CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5015|Reply: 17

[Edisi Sains Am] Kenapa Struktur Stonehenge dibina?

[Copy link]
Post time 2-3-2012 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Kenapa Struktur Stonehenge dibina?



Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.

Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun yang terletak di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi  berhubung  tujuan struktur berkenaan dibina. Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembahan.

Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge. Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.

Ia berlaku apabila dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota yang sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang. Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.

“Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan akan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.

Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut. Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada Solstis musim panas di daerah Wiltshire, England.





credit to majalahsains Last edited by midory on 4-4-2013 10:23 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 12:00 PM | Show all posts
ohhh.. begitu ceritanya.. kagum cam mana dorang buat stonehenge ni. ingatkan semulajadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 01:43 PM | Show all posts
Reply 2# prettyuglybabe

katenye dulu masyarakat tu bina sbb nak buat ala2 balai cerap...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 11:53 PM | Show all posts


kalau batu2 tu boleh berkata kata ,kemisterian binaan bongkah2 megalith/ monumen batu megalith dari zaman neolitik ini,di mana pembangunannya penuh misterii dan dibina pun dlm beberapa fase/tahap (I,II,IIIa,IIIb, dan IIIc).. sudah menarik minat dan banyak diperkatakn oleh ramei pengkaji dan ahli saintis hingga la ke ahli astronomi dan arkeologi kesemua hnya la teori  dan hipotesi ajer,masih menjadi perdebatan di kalangan ilmuwan saat ini belum ada kepastian apa sebenarnya kegunaan binaan ini pada masa lalu?apakah Kuil?ramalan cuaca?pekuburan?atau suatu alat untuk menentukan musim,atau ada sangkut pautnya dengan pengukuran periode gerhana matahari dan bulan?kerana apa..kerana tak ada "dokumentasi" atau "catatan bertulis" yg dilaku oleh urang2 dulu yg membina nya maka para ilmuwan hanya dapat  mendasarkan teori mereka berpandu pada bukti bukti yang ada di situs

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 03:39 PM | Show all posts
teknologi zaman dulu..ni pun kira teknologi paling ngetop...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2012 03:46 PM | Show all posts
teknologi zaman dulu..ni pun kira teknologi paling ngetop...
KimoraHakim Post at 3-3-2012 15:39



   mesti gunekn banyak tenage utk alihkan batu2 yg berat tu.. {:4_231:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2012 03:49 PM | Show all posts
mesti gunekn banyak tenage utk alihkan batu2 yg berat tu..
midory Post at 3-3-2012 15:46



    gotong royong angkat batu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 04:52 PM | Show all posts
Ada jugak yg berteori, Stonehenge ni, symbolic replica of a vagina, computer, dan berkemungkinan ada kaitan dgn alien. Teori alien dikaitkan kerana mustahil manusia telah memiliki teknologi dan ilmu spt itu pd abad tersebut..dan psl zaman paleolitik, mesolitik ni sume x benar.. secara ringkas zaman batu ni sume dari teori charles darwin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2012 10:54 PM | Show all posts
Ada jugak yg berteori, Stonehenge ni, symbolic replica of a vagina, computer, dan berkemungkinan ada ...
bluezink Post at 3-3-2012 16:52



   banyak jugak yg dikaitkan dengan stonehenge ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 09:06 AM | Show all posts
Reply 9# midory


ingat!.. selain stonehenge = batu tergantung dan woodhenge adalah struktur2 yg biasa boleh kiter lihat dlm zaman neolitik,sila rujuk pd bedio utube di atas..sbenarr bnyaklagik kalu kiter mncar iinfo pasal batu tergantong ini..teori stonehenge jugak dikaitkn dgn lagenda king arthur the great , merlin the sorcerer dan kaum druid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 12:08 PM | Show all posts
kekadang aku terpikir.... para saintis mengkaji benda ni secara terperinci dan tertanya nape org dulu buat benda ni... dan kata laa kalau jumpa org yg hidup zaman ni sekarang.. pastu kita tanya dia apa benda batu ni.. then dorang cakap saja nak wat untuk hiasan... rasa berbaloi kah org zaman sekarang kaji...sekadar mengeluar kan apa yg dipikir..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 12:22 PM | Show all posts
hum...tp lagi misteri ialah mcm mana org zaman dolu2 boleh angkat batu sebesar tu dan susun menegak macam tu di tengah kawasan lapang?teknologi tak de la sebaik sekarang.paling2 pun mesti guna tenaga manusia mereka.hum...orang dolu2 mesti kuat2 belaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2012 12:30 PM | Show all posts
hum...tp lagi misteri ialah mcm mana org zaman dolu2 boleh angkat batu sebesar tu dan susun menegak  ...
Mihevoli Post at 4-3-2012 12:22



   berat + besar2 pulak batu2 tu.. kalau kene hempap boleh ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2012 12:31 PM | Show all posts
kekadang aku terpikir.... para saintis mengkaji benda ni secara terperinci dan tertanya nape org dul ...
kurga Post at 4-3-2012 12:08



   takkan nk susun batu2 berat tu smate2 utk lukisan je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 12:38 PM | Show all posts
berat + besar2 pulak batu2 tu.. kalau kene hempap boleh ...
midory Post at 4-3-2012 12:30



    mungkin sebab orang dulu besar2 kot.macam nabi Adam.

    orang sekarang nak buat benda berat sikit dah mengeluh.hum...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 01:05 PM | Show all posts
Ntah2 tu zaman dulu punyer funfair kot...maybe struktur rumah hantu masa zaman dulu.....har3....{:4_500:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 01:38 PM | Show all posts
takkan nk susun batu2 berat tu smate2 utk lukisan je..
midory Post at 4-3-2012 12:31



    hehehhe... itu ler... macam kita beria-2 nak tahu benda tu apa dia.. tp, dimaklumkan benda tu sebaliknya.. kalau da camni terberak nak ngangkat.. mesti ade sebab dorang wat camtu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 02:05 PM | Show all posts
kerana tak ada "dokumentasi" atau "catatan bertulis" yg dilaku oleh urang2 dulu yg membina nya


org zaman dulu bijak,sebab mereka nk manusia zaman sekarang ni berfikir apakah tujuan sebenar batu tersebut dibina.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071661 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list