CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Mamat bukti Malaysia boleh

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MOHD Harrif Salleh tampak menemui ‘semangat luar biasa’ apabila kembali ke negeri asalnya, Terengganu,  untuk mencatat keputusan terbaik apabila meraih tempat kedua, perlumbaan Peringkat Ke-8 Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir di Chukai, semalam.\rDi hadapan 10,000 penonton yang mengharapkan dia dapat membuat kejutan melakar kemenangan, Harrif berjaya mengikuti rentak kayuhan pakar pecut, Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini dari jarak 200 meter menuju penamat, namun gagal mengatasi kehebatan pelumba Itali yang terlebih dahulu mencecah garisan penamat.\r\n\n\n\n\r  “Semangat ini memang berbeza apa lagi bila saya sudah nampak pintu gerbang sempadan negeri Terengganu tadi. Saya memang sudah berazam, apa pun saya mesti kalahkan pelumba ‘mat salleh’ yang lain sebab mahu buktikan pelumba Malaysia juga mampu beri saingan.\r\r\n\n\n\n\n  “Memang susah untuk saya mendapatkan kedudukan di belakang Guardini sebelum pecutan itu sebab ramai pelumba lain juga mahu mendapatkan tempat tetapi abang saya (Mohd Zamri Salleh) banyak membantu saya,” kata pelumba berusia 24 tahun itu yang dikenali dengan panggilan Mamat.\rSementara itu, pakar pecut Itali, Guardini merakam kejayaan kesembilan di LTdL - sekali gus menyamai rekod kemenangan terbanyak dimenangi Graeme Brown dari Australia.\rDengan memenangi lima peringkat perlumbaan pada LTdL tahun lalu, Guardini melengkapkan kemenangan keempat, semalam dalam saingan yang terjejas dengan cuaca buruk dan hujan hingga ke garisan penamat.\rGuardini, 23, tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Mohd Harrif yang mewakili  Terengganu Cycling Team dan Jacobe Keough (United Healthcare), ketiga-tiga pelumba berkenaan merakamkan 2 jam 13 minit 27 saat.\r\n\n\n\r“Saya gembira dapat melakar empat kemenangan daripada empat penamat pecutan pada LTdL kali ini. Esok (hari ini), saya akan cuba melakukannya sekali lagi tetapi saya jangka saingan sengit daripada pasukan United Healthcare,” kata raja pecut tahun lalu itu.\rSeperti semalam, perlumbaan Peringkat Ke-9, hari ini bersambung dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7km bakal dikuasai pelumba pecut yang akan menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.267275 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list