengambil tindakan berat ke atas ahli berkenaan. Jika kesalahan berat, ID ahli tersebut akan menjadi Bamhammer.


●9)Menghebah maklumat peribadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:
Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain atau mengubah gambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk menghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknya yang boleh mencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan. ID ahli yang melakukan kesalahan ini akan menjadi Bamhammer.


●10)Private Message (PM):
Ahli forum yang menggunakan PM untuk pengiklanan, memaki, menfinah, menghebah maklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar juga adalah satu kesalahan. Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINT SCREEN dan hantar kepada super moderator atau admin.


●11)Thread bunuh diri:
Thread bunuh diri, mengajak ahli bunuh diri atau perbincangan mengenai bunuh diri tidak dibenarkan.


●12)SPAM:
Ahli yang membuat SPAM semasa berforum atau membalas thread dengan ICON sahaja adalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengan kesalahan ini akan dikenakan tindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan. jika ahli masih mengulangi kesalahan tersebut, moderator berhak menolak kredit ahli berkenaan.

Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama ada ahli tersebut melakukan SPAM atau tidak.


●13)Mengutip derma atau menyeru ahli menderma adalah diharamkan:
Bagi mengelakkan masalah yang tidak elok berlaku, forum ini tidak membenarkan ahli mengutip derma atau menyeru ahli menderma untuk sesuatu persatuan kebajikan atau untuk seseorang. Ini kerana kita susah hendak mengenal pasti sama ada persatuan kebajikan yang dikatakan oleh ahli tersebut adalah benar-benar wujud atau tidak. Pihak kami tidak mahu sebarang penipuan berlaku di forum ini.

Ini bermakna ahli juga tidak dibenarkan meninggalkan nombor akuan bank di forum ini.

●14)Bahasa:
Kalau boleh Ahli forum digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami semasa berinteraksi di forum ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 08:00 AM | Show all posts
PENGUMUMAN PENTING admin CARI-  ImageShack (Space Limit)



Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini laman muat turun imej yang popular iaitu ImageShack.us (frog) ada mengumumkan bahawa penguna berdaftar (percuma) yang mempunyai lebih dari 500 keping gambar di dalam akaun hendaklah upgrade akaun mereka kepada edisi premium sebelum menjelang March 2012.

Jika akaun anda melebihi 500 keping dan anda tidak upgrade kepada edisi premium, secara automatik gambar selebihnya akan didelete. Ini juga akan memberi kesan kepada forum jika mana-mana gambar yang anda letak di forum sebelum ni di delete.
Dalam masa yang sama, kami menyarankan kepada pengguna supaya bertukar kepada " free image upload service " yang lain :


http://imgur.com/ (flow / space limit)

http://imgbox.com/ (flow / space limit)

http://www.hotimg.com/ (no flow / space constraints, the registered images can be retained for one year, no registration for three months)

http://uploadingit.com (free users get 10GB of space, 10GB of daily flow limit)

http://photobucket.com/ (no space constraints, 10GB of monthly traffic limit)





Selamat mencuba

This thread was Highlight by admin6 at 5-3-2012 01:37 PM
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 10:32 AM | Show all posts
Reply 1# mijot

Saya ada betulkan beberapa ayat but nak minta mijot check balik terutamanya yang saya higlight biru tu.. Saya kurang faham.. Macam pelik je ayat tu..Kalau boleh minta susun balik ayat tu


PERATURAN  BOD BUKU & KESUSASTERAAN



Untuk mengelakkan longgokan thread yang sama, berikut adalah peraturan ASAS yang perlu anda semua patuhi :

1.
Posting untuk penulis yang mempunyai telah terkenal dan telah menerbitkan karya melebihi 4 buah (contoh : NB, aisya sofea, anis ayuni, RAM dll), sila 'SEARCH' thread nama penulis dan sambung komen anda disitu, jika belum ada, anda dibenarkan membuka thread baru mengenai penulis tersebut, tetapi pastikan thread itu penuh dengan maklumat.

2.
Posting untuk penulis baru, jika karya baru sebuah, digalakkan membuat ulasan/komen di thread dibawah nama penerbit yang menerbitan karya penulis tersebut. Jika mahu membuka thread baru untuk penulis baru dibenarkan tetapi abila penulis tersebut telah mengeluarkan buku keduanya, maka hendaklah disambung sahaja di thread yang sedia ada mengenai penulis tersebut.

3. Jika ingin membuka thread baru, pastikan anda mempunyai sumber maklumat yang mencukupi dan private message (pm) mod selepas thread dibuka (untuk diletakkan link thread pada indeks) Jangan buka thread semata-mata mahu bertanya mengenai karya best atau tidak.

4. Forumer dikehendaki membuat posting review mengenai buku yang dibaca sepenuhnya di forum, bukannya menepek link blog anda untuk forumer membaca review yang anda tulis. Jika didapati anda berbuat demikian, kredit anda akan di potong.

5. Forumer dilarang membuka thread atau membuat posting yang berusur jualan. Jika ingin menjual koleksi buku anda, sila ke bod Jual beli/Classified > Buku, Novel & Majalah

6. Pembuka thread hendaklah bertanggungjawab terhadap thread yang dibuka. Jangan jadikan thread sebagai kaunter pertanyaan. Untuk bertanya sila ke thread khas yang telah disediakan. Pembuka thread juga hendaklah mengemaskini thread dengan info terkini.

INFO
Berikut merupakan keterangan mengenai warna thread :
>warna coklat : thread penerbit buku
>warna ungu : thread diskusi
>warna merah jambu : thread aktiviti
>warna merah : thread penulis dari kalangan forumer CARI
>warna hijau : thread penulis bukan forumer CARI

Untuk membaca peraturan forum, Sila klik
Peraturan Cari Forum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 08:09 PM | Show all posts
Reply 5# admin6


nak buat ayat ni yang saya lemah sikit
dah suruh attokz masuk untuk betulkan ayat...

sebenarnya boleh dikatakan peraturan untuk membuka thread baru:

Sebelum membuat posting atau membuka thread baru, anda dikhenndaki :
1. sila 'SEARCH' nama penulis terlebih dahulu sebelum membuat posting. jika ada, sila sambung di thread yang sedia ada.
2. bagi penulis ternama yang telah menerbitkan buku/novel lebih daripada 4 buah, dibenarkan buka thread khas (sekiranya tiada maklumat selepas anda mencarinya) dan pastikan lengkap dengan info.
3. bagi penulis baru (kurang 4 buah), digalakkan membuat review di bawah thread penerbit buku.

lebih kurang macam tu ayatnya..
tapi tunggu attokz masuk dulu ye admin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.381034 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list