CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

Barca turun tanpa Messi

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MADRID: Barcelona terpaksa berdepan Sporting Gijon hari ini tanpa kehadiran Lionel Messi kerana bintang Argentina itu menjalani penggantungan pertamanya dalam saingan La Liga.\rMessi dilayangkan kad kuning ketika kemenangan 2-1 di Atletico Madrid hujung minggu lalu, kad kuning kelima diterimanya dalam kempen musim ini.\r\n\n\n\n\r   Ketiadaannya akan memberi tamparan besar buat Barcelona, yang ketinggalan 10 mata di belakang Real Madrid dalam perebutan kejuaraan La Liga kerana kehadirannya amat penting seperti yang ditunjukkan pada pertengahan minggu apabila dia meledak hatrik menarik ketika kemenangan 3-1 Argentina dalam perlawanan persahabatan di Switzerland.\r\r\n\n\n\n\n   Real Madrid, yang berdepan Espanyol esok, juga memiliki kebimbangan tersendiri apabila kelab itu berdepan lebih banyak spekulasi mengenai masa depan jurulatihnya, Jose Mourinho.\rJurulatih penuh warna warni dari Portugal itu dilihat berada di London pertengahan minggu, meningkatkan khabar angin dia bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan. Tatkala beberapa laporan media mengatakan kunjungan itu bagi membeli hartanah di ibu negara Britain itu, akhbar Sepanyol, Marca mendakwa ia bagi tujuan pelaburan peribadi Mourinho dan bukan isyarat yang dia akan menjadi jurulatih di London musim depan. - AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.076571 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list