KL, 1 Mac 2012: Boleh Murai Batu katakan, ketika ini adalah musim artis antarabangsa datang membuat persembahan di negara kita. Bukan main lagi para peminat berpusu-pusu pergi menonton? Kalau artis tempatan buat konsert, jika diberikan tiket percuma sekalipun belum tentu lagi akan datang.
Tapi sekarang, Murai Batu bukannya mahu cakapkan berkenaan benda yang sudah basi, tapi kalau sudah namanya artis antarabangsa turun membuat persembahan di negara kita, artis tempatan juga pasti tidak akan ketinggalan datang menonton.
Nak dijadikan cerita, Murai Batu mendapat maklumat daripada seorang teman yang menghadiri konsert Avril Lavigne yang berlangsung baru-baru ini dan dia telah ternampak seorang artis wanita yang sibuk digosipkan dengan seorang pelakon lelaki.
Sudah lama mereka berdua digosipkan bersama, namun akhirnya masing-masing mengaku bahawa mereka sekadar berkawan sahaja. Mungkin betul juga, kerana ketika konsert itu berlangsung, si artis wanita itu telah datang dengan orang lain.
Apa yang pastinya, teman yang mengiringi artis wanita berkenaan bukan calang-calang orangnya. Kalau tak silap Murai Batu, teman artis wanita berkenaan dulunya merupakan orang penting dalam bidang penyiaran.
Tetapi sekarang dia sudah bertukar profil, menjadi orang berprofil tinggi. Amboi, untunglah artis wanita tersebut sekiranya benar mereka memang ada 'sesuatu'.
Namun yang bertambah kontroversi dan panas lagi, si lelaki berprofil tinggi itu sudahpun beristeri dan dia sendiri mempunyai pangkat. Pada malam itu juga khabarnya, pasangan itu telah turut ditemani dua anak kepada lelaki tersebut.
Entahlah, mungkin juga artis wanita itu menjadi babysitter kepada anak-anak lelaki tersebut.
Tetapi kelibat mereka yang popular seperti itu pasti akan menimbulkan tanda tanya pada orang yang ternampak.
Apatah lagi mereka duduk betul-betul di belakang tempat duduk pihak media. Tak akan tidak ada orang yang cam muka kedua orang popular ini?
Belum sempat konsert melabuhkan tirainya, mereka berdua ditemani anak lelaki tersebut terus mengangkat kaki.
Mungkin tidak mahu ada yang melihat kehadiran mereka disitu.
Cerita ini sudah beberapa ketika berlaku, tapi yang membuatkan Murai Baru teringat ingin menulis tentangnya kerana khabarnya mereka mahu berkahwin.
Amboi, betul ke tidak khabar ini Murai Batu pun tak mahu komen lebih. Nama pun khabar angin tapi takkan artis tersebut ingin menjadi isteri nombor dua?
Kita tunggu dan lihat sahajalah ya.
Sape kah? jom speku..... |